CHAPTER 18

1.4K 139 39
                                    

"Fang!!"panggil Boboiboy sambil memijak kaki Fang membuatkan Fang tersedar dari lamunannya.

"Ha??Ya??"tanya Fang yang seperti tidak berasa sakit walaupun kaki Boboiboy masih lagi memijak kaki dia.

"Kau berangan apa ha??!"soal Boboiboy geram.

"Aku...Err...Berangan pasal...'Makanan'..."jawab Fang yang sedikit berkias manakala Boboiboy hanya menganggukkan sedikit kepalanya.

"Oh"balas Boboiboy sepatah.

Tiba-tiba Fang menarik tangan Boboiboy dengan agak kasar dan mengangkat badan Boboiboy dengan gaya bridal lalu meletakkan Boboiboy ke dalam tab mandi yang sudah diisi dengan air.

"Weh Fang!Apa ka-"

❄️❄️

Boboiboy merasakan yang badannya hampir-hampir saja membeku apabila separuh badannya menyentuh permukaan air yang sejuk bagaikan ais itu.

"HUARRGHH!!Ssssejuuuuuuuk!!!!!!"jerit Boboiboy sambil melompat keluar dari tab mandi itu dan terus berpaut pada badan Fang dengan kuat sambil menggigil.

Keadaan sekarang,Boboiboy melilitkan kedua-dua belah kakinya pada badan Fang manakala tangannya pula mencengkam bahagian belakang Fang dengan kukunya.

Sebenarnya Fang amat menyukai posisi seperti ini tetapi dalam masa yang sama,Fang berasa sakit kerana kuku Boboiboy yang sedang mencengkamnya sekarang ini terasa semakin menusuk ke dalam.

"Ish kau ni...Macam kucing..."ucap Fang dengan selamba sambil cuba menanggalkan(?) Boboiboy yang masih melekat(?) di badannya.

"Tak mau mandi!!Sejuk!!"balas Boboiboy yang semakin menguatkan cengkamannya sehingga Fang dapat rasakan yang tulangnya akan patah tidak lama lagi.

"Eish!!Mandi!!"arah Fang sambil mencubit sedikit badan Boboiboy.

"TAK NAKKKK!!"balas Boboiboy yang masih lagi berkeras tidak mahu mandi.

Fang yang sudah tiada pilihan hanya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah shower berdekatan dan mematikan suis water heater itu agar airnya tidak panas.Fang menghela nafas berat sebelum membuka paip air itu dan...

(FIUUSHH!!)

Air yang sejuk keluar dari shower itu dan membasahi Fang dan Boboiboy secara serentak.

"HUAAA!!Sejukkkk!!!"adu Boboiboy yang sudah menggigil-gigil manakala Fang hanya tergelak.

"Ha...Tulah,aku suruh mandi elok-elok,kau tak nak..."balas Fang yang masih mentertawakan Boboiboy.

"Jahat kau ni Fang!!Tak kesian langsung dengan aku!!Nanti aku mati macam mana?!😭"ucap Boboiboy yang hampir-hampir saja menangis.

---

Boboiboy mencangkung di sebelah katil dengan badannya yang masih menggigil berselubung dengan sehelai tuala yang agak tebal.

"ACHOOM!!"

Untuk kali yang ke-20,Boboiboy terbersin lagi menjadikan Fang yang baru siap memakai bajunya berasa sedikit risau dengan keadaan Boboiboy.

"Kau...Okay tak ni?"tanya Fang risau.Boboiboy hanya menggelengkan kepalanya.

"A-ak-aku s-sej-uk!!"jawab Boboiboy ringkas.

Fang yang mendengar jawapan Boboiboy mula meletakkan tangannya pada dahi Boboiboy untuk memeriksa suhu badan Boboiboy.

"Panas lagi..."monolog Fang yang mula melihat Boboiboy yang masih kesejukan itu.

"Erm...Esok kau tak payah pergi sekolah..."ucap Fang membuatkan Boboiboy hairan.

"Ke-kenapa??"tanya Boboiboy.

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now