CHAPTER 48

1K 102 103
                                    

*Di kantin*

Fang dapat lihat Boboiboy dan Nadiya baru saja siap membeli makanan.Tetapi yang anehnya,hanya Nadiya saja yang membeli makanan.

"Kenapa Boboiboy tak beli makanan??"soal Fang pada dirinya sendiri sambil berjalan menghampiri Boboiboy dan Nadiya.Fang dapat lihat Nadiya seperti bersedia untuk duduk di sebelah Boboiboy menjadikan Fang menggenggam penumbuknya sekali lagi.

"Boboiboy!!"panggil Fang sambil melambai-lambai tangannya agar Boboiboy dapat melihatnya.Apabila Boboiboy telah melihatnya,Fang terus membuat isyarat tangan agar Boboiboy datang ke arahnya.

"Kenapa Fang??"tanya Boboiboy pelik manakala Fang terus memaut erat lengan Boboiboy dan menariknya sehingga sampai di tempat duduk paling hujung yang sedikit tersorok.

"Duduk sini dengan aku..."jawab Fang akhirnya.

"Eh?H-habis tu,Diya macam mana??Takkan nak tinggal dia sorang-sorang..."soal Boboi yang baru teringat akan Nadiya yang ditinggalnya tadi.Soalan Boboiboy tadi telah membuatkan Fang bengang sehingga tanpa sedar telah tercubit lengan Boboiboy dengan agak kuat.

"Sakitlah!!"

"Dah,tak payah kisah pasal dia...Kita duduk sini berdua je...Hanya kita berdua..."balas Fang datar sambil memandang Boboiboy tepat pada matanya.Boboiboy yang mula rasa tidak selesa apabila Fang melihatnya begitu terus mengalihkan pandangannya ke tepi.

"T-tapi kat sini takda orang..."balas Boboiboy ringkas.Boleh lihat dengan jelas yang pipinya mulai memerah.

"Jadi?"

"Erm...Malulah pula...Sebab-"

"Mesti sebab semalamkan??Takpa...Aku tak paksa..."potong Fang yang seperti sudah mengetahui apa yang bakal diucap Boboiboy.

"Hmm...O-okay..."balas Boboiboy yang masih tidak mahu memandang muka Fang.

"Kenapa tak beli makanan?"tanya Fang yang cuba untuk mencari topik perbualan manakala Boboiboy hanya memandang Fang dengan ekor matanya.

"Malas...Aku dah kenyang"jawab Boboiboy yang akhirnya mengalihkan pandangannya ke arah Fang.

Flashback On••

Fang yang baru selesai mandi terdengar suatu  bunyi yang aneh datang dari biliknya.

"Apa tu??"soal Fang pada dirinya sendiri sambil mempercepat langkahnya ke arah biliknya.

*Di bilik*

Fang membuka pintu biliknya dan terus terkaku di situ apabila melihat Boboiboy sedang bersarapan pagi dengan sarapan DARAH yang diambilnya dari hospital Pulau Rintis tempoh hari.

"A-apakah?!!"soal Fang pada dirinya sendiri.

Flashback Off••

"Hmm...3 beg darah dia minum.Memang patut pun kenyang haihh..."monolog Fang yang masih tidak melepaskan pandangannya dari Boboiboy.Kemudian,Fang mendapat satu idea dan mula mengeluarkan donut lobak merah yang dibelinya tadi lalu mendekatkan donut itu dengan mulut Boboiboy.

"Makan"arah Fang sepatah membuatkan Boboiboy berasa malu.

"Eh?Tak naklah...Kan tu kau punya...Mana boleh bagi aku..."tolak Boboiboy sambil menolak perlahan tangan Fang yang memegang donut itu.Fang hanya menghela nafas.

"Makan"arah Fang lagi.

"Tak boleh...Nanti kalau kau lapar maca-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan kata-katanya,Fang telah pun menyumbatkan donut itu ke dalam mulut Boboiboy menjadikan Boboiboy terkejut.Boboiboy menggigit donut itu manakala Fang mengambil lebihannya.

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now