Bab 1

300 16 2
                                    

Empat tahun lepas...

"Abang kat mana... abang..."

Ifti mengundur ke belakang sehingga dia betul-betul berada di penjuru bilik itu. Dia terduduk sambil meraba matanya sendiri.
"Ya Allah... aku tak nampak apa-apa.. Abang... Ifti tak nampak apa-apa dah.."rintih Ifti tidak percaya. Kedua matanya terlalu pedih ketika ini sehingga dia tidak tertanggung rasanya.

Kedengaran pintu dibuka kasar dari luar. Satu tangan merenggutnya ke dalam dakapan.
"Abang?"
"Ya, sayang. Abang datang ni. Are you hurt? Hmm?"Ifti mengeratkan pelukan bila dia pasti suara lelaki yang memeluknya itu.
"Ifti tak nampak apa-apa pun.. Mata Ifti pedih sangat."adu Ifti kepada Eif. Terasa tangan kasar itu membelek lembut wajahnya mungkin sedang meneliti kecederaannya.
"Ya Allah! Mata sayang..." Tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya bunyi kaca pecah menyebabkan Eif melepaskan pelukannya pada Ifti.

Ifti meraba kawasan sekitarnya mencari tubuh Eif. Bunyi pergaduhan jelas di telinganya membuatkan Ifti gentar.
"Abang! Abang kat mana? Abang!"jerit Ifti ketakutan.
"Stay away, Ifti!" Selepas itu kedengaran erangan kesakitan Eif.

Ifti pantas bergerak kearah suara erangan itu sehinggalah dia menyentuh sesuatu cecair pekat dan hanyir pada baju Eif.
"Abang luka ke?"soalnya cemas.
"Ifti lari sekarang! Dengar cakap abang! Pergi cepat!" Eif bangun dan berusaha untuk melindungi Ifti dari serangan lelaki itu.

Ifti merangkak perlahan sambil meraba-raba sekeliling. Tangannya terpegang pintu yang telah terbuka dan Ifti berdiri dengan segala tenaga yang masih tersisa.
"Jangan lari!"pekik seseorang dari arah belakang. Ifti mula panik. Dia berlari tanpa arah sehingga dia tidak perasan tangga dihadapannya. Langkahnya yang tidak teratur menyebabkan dia terjatuh dari tangga. Kepalanya terhantuk pada anak tangga terakhir.

"Ifti!!!"

.....................

Masa kini...

IFTI menghirup minuman latte yang dibelinya di starbuck. Dia melihat jam pada pergelangan tangannya.
"Alamak!"

Dia pantas menahan teksi dan meloloskan diri ke dalam perut teksi.
"Pak cik, alamat ni ya?"Ifti menunjukkan alamat yang tertera pada skrin telefon pintarnya. Pak cik teksi itu senyum dan mengangguk faham.

Kurang daripada 20 minit barulah teksi itu berhenti disebuah butik mewah.
"Ni duitnya pak cik. Keep the change!" Ifti terus keluar dari perut teksi dan berlari masuk ke dalam butik itu.
"Ifti! Ya Allah budak ni. Auntie ingat Ifti tak jadi datang."ujar auntie Anne. Ifti tersengih. "Lepak sampai lupa hari ni Ifti kena tolong auntie kat butik."
"Haih ada ada aje kamu ni. Ni, papa kamu tahu tak kamu pergi sini after kelas hari ni?" Ifti angguk laju. Beg sandang diletak belakang kaunter.
"Ifti dah bagitahu malam tadi. Auntie nak Ifti buat apa sekarang ni?"
"Hah. Kamu tolong check senarai tempahan tuxedo ni berdasarkan list yang auntie bagi."beberapa keping kertas A4 bertukar tangan. Ifti membaca seketika senarai itu sebelum membuat tanda okey kepada auntie Anne.
"Okey. Kalau macam tu, auntie kena jumpa client kejap. Nanti Suri akan bantu Ifti kalau Ifti ada apa-apa soalan tanya dengan Suri ya?"Ifti angguk. Auntie Anne keluar dari butik itu dan masuk ke dalam kereta yang sudah sedia menanti.
"Kak Suri, tuxedo yang dalam semua ni list ni kat mana ya?"soal Ifti.
"Kalau yang tempahan orang, Ifti check kat bahagian ni. Nanti Ifti tolong check sekali nama mereka ya?"kata Suri. Ifti senyum sambil mengangguk. "Okey, kak!"

KHAI memberhentikan kereta dihadapan butik.
"Aku nak ambil tuxedo kat butik. Kau nak ikut ke kau nak tunggu kat sini?"Eif yang duduk disebelahnya memandang. "Nak kena cuba pakai kan tuxedo tu?"
"Yelah. Karang tak sesuai banyak kali kerja lagi nak kena datang sini."
"Okeylah."Putus Eif lalu keluar dari kereta.

Khai tekan loceng diluar pintu butik. Tidak lama kemudian seseorang membukakan pintu.
"Hai, selamat datang!"ucapnya mesra. Khai membalas senyuman mesra wanita itu. Eif terkedu sendiri melihat gerangan wanita yang membuka pintu itu.
"Puan Anne ada?"soal Khai mesra. Wanita itu geleng. "Puan Anne jumpa client sekejap. Encik berdua nak buat tempahan tuxedo ke?"
"Eh, tak! Kitaorang nak ambil tuxedo yang dah siap. Err... Nama cik..?"
"Ifti."ringkas jawapan Ifti kepada soalan Khai.
"Cik Ifti boleh bantu kami?"
"Err.. Boleh tapi saya pun tak tahu sangat sebab saya cuma bantu Puan Anne aje. Nanti saya panggilkan kak Suri untuk bantu encik berdua sementara tu encik berdua boleh lah duduk dulu." Ifti menunjukkan sofa dihujung sudut.
"Terima kasih."ucap Khai ikhlas. Ifti turut tersenyum. Namun ketika dia ingin berlalu pergi Eif menyambar tangannya. " Nur Iftiara?"

Ifti terkejut. Macam mana lelaki dihadapannya ini boleh tahu nama penuhnya?
"Y-yes?" Mereka berpandangan seketika sebelum Eif perlahan-lahan melepaskan tangan Ifti.
"Nice to see you again." Ucap Eif perlahan sahaja namun masih mampu didengari jelas oleh Ifti. Ifti cuma senyum nipis sebelum berlalu pergi.
"Kau kenal ke?"soal Khai.
"Lebih dari kenal."Hanya itu sahaja yang dibalas Eif.

Skip*

SURI membantu Khai memakai tuxedo itu namun apabila dia mahu membantu Eif pantas sahaja lelaki itu mengelak.
"Boleh tak suruh Ifti tolong saya?"pinta Eif kepada Suri. Pada mulanya Suri agak terkejut namun hanya menurut sahaja permintaan Eif.

Kelam kabut Ifti datang setelah kedengaran namanya dipanggil dari tingkat 2.
"Ada apa?"
"Ifti tolong encik Rifqi untuk pakai tuxedo ni okey? Lepas tu Ifti tanyalah mana-mana part yang dia tak selesa nak kena kecilkan ke atau nak kena besarkan sikit."jelas Suri secara terperinci. "Oh. Okey, kak."

Ifti membantu Eif memakai tuxedo ke tubuh tegap itu. Entah mengapa setiap kali dia mendekati lelaki itu seakan ada bayangan lain yang bermain di mindanya seperti mereka pernah bertemu sebelum ini.

Eif mengangkat tangannya untuk membetulkan butang pada pergelangan tuxedo itu. Ifti tersentak melihat sesuatu pada jari manis lelaki itu. Cincin itu... Seakan sama dengan yang ada padanya. Takkanlah?
"Okey. Setakat ni saya tak ada nak conplaint  apa-apa... Cik Ifti?"Eif melambai dihadapan wajah Ifti yang seakan mengelamun itu.
"Hah? Oh! Jadi tuxedo ni tak ada masalah apa-apa kan?" Ujar Ifti kalut. Eif senyum melihat.

Segala urusan pembayaran diselesaikan oleh Khai manakala Eif memasukkan tuxedo mereka ke dalam kereta.
"Suri, kirim salam dengan Puan Anne ya? Pesan jangan lupa datang dinner nanti."kata Khai sebelum keluar dari butik tersebut. Suri buat tanda ok kepada mereka.

Eif masuk ke tempat pemandu lalu menghidupkan kereta jenis Audi A7 itu.
"Kau nak pandu ke?" Soal Khai yang baru masuk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.
"Kau pandu macam siput."kutuk Eif membuatkan Khai ketawa kuat. Eif tersenyum sinis sebelum memandu keluar dari tempat itu.

Ifti keluar dari butik dan melihat kereta itu bergerak pergi. Entah kenapa dia terasa selesa bersama lelaki bernama Rifqi itu.



TBC


Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now