(Final chapter)

3.7K 168 69
                                    

Mv : Somebody To Love_ Queen ☝️🤘
*
*
*
*

            Eping menggeliat lelah setelah beberapa jam mengemaskan barang-barang miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            Eping menggeliat lelah setelah beberapa jam mengemaskan barang-barang miliknya. Nguapan terjadi ketika melihat jam pada telefon bimbit.

          "Heh.. dah pukul 11 lebih pula? Sambung esoklah," katanya sendirian.

Dia berdiri sambil merenggangkan badan dengan tangan diangkat ke udara. Penyapu diambil lalu dia membersihkan kesan debu pada lantai. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seseorang secara mengejut. Eping tersentak dengan mata membulat besar!

Tok! Tok! Tok!

Ia terjadi berulang kali! Pintu rumah bergegar bagaikan dihentam gempa bumi yang kuat. Bukan setakat diketuk, malah ia ditepuk-tepuk dan tombol yang terkunci dipulas-pulas dari luar!

        "Siapa pula datang lewat malam macam ni!? Takkanlah.. Cullen?"

Degupan jantungnya berdetak laju akibat diserang takut! Disangkanya orang yang berada di luar ialah Cullen, tetapi dia sebenarnya tidak tahu orang itu ialah Mark!

         "Aduh.. apa nak buat ni!? Kalau dia pecahkan pintu tu macam mana!?" Si balu menoleh kiri kanan sambil menggaru kepala tidak tahu apa harus dilakukan. Dia menggelabah panik.

Batang penyapu dicengkam kuat pada tangan, kemudian dia menghampiri pintu dengan nafas tercungap-cungap. Rasa mengantuk dan lelahnya lesap begitu saja kerana terlalu khuatir diganggu lagi oleh doktor muda itu. Ketukan demi ketukan masih berlangsung dari luar rumah.

         "Eping! Buka pintu ni!"

Si balu tersentak apabila mendengar namanya dipanggil! Mulutnya ternganga, matanya membulat. Suara itu.. amat dikenalinya!

        "M.. Mark..?" Disebutnya nama si bujang tua perlahan. Panggilan bos tidak lagi digunakan.

Oleh sebab tidak mahu membuat andaian melulu, dia bertanya kepada orang di luar rumahnya.

       "Siapa di luar tu!? Awakkah Mark!?" Eping menyahut inginkan kepastian.

        "Hei..! Sayalah ni! Lebih baik awak buka pintu sekarang!" Suara berang si bujang tua cukup jelas sekali.

Eping berasa cukup bingung sekarang!

        "Kenapa pula dia datang ke sini marah-marah? Apa yang puan Sierra cakap dengannya? Aishh..!" Dia berbicara sendiri.

         "Eping, open this door now or i will smash it!" Mengugut pula Mark di luar.

Dengan hati yang panas, Eping lantas membuka kunci pintu dan membukanya luas. Tanpa ucapan sapaan, dia terus menengking si bujang tua sambil menunjukkan penyapu yang dipegangnya.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now