CHAPTER 42

1K 105 19
                                    

Fang masih lagi membaca buku aneh milik Boboiboy dengan tekun sambil mencatat setiap teks dalam tulisan manusia.

"Biar aku baca balik..."gumam Fang sambil meletakkan penanya dan mengambil kertas yang digunakan untuk mencatat.

"Vampire berasal dari manusia yang mati akibat digigit oleh seekor kelawar yang mempunyai warna mata merah dan biru...Manusia itu bangkit dan mula menghisap darah manusia sehingga manusia itu mati--"Fang berasa amat terkejut apabila membaca perenggan muka surat 5 itu yang hanya tentang vampire seperti yang pernah dibacanya di dalam buku cerita dongeng.Akibat ingin tahu dengan lebih lanjut,Fang memutuskan untuk membaca perenggan seterusnya.

"Kini kaum vampire telah berevolusi menjadi lebih kuat.Vampire tidak lagi sensitif terhadap cahaya matahari dan ada sesetengah dari vampire yang boleh memantulkan imej diri pada cermin seperti manusia biasa..."sambung Fang lagi kemudian menatap kertas yang dipegangnya dengan agak lama sebelum bergumam...

"Aku harap ni semua adalah mimpi..."gumam Fang yang masih cuba menafikan kenyataan dan mengambil semula buku tebal itu.Fang terus menyelak setiap surat sehingga sekeping gambar terkeluar dari dalam buku itu.

"I-inikan--"

Fang tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana lidahnya tiba-tiba kelu apabila melihat gambar Boboiboy tersenyum lebar sambil  dipeluk oleh dua gadis berpakaian serba hitam yang tidak dikenalinya.

"Ini mesti kakak-kakak Boboiboy..."gumam Fang lagi.Matanya masih tidak lepas dari memandang gambar itu.

"Takpa...Kita tunggu malam ni..."ucap Fang sambil meletakkan semula gambar itu di dalam buku Boboiboy.

*Di sekolah*

Boboiboy yang risau akan keselamatan buku rahsianya masih lagi duduk di tempat duduknya walaupun sepatutnya dia pergi ke kantin untuk mengisi perut.OchoBat yang baru selesai merayap masuk melalui tingkap dan mendarat di atas meja Boboiboy.OchoBat berasa hairan kerana Boboiboy nampak seperti sedang memikirkan sesuatu sehingga dia tak perasan kehadiran OchoBat di hadapannya.

"Kau kenapa Boboiboy??Macam runsing je aku tengok..."tanya OchoBat manakala Boboiboy hanya mampu memuncungkan bibirnya.

"OchoBat...Buku vampire aku... Tertinggal kat rumah Fang..."jawab Boboiboy yang masih lagi risau.

"Then?"

"Hish!Aku takutlah kalau Fang baca!!Kau ni..."balas Boboiboy sambil cuba untuk menepuk kepala OchoBat tetapi OchoBat dapat mengelak.

"Ala kau ni risau sangat.Manusia mana boleh baca tulisan vampire kuno kau tu...Jadi kau tak payahlah risau sangat duh"ucap OchoBat yang cuba menenangkan Boboiboy.

"Hmm...Betul juga tu...Beberapa minggu lepas je Fang cakap dia tak dapat baca..."balas Boboiboy yang berasa sedikit tenang membuatkan OchoBat lega.Dia tak suka tengok Boboiboy susah hati.

Sedang mereka berdua berbual,tiba-tiba sekeping(?) kapal terbang kertas terbang ke arah mereka dan mendarat betul-betul di atas meja Boboiboy.Boboiboy dan OchoBat yang menyedarinya segera mengalihkan pandangan ke luar tingkap tetapi mereka langsung tidak melihat sesiapa.

Boboiboy yang terperasan ada tulisan pada kapal terbang kertas itu segera mengambilnya dan mula membaca mesej yang ada pada kapal terbang kertas itu.

2:30 p.m.
Belakang sekolah,kau tak datang kau kecut 😏👎🏻

"Aik?Kenapa pula ni?"soal Boboiboy yang masih cuba memproses apa yang tertulis pada kapal terbang kertas itu.OchoBat yang melihatnya cepat-cepat merampas kapal terbang kertas itu dari tangan Boboiboy dan membacanya.

"Aku rasa...Better kau jangan pergi..."nasihat OchoBat membuatkan Boboiboy tercengang.

"M-macam mana OchoBat boleh membaca?!!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

"Ke-kenapa??"soal Boboiboy hairan manakala OchoBat hanya menghela nafas.

"Tak jelas ke?Cara orang ni tulis mesej macam nak ajak kau bergaduh!!"jawab OchoBat serius.

"Tapi...Dia kata kalau aku tak dat-"

"Kau ni...Janganlah lurus bendul sangat...Dia nak umpan kau je tuu!!"nasihat OchoBat tegas manakala Boboiboy hanya mengembungkan pipinya.

"Tapi-"

"Takda tapi-tapi!!Ini demi keselamatan kau!"sampuk OchoBat yang tiba-tiba menjadi overprotective manakala Boboiboy hanya menyilangkan kedua-dua belah tangan di dadanya.

"Hmph!!"

---

*Belakang sekolah*

"Haihh...Kenapalah aku terjebak dengan semua ni??"soal OchoBat yang dari tadi asyik mengeluh.

"Ish!Kau ni...Diam sikitlah!"balas Boboiboy ringkas.Dia masih lagi mencari orang yang menghantar mesej itu tetapi dia langsung tidak melihat sesiapa pun dikawasan itu.

Tiba-tiba...

(BRUKK!!)

Boboiboy ditolak dengan kuat sehingga dia jatuh tersungkur di atas tanah yang ditutupi rumput.OchoBat yang menyedarinya ingin menyerang orang itu tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana badannya tiba-tiba saja dicengkam dari belakang sehingga dia langsung tidak boleh bergerak.

Boboiboy bangun dari jatuhannya dan melihat kebelakang.Boboiboy dapat lihat ada dua orang pelajar perempuan sedang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.Yang paling membuatkan Boboiboy sakit hati adalah,salah seorang daripada mereka sedang mencengkam badan OchoBat.

"Siapa korang?!"soal Boboiboy tetapi langsung tidak dijawab oleh dua orang pelajar itu.Boboiboy dapat membaca tanda nama yang ada di pinafore pelajar perempuan itu.

"Laila...Emily..."monolog Boboiboy.

"Heh!Banyak tanya!!"ucap Laila sambil berjalan mendekati Boboiboy dan menolaknya lagi menjadikan Boboiboy naik angin tetapi langsung tidak melawan apa yang Laila lakukan padanya.

"Hey!!Lepaskan OchoBat!!"ucap Boboiboy yang cuba untuk berdiri dan mendekati Emily yang masih mencengkam badan OchoBat.

"Huh??Maksud kau,kelawar kuning kau ni??"soal Emily yang seakan-akan ingin mengejek Boboiboy.

"Sudah Emily!!Ingat tujuan sebenar kita nak jumpa si pendek ni..."ucap Laila serius tanpa memandang Emily.Emily hanya diam.

"Baiklah.Aku akan straight to the point..."ujar Laila dan mula mencengkam kolar baju Boboiboy lalu menolak Boboiboy sehingga tersandar pada tembok bangunan.

"Kau yang bunuh Tasyakan?!!!!"soal Laila sambil menguatkan cengkamannya pada kolar baju Boboiboy.

Boboiboy serta-merta terkaku apabila mendengar soalan yang baru dilontarkan padanya.

"A-apa...."

To Be Continued

Pelik² jelah😂🌾

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now