𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏

87K 1.1K 52
                                    


Hari ini hari yang amat sukar buatku. Seketika tadi aku baru sahaja pulang dari kedai untuk membeli barang yang di pesan oleh ibu.

Lalu sesuatu perkara sudah terjadi diantara kami. Aku tidak tahu menahu langsung pada mulanya. Setelah ibu memberitahu mengapa dia begitu marah akanku. Aku terkejut saat ibu dapat beberapa gambar aku sedang berbogel bersama lelaki.

Aku menangis dan merayu pinta ibu mempercayaiku. Namun sebaliknya, dengan perasaan amarahnya, ibu sudahpun menarik aku dan membawa barang-barang aku keluar dari rumahnya.

"Kau keluar!! Keluar dari rumah aku! Aku tak ada anak macam kau!!" Kata ibu lalu mencampak beg sandangku dan pakaian-pakaian aku di hadapan pintu rumah.

Yang hanya ada dalam perasaan aku adalah tangis yang amat sakit merasuki hati ini. Mengapa aku dilayan sebegini. Hanya tuhan yang tahu apa yang aku sedang rasakan.

"Ibu , dengarlah penjelasan Hawa dulu. Apa yang ibu dapat itu semua cuma nak kenakan Hawa ibu.." Rayuku dengan esakan. Namun ibu menepis tanganku yang sedang memeluk kakinya untuk memohon belas kasihannya itu.

"Keluarlah Hawa.. Kau pergilah mana kau nak pergi. Aku dah tak nak ambik tahu.." Lalu ibu masuk ke dalam rumah dan menghempas pintu itu.

Aku tidak tahu lagi apa yang hendak aku lakukan. Ibu mempercayai berita itu sebulat-bulatnya tanpa memeriksa dahulu. Aku sungguh terkilan atas sikap orang yang berdendam dengan aku itu sehingga ingin melihat orang yang aku sayangi menangis kerana muslihatnya.

Aku melipat semua pakaian yang dicampak oleh ibu tadi dan masukkannya ke dalam beg sandangku. Aku bangun lalu keluar dari perkarangan rumah yang sudah aku tinggal selama 18 tahun ini.

"Mengapa engkau mengujiku ya Allah.." Tangisanku sudahpun membasahi pipi dari tadi dan aku tidak tahu hendak ke mana untuk berteduh malam ini. Rumah yang aku tinggal selama ini aku tatap buat kali terakhir sebelum beransur pergi dari situ.

Aku berjalan dan terus berjalan tanpa arah. Kadangkala terasa penat, aku akan berhenti di tepi jalan untuk berehat dalam masa yang sama perutku juga sudahpun ingin diisi.

"Ya allah laparnya.. Mana nak cari makanan ni, duit pun takda.." Sambil tanganku memegang perut yang sudah kosong. Keadaan sekeliling highways ini sudah menggerunkan aku dengan kereta yang banyak lalu lalang. Fikiran aku ligat memikirkan ke mana aku harus pergi.

Aku bangun semula untuk berjalan lagi sebelum larut malam. Niat aku hanya ingin mencari tempat berteduh.

Hampir lama aku berjalan tanpa sedari ketika itu berkumandang azan menandakan waktu mahgrib sudah masuk. Aku bergegas mencapai tudungku di dalam beg yang aku bawa dan melangkah masuk ke dalam masjid yang paling hampir denganku.

Seusai aku mengambil wudhuk. Aku terus mengambil ruang untuk menunaikan ibadatku sebagai hambanya di dunia ini. Habis sahaja aku menunaikannya aku terus menadah tangan untuk membaca doa.

Ya allah, sesungguhnya kau ampunkanlah segala dosaku..
ya allah, bantulah aku di dalam kesusahan ini, berikanlah petunjuk mu kepada hamba mu ini ya allah, kuatkan lah hati ku untuk menghadapi segala dugaan yang engkau berikan.. Amin allahumma amin ya allah..

Aku mengaminkan doaku dengan air mata yang sudahpun mengalir lagi. Aku terus menguatkan hatiku untuk terus hidup. Aku yakin ini adalah ujian sementara buatku dan aku harus tunjukkan kepada mereka yang aku boleh mengatasinya.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora