CHAPTER 1

5.7K 217 46
                                    

Segala fakta dan kejadian di dalam fanfic ini adalah rekaan semata-mata mengikut imaginasi Leeya sendiri😂Sebab ini pun FANTASIkan,jadi memanglah merepek😂🔨

"Kau sure ke tentang ni?"tanya seorang lelaki yang memakai cermin mata pada seorang lelaki berbadan gempal(?) sambil memegang sejambak bunga ros merah.

"Betullah Fang..."jawab lelaki gempal itu pada 'Fang' sambil menolak sedikit badan Fang ke arah pintu kelas mereka.

"Kalau dia reject aku macam mana Gopal?"soal Fang yang semakin nervous pada lelaki gempal itu 'Gopal'.

"Alaa...Takkan punyalah!!"jawab Gopal dan menolak Fang lagi agar memasuki kelas itu.

Fang mula berjalan perlahan-lahan ke arah seorang pelajar lelaki yang memakai topi dinasour.Ketika itu,dia sedang membaca buku.Fang berjalan mendekati mejanya dan menegurnya.

"H-hai Boboiboy..."tegur Fang yang masih nervous.

Mendegar namanya dipanggil,pelajar lelaki itu 'Boboiboy' terus memandang ke hadapan dan menutup bukunya.

"Ya Fang...Kenapa ni?"tanya Boboiboy hairan apabila Fang tiba-tiba menegurnya pada waktu-waktu begini.

"Se-sebenarnya...Aku nak-"kata-kata Fang terpotong apabila dia terdengar bunyi letupan dan bunyi seperti orang ramai menjerit.

"Eh?!Kenapa tu?!"soal Boboiboy risau dan terus bangun dari temlatnya dan berlari ke arah sumber suara manakala Fang hanya mengikut.

---

Boboiboy dan Fang dapat lihat yang semua orang berlari dalam keadaan panik dan separuh daripada bahagian sekolah mereka telah terbakar.

"A-apa yang dah jadi ni?!"soal Fang yang berasa amat terkejut apabila melihat suasana sekolah yang sangat huru-hara.

"Fang!Kita kena selamatkan diorang!"ucap Boboiboy yang tiba-tiba mendapat idea membuatkan Fang sedikit kaget.

"Kau dah gila ke?!Kenapa pula kita kena selamatkan diorang?Diri kita sendiri pun belum tentu kita boleh selamatkan..."balas Fang yang cuba menghalang Boboiboy melakukan rancangan gilanya.

"Mesti ada ramai lagi budak-budak darjah 4 dan 5 yang terperangkap kat bangunan blok C tu...Kita kena selamatkan seberapa ramai yang boleh!"jawab Boboiboy dan mula mengangkat kakinya.

Tetapi belum sempat Boboiboy memulakan langkah,tangannya telah ditarik Fang membuatkan Boboiboy terkejut dan segera menoleh ke belakang.

"Ini bukan tugas kita Boboiboy...Kita tak boleh ambil risiko!"tegur Fang membuatkan Boboiboy terdiam seketika.

"T-tapi...Cuma kita je yang ada berdekatan dengan blok C ni..."balas Boboiboy akhirnya dan merentap tangannya agar terlepas dari pegangan Fang.

"Kalau kau nak selamatkan diorang,kau ikut aku...Kalau tak,kau selamatkan diri kau dulu..."sambung Boboiboy dan terus berlari meninggalkan Fang.

"Nanti Boboiboy!!"teriak Fang dan terus mengikuti Boboiboy.

*Blok C*

Boboiboy terdengar bunyi seperti orang meminta tolong dan bunyi orang-orang menangis.Boboiboy tanpa banyam cakap,terus mengikuti bunyi itu sehinggalah sampai di satu kelas yang pintunya tertutup rapat.

"Abang...Tolong..."pinta seorang budak lelaki sambil menangis teresak-esak sambil mengetuk-ngetuk tingkap kelasnya.

Boboiboy dapat lihat ada lagi beberapa orang budak lelaki dan perempuan di belakangnya.Boboiboy cuba menendang pintu kelas itu,tetapi malangnya pintu itu tersekat.

Tidak lama kemudian,Fang tiba di tempat Boboiboy berdiri.

"Fang,tolong aku buka pintu ni..."pinta Boboiboy yang masih lagi cuba membuka pintu itu.

Fang tanpa banyak cakap terus membantu Boboiboy dalam usaha membuka pintu itu.Tetapi malangnya,masih tidak terbuka.

"Cari benda-benda keras...Cuba pecahkan tingkap"saran Fang manakala Boboiboy hanya mengangguk dan terus mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk memecahkan tingkap.

---

"Aku cuma jumpa pasu bunga ni je..."ucap Boboiboy sambil menunjukkan pasu bunga yang dijumpainya.

"Hmm...Takpa.Kau suruh budak-budak ni ketepi...Aku akan baling pasu ni pada tingkap sampai pecah"balas Fang.

Boboiboy mula mendekati tingkap itu dan membuat bahasa isyarat agar budak-budak itu ketepi.Nasib Boboiboy baik kerana mereka memahami bahasa isyarat.

Fang yang melihatnya terus melemparkan pasu bunga itu ke arah tingkap.

(PRANGG!!)

Terdengar bunyi tingkap pecah dan kaca mulai berterabur di kawasan itu.

"Cepat!Panjat keluar!!"arah Boboiboy pada budak-budak itu.

Mendengar arahan Boboiboy,budak-budak itu pun cepat-cepat memanjat keluar dari tingkap yang dipecahkan Fang tadi.

Setelah semuanya sudah keluar dari kelas,Boboiboy dan Fang bergegas membawa mereka keluar dari kawasan blok C itu.

"Cepat beredar!!Keseluruhan banguna ni dah hampir terbakar!!"arah Fang pula.

*Di padang sekolah*

"Se-semua selamatkan?"tanya Boboiboy untuk memastikan.

"Semua selama-"

"Eh nanti dulu!Tadi Suzy pergi toiletkan?!Aku rasa dia masih terperangkap kat sana!"sampuk seorang budak perempuan yang berada bersama Boboiboy dan Fang.

"A-aku akan selamatkan dia!"ucap Boboiboy tetapi segera dihalang Fang.

"Jangan!Dah tak selamat!"halang Fang sambil memegang lengan Boboiboy erat.

"T-tapi...Kesian budak tu!"bantah Boboiboy dan menarik tangannya sehingga pegangan Fang terlepas.

"Fang,kau tunggu sini dengan budak-budak ni...Aku...Akan selamatkan kawan diorang..."pesan Boboiboy dan terus berlari semula ke dalam bangunan sekolah.

"Boboiboy!!Jangan!!!"jerit Fang tetapi hanya diabaikan oleh Boboiboy.

To Be Continued

Sila abaikan sebarang typo 🤣

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now