CHAPTER 5

2.1K 171 67
                                    

Boboiboy mengemas rumah Fang yang teramat bersepah itu dari bahagian ruang tamu hingga ke bahagian dapur.

"Ish!Bersepahnya kalah bilik kapten!!Orang lelaki ni teruk betullah!!"monolog Boboiboy yang mula rasa geram apabila sampah dan habuk yang disapunya dari tadi masih tidak bersih.Ada saja sampah dan habuk di mana-mana!!

Setakat ini,jumlah sampah dan habuk yang disapu Boboiboy telah mencecah 3 plastik besar.

*Di dapur*

Fang langsung tidak dapat fokus semasa memasak kerana fikirannya masih teringatkan kata-kata Boboiboy di hadapan rumah tadi tadi.

"Rumah aku lain sikit...Dia ada 3 tingkat,warnanya gelap,tak macam rumah kau...Lepastu kat atas bumbung tingkat 3 tu ada satu patung kelawar yang besar!!"

"Hmm...Apa yang selalunya berkaitan dengan kelawar ya?"soal Fang pada dirinya sendiri.

"Ha!Ada!Dekat sekeliling rumah aku ada pokok-pokok yang takda daun dan selalu dijadikan tempat kawan-kawan aku si burung gagak bertenggek!!Akhir sekali di sepanjang jalan nak menuju ke rumah aku tu ada semak-semak berduri!!"

"Serius ni...Macam rumah vampire!!Tapi,vampire mana wujud...Itukan cuma mitos ataupun cerita dongeng je..."monolog Fang yang masih berfikir.

Akhirnya Fang memutuskan untuk mengambil phonenya dan bertanya pada Pakcik Google.

Adakah vampire itu wujud?

Fang menemukan satu website yang membuatnya tertarik dan terus click pada website itu.

Sukar untuk dipastikan bahawa vampire Itu wujud atau tidak kerana vampire biasanya hanyalah sebuah karakter dalam filem-filem THRILLER di luar negara yang mempunyai taring dan menghisap darah manusia.Tapi ada juga sesetengah orang yang mempercayai vampire itu wujud.Menurut orang-orang itu,vampire yang terdapat di dunia moden ini biasanya adalah seorang manusia biasa yang hampir mati dan telah diselamatkan oleh vampire yang sudah berumur antara 200 hingga 300 tahun dengan cara menghisap darahnya kemudian di bawa pulang ke tempat tinggalnya yang digelar sebagai "Dunia Vampire".Manusia yang dibawa balik juga akan ditanda dengan tanda seperti kesan gigitan pada leher yang membawa maksud "You're mine".

Ada juga fakta tambahan yang mengatakan,budak lelaki yang dijadikan vampire akan mempunyai rupa paras yang amat comel seperti seorang perempuan dan dapat mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya.Mereka juga tidak akan terkesan apa-apa apabila terkena sinaran matahari.

Fang mematikan phonenya dan diletakkan di atas meja.

"Ah!Aku tak percayalah!Boboiboy memang semulajadi cute,mana ada jadi vampire boleh jadikan dia cute?!Merepek!!"ucap Fang yang masih tidak mempercayai kewujudan vampire.

Fang melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 3:55 petang.

"Lamanya Boboiboy kemas,tak siap-siap lagi ke?"soal Fang dengan suara perlahan dan mula berjalan mencari Boboiboy.

*Tempat Boboiboy*

"Akhirnya...Siap pun..."ucap Boboiboy sambil duduk bersandar di tepi dinding dan mengelap peluhnya menggunakan lengannya.Penyapu yang dipegangnya sudah lama dilemparkan.

Sedang Boboiboy duduk,tiba-tiba pandangannya terhenti pada satu bilik yang betutup dengan pintu berwarna coklat.

"Eh?Bilik tu aku belum kemas!"ucap Boboiboy sambil bangun dari posisi duduknya dan mengambil penyapu yang dilemparnya tadi.

Boboiboy berjalan mendekati bilik itu dan membuka pintunya perlahan-lahan.Apabila pintunya telah terbuka sepenuhnya,Boboiboy dapat lihat bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar dari pelbagai saiz yang ditampal di dinding.Ada juga sesetengah gambar yang disimpan di dalam frame dengan corak-corak yang menarik perhatian Boboiboy.

"Gambar siapa ni?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri sambil melangkah perlahan-lahan memasuki bilik itu.

Tetapi belum sempat Boboiboy meneliti muka orang yang berada dalam gambar itu, tangannya tiba-tiba telah ditarik dengan agak kuat sehingga Boboiboy keluar dari bilik itu secara paksa.

"Fang?"soal Boboiboy apabila mengetahui siapa yang menariknya manakala Fang hanya memandang Boboiboy seperti orang yang tiada perasaan menjadikan Boboiboy berasa pelik.

"Kenapa Fang?"tanya Boboiboy hairan.

Fang langsung tidak menjawab soalan Boboiboy malah dia hanya melepaskan tangan Boboiboy dan menutup pintu bilik itu dengan agak kuat.

"Kenapa kau masuk bilik ni?"tanya Fang dengan nada yang sedikit kasar pada pendengaran Boboiboy.

"Jangan marah Fang...A-aku cuma nak tolong kemaskan je..."jawab Boboiboy yang berasa sedikit bersalah kerana telah memasuki bilik itu tanpa izin dari Fang.

"Hmm...Takpalah..."balas Fang perlahan dan mula melangkah menuju ke arah dapur.

"T-tapi apa yang kau simpan dalam tu sampai aku tak boleh tengok?"tanya Boboiboy yang masih ingin tahu membuatkan langkah Fang terhenti dan dia terus mengalihkan pandangannya ke arah Boboiboy.

"Takda apa.Cuma...Gambar-gambar orang yang dulunya pernah curi hati aku je..."jawab Fang sambil tersenyum pahit.

"Waah!!Mesti dia canti-"

"Tapi sayang,dia menghilangkan diri sebelum sempat aku luahkan perasaan aku pada dia..."sampuk Fang yang masih menatap mata merah Boboiboy.

"Tapi sekarang dia dah datang balik..."sambung Fang di dalam hatinya

Boboiboy yang mendengarnya berasa semakin bersalah dan mula menundukkan sedikit kepalanya.

"Maaf...Aku tak sepatutnya tanya..."ucap Boboiboy yang masih rasa bersalah.

Tiba-tiba Boboiboy dapat rasakan kepalanya diusap lembut oleh Fang lalu mengangkat semula kepalanya dan menatap muka Fang dengan tatapan pelik.

"Takpa...Aku tak kisah..."pujuk Fang yang masih menyusap kepala Boboiboy membuatkan Boboiboy berasa sedikit malu.

"Em"

"Dahlah,jom makan...Kau mesti lapar"ajak Fang dan terus menarik lengan Boboiboy dan berjalan menuju ke arah dapur.

*Di dapur*

Boboiboy duduk di salah satu daripada kerusi yang terdapat di meja makan itu manakala Fang pula mengangkat makanan yang telah dimasaknya.

"Mesti sedap!"monolog Boboiboy yang sudah tidak sabar ingin merasa masakan Fang.

Tak lama kemudian,Fang kembali dengan membawa dua mangkuk sup ayam yang bersaiz agak kecil. Boboiboy berasa hairan apabila melihat rupa makanan yang berada di hadapannya.

"Ini apa Fang??Pelik je rupanya..."soal Boboiboy dengan soalan yang membuatkan Fang krikk krikk seketika.

"Serius kau tak tahu??"soal Fang balik.Boboiboy hanya menggeleng.

"Inikan sup ayam...Makanan favourite kau..."jawab Fang.Boboiboy semakin tidak faham.

"Makanan favourite??Ada ke??"soal Boboiboy membuatkan Fang sedikit sedih.

"Hmm...Apa dah jadi pada kau sebenarnya Boboiboy?"soal Fang di dalam hatinya.

"Lupakanlah...Kita makan dulu..."ucap Fang yang tidak menjawab soalan Boboiboy dan terus menghirup kuah sup ayam itu perlahan-lahan.

"Erm...Kau ada DARAH segar tak??"soal Boboiboy tiba-tiba membuatkan Fang terkejut sehingga tersembur kuah sup yang sedang dihirupnya.

"Hah?!Darah?!"

To Be Continued

Okay ke?ಥ‿ಥ

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now