𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟗

23K 311 4
                                    


"Nak siap-siap pergi mana biy?" Tanyaku apabila aku sudah membuka mata selepas berehat kerana keletihan semalam untuk ke sini.

"Honeymoon kan!?" Teruja lelaki itu dan duduk birai katil.

"Pukul berapa sekarang?" Tanyaku sambil menggosok mataku untuk meluaskan pandangan.

"Pukul 10 pagi dah ni.."

"Siaplah sayang, kejap lagi driver kita sampai." Aku hanya sekadar mengangguk dan bangun menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.

Lalu setelah aku mengambil masa beberapa jam untuk siap dan bersolek. Kini aku sudah siap hanya berpakain simple sahaja harini dengan rambutku dileraikan tanpa diikat.

"Jom biy! I'm done.." Aku mengambil beg sandangku.

"Cantik sayang! Let's go!" Danial merangkul pinggangku dan kami keluar dari bilik ini.

Aku hanya tersenyum melihatnya yang gemar memujiku walaupun dalam keadaan selekeh di rumah. Haih nasib sayang suami.

Lalu pelbagai tempat Danial membawa aku harini berjalan-jalan di sini.

Seperti pergi ke Perth Zoo melihat haiwan-haiwan yang tidak ada di Malaysia, kemudiannya suamiku membawa aku pergi pula ke Aquarium of Western Australia pula untuk melihat ikan-ikan yang aku sudah lama ingin melihatnya terutamanya dolphin. Aku teruja apabila dapat melihat ikan itu.

"Comel biy! Dolphins tu!" Aku menujuk ikan-ikan itu kepadanya yang sedang berdiri di sebelahku.

"Sayang suka dolphin?"

"Suka! Suka sangat!" Terujaku dan mendekati aquarium itu lebih dekat. Lalu Danial hanya melayanku. Pelbagai gambar sudah aku tangkap harini.

Habis sahaja aku dan Danial berjalan-jalan sehingga larut malam. Suamiku mengajak aku untuk mengisi perut dahulu kerana aku sudah kelaparan.

"Sayang kita makan dekat sinilah, driver kata kat sini makanan halal.." Aku memandang sebuah restoran yang ditunjuk olehnya.

"Jom lah.."

Setelah itu kami masuk ke dalam restoran itu dan membuat pesanan. Sedang menunggu makanan tiba, kami berdua meneliti gambar-gambar yang diambil harini di dalam telefon Danial.

"Sayang tunggu sini kejap, biy nak pergi tandas.." Danial menyerahkah telefonnya kepadaku untuk berlalu ke sana. Aku hanya mengangguk tanda faham.

Sedang aku leka menatap telefon suamiku. Lalu seseorang datang menegurku. "Hawa.. It's you?" Tanya gerangan itu pantas aku mengangkat wajahku untuk melihatnya.

"Eh, Ghazie!" Tegurku dan lelaki itu hanya tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di kerusi yang Danial duduk tadi.

"Lama tak jumpa, how are you?" Ghazie itu menghulur tangan untuk bersalam. Namun aku tidak membalas sambutannya kerana bukan mahramku.

"Just fine.."

"How about you? Awak buat apa dekat sini?" Tanyaku dengan rasa segan dan tidak selesa bersama dengannya sewaktu ini.

"Saja jalan-jalan.."

"Macam ni lah okayh je, awak datang dengan sapa?" Tanya Ghazie lagi.

"Saya dengan.." Baru sahaja aku mahu menyebut nama suamiku. Lelaki itu sudah muncul dari belakang.

"Sayang.."

"Who's that?" Tanyanya dan menghampiriku. Ghazie mendengar suaranya terus bangun dari kerusi yang didudukki olehnya tadi.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now