FM - 12

2.6K 136 0
                                    

"Vera apa ciri2 lelaki idaman kau?" Tanya Jason kepada sahabat baiknya.

Eve yang tengah santai2 duduk bersila atas kerusi starbuck itu di tanya soalan bonus oleh Jason.

"Bad boy. Macho. Gentleman. Tinggi dari aku sikit. Penyayang. Sanggup layan karenah gila2 aku. Bukan playboy." Kata Eve sambil melayan game di iphonenya.

Beto yang duduk di hadapannya pun Eve tidak perasaan yang Beto memandangnya dari tadi.

"Seingat aku dari dulu lagi jawapan kau ni sama dan still kau single sampai sekarang Vera?" Kata Jazz pula.

"Hahaha.. yupz sampai sekarang aku Single. Sebab tiada orang kick macam aku." Jawab Eve fokus memandang gamenya.

"Banyak orang suka kau Vera tapi kau tidak layan dorang sebab tiada yang kau berkenan." Kata Jason lagi.

Beto yang mendengar mencuba menilai2 dirinya dengan apa yang di katakan oleh Eve ciri2 lelaki idamannya. Beto tersenyum nipis sembunyi2.

"Kau tengok abang sulung kami ni ada termasuk dalam ciri2 lelaki idaman kau ka Vera?" Tanya Jason lagi kepada Eve ketika itu.

"4/7 dari ciri2 lelaki idaman aku." Jawab Eve yang rest matanya kejap dari fokus pada game d iphonenya.

"Apa yang 4/7 tu Vera?" Tanya Jazz binggung.

"Bad boy. Macho. Tinggi sikit dr aku. Penyayang." Jawab Vera memandang blur ke arah tiga beradik yang duduk di hadapannya ketika itu.

"Seriously? Waa sikit lagi kan Vera?" Kata Jazz pula.

Beto yang mendengar berkata2 dalam hati adakah dia tiada tiga ciri yang tidak disebutkan itu. Jason dan Jazz melihat abang sulung mereka yang seperti berteka teki sendiri.

Mereka pun berjalan di skate park yang menjadi ikon di Paris tersebut. Cate dan Oscar tidak ikut jalan dengan anak2 nya malah mereka ada urusan di tempat lainnya.

Tengah syok2 main skate di Park Junior Martin itu si kembar berlari dengan laju apabila dikejar oleh bulldog yang sebenarnya garang dan jahat itu lagi2 kalau colornya warna hitam.

Eve hanya ketawakan si kembar malah bulldog tersebut yang menggonggong garang ke arah si kembar di peluk dan di belai oleh Eve itu jinak seperti kucing. Bulldog kacukan itu hampir sebesar anjing biasa tingginya .

Eve melihat tag di leher bulldog tersebut tertera nama seperti kepunyaan seorang perempuan yang bernama Bella Andreas. Pada masa yang sama juga seorang perempuan berbaju sport bra hitam dan berseluar tight paras betis berwarna hijau gelap itu ke arah Eve.

"Desole si mon chien vois a tous derange." Kata  perempuan tersebut dalam bahasa France itu.

"Tant pis, cela ne le derangeait pas non plus que quiconque soit encore sous le choc de l'attraper." Jawab Eve dalam bahasa France itu.

Beto dan si kembar terkejut bila masa Vera pandai bercakap bahasa France padahal Vera tidak pernah ke paris pun.

Bella pun balik dengan bulldognya. Eve dan si kembar kembali bermain skate manakala Beto hanya melihat dari kejauhan sahaja. Dalam diam2 Beto mengambil gambar Vera yang ceria bermain dengan adik2 kembarnya.

Dekat tiga jam mereka main skate mereka pun balik ke apartment untuk membersihkan badan. Eve lah orang paling awal mandi dan bersiap. Eve melihat yang mumy cate dan dady oscar belum balik mungkin dinner di luar.

Eve membuka peti sejuk dan menggeluarkan segala makanan basah mentah untuk dimasak. Eve memakai apron dan mengambil pisau untuk memotong dan menghiris dan menyediakan peralatan memasak yang lainnya.

Fighter vs Mafia (Complete)Where stories live. Discover now