𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟏

18.3K 364 9
                                    

1/05/2020💝

At France

"Rayyan!" Teriak Shasha lalu pintas bangun dengan baju pengantin di badannya.

"Siapa tu?" Tanya bapanya yang sedang duduk di hadapanku.

"Siapatu Ash?" Tanyaku pula apabila menoleh memandang sahabatku di belakang.

"Semua benda akan terungkai.." Kata Fadlan dan mata kami semua memandang tepat ke arah Shasha yang sedang menghalau lelaki itu.

"Shasha sapa ni?" Tanya bapanya lagi setelah berdiri menghampiri mereka.

"You buat apa dekat sini Rayyan, pergi balik.." Bisik Shasha.

"No I takkan balik, you tak boleh kahwin dengan Danial.." Balas Rayyan.

"Apabende semua ni?" Aku pula bangun dan menghampiri mereka.

"Shasha tell me!?" Tanya bapanya lagi.

"Uncle, Danial.. Shasha tak boleh kahwin dengan Danial. She's pregnant and that is our child.." Kata Rayyan.

Semua mata-mata tetamu terkejut mendengar kata lelaki yang sedang bercakap di hadapan aku dan bapa Shasha ini. Shasha pula sudah menahan malu di wajahnya.

Pang..

Tamparan diberikan kena tepat di pipi Rayyan oleh bapa Shasha. "Shasha! It's true! I ask you!" Tengking bapanya dan semua mata di situ hanya memandang pergaduhan anak beranak ini.

"Shasha! Jadi betullah tu bukan anak aku kan!?" Aku pula bertanya.

"Shasha, betul ke apa yang mummy dengar?" Tanya ibuku pula selepas mendengarnya tadi terus bangun menuju ke arah kami. Bertubi soalan keluar untuknya.

"Uncle, please saya nak bertanggungjawab. Anak ni anak saya.." Rayu Rayyan kepada bapanya.

"How could you Shasha! Mummy tak sangka kamu tipu mummy!" Bentak ibuku dan terus berlalu pergi.

"I'm sorry Dato. Kita kena cancel semua ni.." Kata bapaku pula dan terus berlalu juga.

"Uncle! Mummy! Jangan percaya dekat Rayyan ni! Baby ni bukan anak dia!" Teriak Shasha.

Pang..

Satu tamparan lagi diberi oleh bapanya di muka wanita itu.
"Aku tak sangka kau akan membelakangkan keluarga aku! Kau tabur arang dekat muka aku Shasha! You're not my daughter anymore!" Teriak lelaki tua itu dan terus meninggalkannya.

"Papa! Please papa!" Shasha ingin mengejarnya namun pantas lelaki itu beredar. Para tetamu juga sudah pulang selepas di arah oleh sahabatku.

"Sorry bro, maafkan aku sebab lambat. Kau pergilah dekat bini kau balik. Dia tahu yang sebenarnya. Shasha biar aku yang tanggung.." Kata Rayyan kepadaku dan Shasha yang mendengarnya dari duduk menangis tadi terus bangun.

"No! Shit! Kau musnahkan semuanya! Danial please trust me! Ni anak kita!" Shasha menghampiriku. Tanganku ditarik olehnya pantas aku tepis.

"Angan-angan. Kau tipu aku!" Bentakku lalu terus beredar dan menuju ke parkir.

"Wey! Danial!" Panggil Cael apabila aku ingin masuk ke dalam perut kereta.

"Ape bende!!" Aku menoleh melihat mereka berempat di belakang. Niat aku hanya mahu pulang ke rumah. Naik marahku membuak merana di tipu hidup-hidup oleh wanita licik itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now