CHAPTER 60

1.3K 96 70
                                    

Boboiboy dapat rasakan seperti ada sesuatu yang mula mengalir dari kepalanya dan menyentuhnya.Terkejut Boboiboy apabila mendapati benda itu ialah...Darahnya.

"Sakit..."gumam Boboiboy yang masih memandang kesan cecair merah pada tapak tangannya.Boboiboy mengalihkan pandangannya ke hadapan dan dapat lihat kapten Kaizo sedang menghampirinya dengan muka seperti orang tiada perasaan.

Apabila kapten Kaizo telah sampai di hadapan Boboiboy,dia terus mencekung muka Boboiboy dengan kukunya.Boboiboy cuba untuk melawan tetapi usahanya hanya sia-sia kerana dia sudah tiada tenaga untuk melakukan apa-apa.

"Heh,dasar makhluk lemah!!Baru kena belasah sikit dengan aku dah tak boleh nak melawan!!Kau ni memang tak gunalah budak!!"ejek kapten Kaizo yang mula menggelakkan Boboiboy menjadikan Boboiboy yang mendengarnya naik darah lantas menggenggam lengan kapten Kaizo dengan erat.

Seketika kemudian,kapten Kaizo dapat rasakan tangannya seperti sedang dibakar dengan api.Kapten Kaizo yakin rasa terbakar itu datang dari Boboiboy dan langsung menumbuk Boboiboy tepat di bahagian perutnya sehingga Boboiboy tercampak ke atas tanah.

Boboiboy memegang perutnya yang terasa amat sakit akibat ditumbuk kapten Kaizo tadi.Tiba-tiba mata Boboiboy terhenti pada pedangnya yang berada tidak jauh darinya.

"A-aku...Aku kena lawan!!Aku tak boleh mengalah!!"monolog Boboiboy yang cuba memberi semangat pada dirinya sendiri dan mula bangun dari jatuhannya menjadikan kapten Kaizo yang melihatnya mula smirk.

"Heh,boleh bangun lagi??"soal kapten Kaizo dengan nada mengejek sambil berjalan menghampiri Boboiboy yang masih tidak dapat berdiri dengan stabil.

Kapten Kaizo baru saja ingin menyerang Boboiboy dengan serangan pertama,tetapi Boboiboy telebih dahulu telah mengeluarkan kukunya dalam diam dan mengerahkan seluruh tenaganya untuk berjalan lalu...

(ZAPP!!)

Boboiboy mencakar kapten Kaizo tepat di bahagian dadanya menjadikan baju uniform kapten Kaizo terkoyak dan terdapat kesan cakaran yang mula berdarah pada dadanya.Mujur kapten Kaizo sempat mengelak,kalau tak kesan cakaran Boboiboy pasti jadi lebih dalam dari itu.

Boboiboy cepat-cepat mencapai pedangnya dan mengangkat tangannya tinggi-tinggi lalu menghayunkan pedangnya pada kapten Kaizo.

(ZAPP!!)

Kapten Kaizo yang tidak sempat menahan serangan secara mengejut tadi sedikit terundur dan memegang bahagian rusuknya yang sudah mengalirkan darah tanpa henti.

"Arkh!!Macam mana kau?!!"soal kapten Kaizo yang sudah terlutut kesakitan di atas tanah akibat serangan tadi.Boboiboy yang melihat kapten Kaizo berkeadaan sebegitu mula rasa bersalah dan berjalan perlahan-lahan ke arah kapten Kaizo dan memandangnya dengan pandangan sayu.

"K-kapten...Bo-Boboiboy minta maaf!!Boboiboy tak berniat nak sakitkan kapten sampai macam ni sekali..."ungkap Boboiboy sedih sambil tangannya cuba untuk membantu kapten Kaizo bangun.Tetapi belum sempat Boboiboy mendekatkan tangannya dengan kapten Kaizo,kapten Kaizo telah pun menepis perlahan tangan Boboiboy menjadikan Boboiboy hairan.

"Tak perlu..."balas kapten Kaizo perlahan.

"Ke-kenapa?"

"Walaupun kau ni vampire yang tak kenang budi,aku rasa aku kena akui yang kau...Memang hebat dan kau juga ada potensi untuk jadi lebih hebat dari aku...Suatu hari nanti,kau boleh gantikan tempat aku..."jelas kapten Kaizo menjadikan Boboiboy yang mendengarnya mula berasa sebak.Air mata mula bertakung di mata Boboiboy.

"K-kapten jangan cakap macam tu..."balas Boboiboy yang tidak dapat menahan air matanya dari mengalir.

"Maaf sebab aku pandang rendah pada kau tadi..."ucap kapten Kaizo lagi.

"Satu lagi,aku nak kau tahu yang...Aku sayangkan kau..."sambung kapten Kaizo seraya tersenyum pahit pada Boboiboy dan mula menutup matanya perlahan-lahan.

(BUKK!!)

Akhirnya kapten Kaizo rebah di atas tanah dengan keadaan berlumuran darah.Darah juga mula mengalir sehingga mengenai rumput-rumput hijau.Boboiboy yang melihatnya hanya mampu menangis.

"Terima kasih kapten..."gumam Boboiboy yang masih menangis dan terus mengesat air matanya.Tiba-tiba fikirannya teringat pada Fang.

"Fang!!"gumam Boboiboy dan mula berlari anak dengan sisa tenaganya ke arah tempat Fang tadi.Baru saja beberapa meter Boboiboy berlari,tiba-tiba tangan kapten Kaizo mula bergerak perlahan dan dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat Boboiboy.

"Kau ingat semudah tu aku akan kalah?"tanya kapten Kaizo sambil smirk dengan matanya yang sudah berubah menjadi warna biru cerah.

*Di tempat Fang*

Fang baru saja terlepas dari lilitan benda berwarna biru itu dan terus terduduk di atas tanah.

"S-sakitnya..."gumam Fang perlahan.Dia bingkas bangkit apabila melihat Boboiboy berlari menghampirinya.Tetapi belum sempat Fang membuka langkah,tiba-tiba beberapa cahaya-cahaya biru kecil muncul dan mula mengelilinginya.

"Apa benda ni?"tanya Fang pada dirinya sendiri.Cahaya-cahaya itu mula menempel pada tangan kanannya dan membentuk sejenis senjata berwarna biru.Apabila ia sudah terbentuk dengan sempurna,Fang merasakan sesuatu yang aneh dengan dirinya yang mana dia rasakan seperti kesedarannya semakin mengurang.

"Fang!!"panggil Boboiboy lagi apabila telah sampai berdekatan dengan Fang.Tetapi Fang seperti tidak mempunyai sebarang reaksi apabila namanya dipanggil menjadikan Boboiboy hairan dan berjalan mendekati Fang.

"Fang?Kau...Okay tak??"tanya Boboiboy risau.

Tiba-tiba...

(ZAPP!!)

"Uhuk!!"

Boboiboy terbatuk sehingga darah mulai mengalir dari sudut mulutnya.Dia dapat lihat Fang sedang menikamnya di bahagian perut dengan sebilah pedang berwarna biru.Saking terkejutnya Boboiboy sehingga dia tidak dapat mengatakan apa-apa.

Fang pula mula menarik pedang itu keluar dari bahagian badan Boboiboy dan mencampakkannya ke tanah dan terduduk sambil memegang kepalanya.

"S-sampai hati kau Fang..."ucap Boboiboy yang mula hilang keseimbangannya berserta air matanya yang sudah mengalir di pipinya.

Fang yang mendengar suara Boboiboy mengangkat kepalanya dan dapat lihat Boboiboy yang hampir-hampir saja rebah ke tanah.

"Boboiboy!!!"panggil Fang panik sambil berlari ke arah Boboiboy dan segera memeluknya erat sebelum badannya menghentam tanah.Boboiboy yang melihatnya hanya mampu memandang Fang dengan tatapan sayu.

"Kenapa Fang..."tanya Boboiboy lirih.Fang yang beru teringat apa yang telah berlaku mula menitiskan air matanya dan sedikit teresak.

"Ma-maafkan aku Boboiboy!!Aku tak sengaja!!"mohon Fang yang mula menangis.Dia amat lemah apabila melihat Boboiboy berkeadaan begitu.

"Tapi...Kau yang tikam aku..."balas Boboiboy lemah.

"Itu bukan aku!Serius aku cakap,aku tak tahu apa-apa!Tolonglah percayakan aku Boboiboy..."ucap Fang yang sudah teresak-esak.Boboiboy tidak tahu ingin mempercayai Fang atau tidak.

Tiba-tiba satu suara mengejutkan mereka berdua.

"Hahahaha!!Kau memang hebat Boboiboy...Tapi sayangnya,kau tak cukup bijak..."ucap suara itu dengan nada mengejek dari atas pokok tempat Fang dililit tadi.Boboiboy yang melihat muka orang itu membulatkan matanya tidak percaya.

"Kap...Ten?!!"

To Be Continued

Leeya terlebih feel pula bila type chap hi huhuhu (╥﹏╥)

Scroll lagi (╥﹏╥)

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now