CHAPTER 16

1.3K 144 19
                                    

"K-kau makan ais krim lagi?!!"soal Fang dengan suara yang agak kuat sehingga Boboiboy tersedak ais krim yang dimakannya dan terus menoleh ke belakang.

"H-hai Fang!!Lambat kau bang-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya,ais krim yang dipegangnya telah pun dirampas oleh Fang.

"Hei!!Kenapa kau ambil ais krim aku?!"soal Boboiboy yang berasa sedikit bengang kerana ais krimnya diambil Fang.

"Apa benda kau makan ais krim pagi-pagi?!Nanti kau sakit macam mana?!"soal Fang balik sambil menepuk sedikit pipi Boboiboy untuk menegur kesalahannya.

Boboiboy hanya menjeling Fang dalam diam dan mengembungkan sedikit pipinya tanda protes.

"Aku lapar,jadi aku makanlah ais krim...Lagipun,aku tak sakitkan?Jadinya takpalah kalau aku nak makan ais krim banyak-banyak..."jawab Boboiboy yang masih tidak puas hati dengan kata-kata Fang tadi.

"Kan kau boleh makan makanan lain...Kenapa mesti nak makan ais krim?"tanya Fang yang mula merendahkan suaranya.

"Makanan lain takda!Kalau ada pun tak sedap macam ais krim ni!"jawab Boboiboy yang masih lagi mengembungkan pipinya.

"Haihh...Sabar-sabar...Ingat...Boboiboy ni crush kau...Jangan sampai dia tak suka kau...Melepas nanti hmm..."monolog Fang yang cuba menenangkan dirinya sendiri.

"Suka hati kaulah...Tapi,dah berapa banyak ais krim kau makan?"tanya Fang lembut.

"Tu"jawab Boboiboy sambil jarinya menunding ke arah dua buah kotak yang sudah terbalik di bawah sinki.Fang yang melihatnya hampir-hampir saja tercabut jantung.

"Apasal kau pergi makan sampai 2 kotak?!!"soal Fang dan mula menggoncang-goncang badan Boboiboy sehingga Boboiboy berasa sedikit pening.

"Kan aku cakap tadi...Aku lapar!!!"jawab Boboiboy yang masih digoncang oleh Fang.

Fang melepaskan badan Boboiboy dan terus berjalan ke tempat memasak dan mencapai sebuah kuali.Boboiboy yang melihatnya muka terpinga-pinga.

"Kau nak buat apa tu Fang??"tanya Boboiboy hairan.

"Masaklah...Tadi ada orang tu yang dah kelaparan sampai baham ais krim 2 kotak..."jawab Fang yang sempat memerli Boboiboy.

"Eleh..."balas Boboiboy sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan di dadanya.

---

Boboiboy yang sedang membaca buku yang diberikan oleh Yaya tiba-tiba merasakan yang badannya seperti memanas.

"Aik?Kenapa ni?Kipas tak hidup ke?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri dan mengalihkan pandangannya ke arah kipas siling yang sedang ligat berpusing di atasnya.

"Hmm...Biarlah,cuaca kot..."gumam Boboiboy dan menyambung pembacaannya yang terhenti tadi.

Tiba-tiba Boboiboy terlihat Fang mengambil kunci rumahnya dan mula berjalan ke arah pintu hadapan rumahnya.Boboiboy yang berasa curious terus menutup bukunya dan berlari menghampiri Fang.

"Kau nak pergi mana?"tanya Boboiboy hairan.

Fang yang mendengar soalan Boboiboy segera menoleh.

"Aku nak jumpa kawan aku kejap...Kau nak ikut?"tanya Fang pula.

"Kawan??"tanya Boboiboy balik manakala Fang hanya mengangguk.

"Erm...Malaslah,aku nak baca buku..."ucap Boboiboy akhirnya.

"Kau tak kisah ke duduk rumah sorang-sorang?"tanya Fang yang yang berasa sedikit risau untuk meninggalkan Boboiboy seorang diri.

"Tak...Lagipun,kau pergi tak lamakan?"

"Aku pergi kejap je..."jawab Fang ringkas.

"Oh okay..."balas Boboiboy dan terus berjalan ke arah bilik Fang.

"Aku pergi dulu tau...Kau jangan merayap pergi mana-mana pula..."pesan Fang sambil membuka pintu rumahnya.

"Okay"sahut Boboiboy dari dalam bilik.

Fang menutup pintu rumahnya dan terus melangkah menuju ke arah rumah kawannya.

---

(TOK TOK TOK!!)

Fang mengetuk pintu pintu rumah itu sebanyak tiga kali dan menunggu pemilik rumah membuka pintu itu.

Tak lama kemudian,seorang lelaki dengan kulit yang agak gelap membuka pintu dan menegur Fang.

"Ha Fang...Kenapa tiba-tiba datang ni?"tanya lelaki itu.

"Uncle Kumar...Gopal ada tak?"tanya Fang pula pada lelaki itu 'Uncle Kumar'.

"Ohh...Gopal ada kat dalam,kejap uncle panggilkan"jawab uncle Kumar dan masuk semula ke dalam rumahnya untuk memanggil Gopal.

-5 minit kemudian-

Gopal keluar dari rumahnya dan mula tersenyum apabila melihat Fang di hadapan pintu.

"Ha,apa benda yang kau nak bincang sangat dengan aku?"tanya Gopal yang straight to the point.

"Aku nak bincang pasal...Boboiboy..."jawab Fang yang menyebut nama Boboiboy dengan nada seperti berbisik membuatkan Gopal sedikit terkejut dan mengajak Fang masuk.

"Kita tak boleh bincang kat sini,masuklah...Kita bincang kat bilik aku..."ajak Gopal sambil berjalan masuk ke dalam biliknya diikuti oleh Fang.

*Di rumah Fang*

Boboiboy semakin berasa tidak selesa kerana baginya cuaca hari ini terlalu panas sehingga menyebabkan dia tidak dapat duduk diam di satu tempat dan perlu bergerak kesana sini untuk berasa sedikit sejuk.

"Apa kena dengan aku ni??Tiba-tiba je kepanasan..."ucap Boboiboy yang mula bengang dengan dirinya sambil berjalan mundar-mandir di dalam bilik Fang.

"ACHOOM!!"

Sedang Boboiboy mundar-mandir,tiba-tiba saja Boboiboy terbersin sehingga kepalanya berasa sedikit pening dan dia jatuh tersungkur di atas lantai.

"Kenapa ni??"soal Boboiboy lemah.

Boboiboy cuba untuk bangun tetapi semakin dia bergerak,kepalanya menjadi semakin sakit sehingga lama-kelamaan pandangannya menjadi kabur.

"Apa dah jadi dengan aku??"soal Boboiboy yang pandangannya semakin mengabur dan akhirnya matanya tertutup.

---

Fang masuk ke dalam rumahnya dan terus mengunci pintu.Dia melihat sekeliling dan merasakan yang rumahnya seperti terlalu sunyi.Akhirnya Fang memutuskan untuk memanggil Boboiboy.

"Boboiboy!"panggil Fang tetapi langsung tidak mendapat sebarang respon dari Boboiboy membuatkan Fang hairan dan mula mencari Boboiboy di sekitar kawasan rumah.

"Aduhh...Mana pula budak ni pergi?Takkan dia pergi merayap?Aku dah pesan jangan pergi mana-mana..."gumam Fang yang masih berasa hairan kerana Boboiboy tidak menjawab panggilannya.

Akhirnya Fang memutuskan untuk mencari Boboiboy di dalam biliknya.Fang berjalan ke arah biliknya dan memulas tombol pintu.Apabila pintu telah terbuka sepenuhnya,Fang berasa amat terkejut kerana melihat Boboiboy yang sudah tertiarap di atas lantai dan segera menghampirinya.

"Boboiboy!!!"

To Be Continued

Ayat berteraburlah🤧💔Vote dan Komen kalau suka🤧🔨

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now