"A-apa kau buat ni?!!"soal Boboiboy apabila melihat orang itu mula mengambil seketul lagi batu.
"Aku nak selamatkan kau dari kelawar pembawa virus tulah!!"jawab orang itu dan mula mendekati Boboiboy lalu memeluknya tetapi Boboiboy cepat-cepat menolak orang itu sehingga pelukannya terlepas.
"Apa bandar kau merepek ni Fang??Kelawar tu KAWAN baru akulah!!"marah Boboiboy yang menekankan perkataan 'Kawan' membuatkan orang itu 'Fang' terkejut.
"K-kawan??"soal Fang yang masih terkejut tetapi langsung tidak dijawab oleh Boboiboy.Sebaliknya, Boboiboy bangun dan pergi ke tepi meja untuk melihat keadaan OchoBat.
Boboiboy berasa terkejut apabila melihat mata OchoBat sudah berpinar-pinar(?) berserta lidah yang sudah terkeluar dan terdapat bintang-bintang kuning berpusing-pusing di kepalanya.Boboiboy mengangkat OchoBat dan menggoncang-goncang sedikit badannya untuk memastikan OchoBat masih hidup atau tidak.
"OchoBat!!Kau okay tak??"soal Boboiboy risau.
"Aku okay..."jawab OchoBat yang masih pening sambil menggosok sedikit kepalanya yang sakit akibat dibaling oleh Fang.
"Hmm...Baguslah...Tapi,kepala kau mesti sakit kena balingkan?"soal Boboiboy yang masih risau dengan OchoBat.
Fang yang lihat Boboiboy sedang berbual dengan kelawar hanya terkaku seakan-akan tidak mempercayai apa yang dilihatnya.
"D-dia berbual dengan kelawar?!!Biar betik terlebih masak!!"monolog Fang yang masih terkejut.
"Boboiboy,mana kau jumpa kelawar pelik ni?"soal Fang tiba-tiba membuatkan Boboiboy dan OchoBat menoleh serentak.
"Kelawar pelik?!!💢💢"soal OchoBat tak puas hati.
"Ish kau ni...Dia ada namalah!!"balas Boboiboy yang tidak menjawab soalan Fang.Fang hanya krikk krikk.
"Huh??"
"Nama dia OchoBat...Dialah yang tolong aku balik dari tersesat masa merentas desa tadi..."jelas Boboiboy ringkas membuatkan Fang hairan.
"Macam mana kau boleh sesat??"soal Fang lagi manakala Boboiboy hanya menjeling.
"Kaulah!Fokus sangat merentas desa sampai tinggalkan aku!!Nasib baik OchoBat ada,kalau tak aku mesti masih terkandas kat entah mana-mana..."jawab Boboiboy bengang dan mula mengembungkan pipi chubbynya.
"Laa...Aku tak perasanlah...Toleh-toleh je tadi kau dah hilang...Penat aku cari kau,tahu-tahu je kau tengah duduk dengan kelawar..."balas Fang,cuba memujuk Boboiboy sambil menyusap sedikit pipi Boboiboy tetapi Boboiboy masih lagi tidak berpuas hati.
"Yelah tu..."ucap Boboiboy yang masih merajuk.
"Aloo~Janganlah merajuk~Nanti aku carikan kau anak kelawar.Itupun kalau kau menanglah..."pujuk Fang yang menyelitkan sedikit sindiran di dalam ayatnya.
Boboiboy hanya menjeling Fang.
"Tak payah..."balas Boboiboy datar.
Fang yang mula geram dengan Boboiboy yang asyik merajuk terus mencubit pipi Boboiboy sehingga membuatkan Boboiboy blushing kerana malu.
"K-kau ni!!Sini ramai orangkan!!"marah Boboiboy sambil menepis tangan Fang.
"Uish!!Kunyit!!"ucap OchoBat.Boboiboy yang mendengarnya semakin blushing Dan mengalihkan pandangannya ke arah OchoBat yang sedang bertenggek di atas meja.
"Aku bukan kunyitlah!!"ucap Boboiboy yang masih malu manakala OchoBat hanya menjelirkan lidahnya.
"Siapa yang cakap kau kunyit??"tanya Fang yang tidak memahami apa yang sedang berlaku.
"OchoBat ni...Dia cakap aku kunyit..."jawab Boboiboy yang mula merajuk lagi membuatkan Fang semakin tidak faham.
"OchoBat??Tapi,dia tak cakap apa-apa pun...Lagipun,kelawar mana boleh bercakap..."balas Fang hairan.
"Hmph!!Kau tak--
"Woi!!Semua budak yang ada kat sekolah ni!!Cepat masuk dalam dewan!!Korang tak nak hadiah eh???"arah seorang guru menggunakan pembesar suara dewan.Sekali dengar,Boboiboy dan Fang dapat mengenali itu adalah suara cikgu Azman.
"Jomlah"ajak Fang dan mula menarik tangan Boboiboy lagi.Boboiboy hanya mengikut.
"OchoBat,jomlah"ajak Boboiboy manakala OchoBat pula terus terbang dan mendarat pada bahu Boboiboy.
*Di dalam dewan*
"Semua pelajar dipersilakan duduk dalam keadaan senyap.Majlis penyampaian hadiah akan bermula tak lama lagi..."arah pengacara majlis.
Semua pelajar yang ada di dalam dewan mula duduk dalam keadaan...Suka hati dioranglah.Fang pula mestilah dah tarik Boboiboy supaya duduk di sebelah dia.Pelajar-pelajar yang berada berdekatan Boboiboy mula menjauhkan diri mereka apabila mereka tersedar ada seekor kelawar aneh pada bahu Boboiboy.
"Majlis penyampaian hadiah bagi tempat pertama hingga ketiga akan dimulakan dengan kategori lelaki A...Dipersilakan encik Azman selaku ketua panitia ko-kurikulum untuk menyampaikan hadiah..."umum pengacara majlis lagi.
"Bagi kategori lelaki A,tempat ketiga dimenangi oleh..."
---
"Tempat kedua dimenangi oleh Fang dari rumah Musytari(Biru)..."umum pengacara majlis itu manakala pelajar-pelajar lain hanya menepuk tangan.Fang yang mendengar namanya di tempat kedua berasa sedikit terkejut sehingga mulutnya hampir-hampir saja ternganga.
"B-biar betul?!!Siapa makhluk kurang ajar yang dah ambil tempat pertama aku?!!Kalau aku jumpa,siaplah dia!!!Aku tibai dia sampai tak boleh tengok dunia lagi!!!"monolog Fang yang tidak puas hati sambil bangun dan berjalan menuju ke arah pentas untuk mengambil medal perak.
"Dan johan bagi kategori lelaki B telah disandang oleh Boboiboy dari rumah Marikh(merah)!!!"umum pengacara majlis itu sehingga Fang yang sedang berjalan menuju ke tempat duduknya hampir terpelecok.Seakan-akan tidak mempercayai apa yang didengarnya.
"B-biar betul?!!!"soal Fang pada dirinya sendiri dan mula menoleh ke arah Boboiboy yang jelas kelihatan agak terpinga-pinga.
*Di tempat Boboiboy*
"Eh??Aku menang??"soal Boboiboy pada OchoBat.Manakala OchoBat hanya mengangguk.
"Ya!!Tahniah Boboiboy!!Dah,pergi ambil hadiah kau..."jawab OchoBat yang berasa gembira atas pencapaian Boboiboy.
"Hehehe~Tak sia-sia aku ajak dia lalu shortcut hutan belantara tu"monolog OchoBat.
Boboiboy mula bangun dan berjalan dengan perlahan-lahan ke arah pentas.Sebenarnya dia berasa sedikit malu untuk berdiri di hadapan orang ramai lagi-lagi untuk acara yang sebegini.
"Tahniah ya..."ucap cikgu Azman sambil mengalungkan(?) medal emas itu di leher Boboiboy.
"Senyum!!"ucap camera man secara tiba-tiba.Boboiboy yang tidak tahu apa yang patut dilakukan hanya menurut dan mula tersenyum manis sehingga ada segelintir pelajar perempuan yang menjerit.
"AWWWW~!!!COMELNYA~!!!"
Boboiboy yang mendengar sorakan itu berasa amat malu sehingga tanpa sedar pipinya sudah blushing teruks sehingga camera man dapat melihat warna merah pada pipinya.
Fang yang melihat dari jauh mula rasa sakit hati yang teramat.Bukan sakit hati sebab Boboiboy menang,tapi sebab ramai perempuan yang memuji kecomelan Boboiboy sampai terjerit-jerit macam orang gila.
"Ish!Aku sorang je yang boleh cakap dia comellah!!!💢💢"marah Fang di dapat hatinya.
OchoBat yang melihat reaksi Fang hanya hanya sweatdrop.
"Aku tak rasa dia sakit hati sebab Boboiboy menang...(=_=')"monolog OchoBat.
To Be Continued
Hehehe😂Pelik😂Btw,kalau reader nak tahu,sekolah Leeya guna nama² planet untuk rumah sukan😂Sebab tu Leeya letak nama planet😂
Marikh-Merah
Musytari-Biru
Utarid-Hijau
Zuhrah-KuningKorang punya sekolah pula macam mana??Cuba cerita sikit😂🌾
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfiction✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...