𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟗

29.1K 685 47
                                    


"Macam mana?" Tanya Kak Sarah apabila aku telah masuk ke dalam pejabatku.

"Oh my god kak!!" Aku teriak perlahan membuat kak Sarah terkejut dan teruja mahu mendengar ceritaku.

"Kenapa? Kenapa? Ceritalah.." Pinta kak Sarah namun aku terus mencapai barang yang perlu dibawa.

"Hehe kejap lagi saya cerita ya. Saya kena keluar ni. Cik Kael arahkan saya untuk keluar padang hari ni." Jawabku dan hanya melemparkan senyuman kepadanya. Kak Sarah sudahpun memonyokkan wajahnya.

"Eyy spoillaa..." Aku terus berlalu meninggalkannya disitu dan menuju ke pintu lif untuk ke lobi. Sampai sahaja aku di lobi. Cik Adam sudahpun menanti kehadiranku

"Cik Adam! Jom.." Aku menyapanya. Lelaki itu terus menoleh kebelakang melihatku. Ya Allah hensem betullah dengan cermin mata hitam dia tu. Nak bagi aku mati ke apa ni.

"Lambatlah awak ni. Nasib saya bawak cermin mata ni. Kalau tak nanti orang nampak pulak saya dekat bawah." Katanya dan berlalu meninggalkanku.

"Sorry cik Adam." Aku mengikutnya dari belakang menuju ke parkir kereta.

"Takyah bercik lah dengan saya. Tak selesa lah. Macam biasa je boleh." Kata Adam apabila memberhentikan langkah secara tiba-tiba lalu membuatkan aku terlanggar belakangnya.

"Aduhhh, sorry tak sengaja.." Aku menunduk wajahku.

"Lagipun tak boleh cik Adam. Cik Adam orang atasan saya. Saya kena hormat." Jawabku pula.

"Suka awak lahh." Lelaki itu terus menuju ke keretanya dan aku pun terus mencari kelibat keretaku.

"Oi nak gi mana tu!" Teriak Adam yang sudah berada di dalam kereta dan memanggilku dengan kepalanya terkeluar sedikit dari tingkap keretanya.

"Nak ambik kereta lah cik.." jawabku.

"Pakai satu kereta je.. Cepat! Dah lambat ni!" Kata cik Adam lalu aku terus berpatah semula dan menuju keretanya.

Aku membuka pintu belakang dan ingin memasuki perut kereta lelaki ini.

"Eh kenapa duduk belakang?" Tanya Adam melihatku.

"Hah?"

"Duduk depan. Awak ingat ni teksi ke?" Balas Adam.

"Tapi.." Aku cuba menolak kerana segan mahu duduk di hadapan dengannya.

"Masuk cepat Hawa. Saya kira sampai tiga je. Awak tak masuk saya dukung awak nanti.." Ugut Adam.

Aku masih tercegat di pintu belakang. "Satu.... Dua...." Aku sudah mendengar lelaki itu mengira lalu aku terus menutup pintu itu dan membuka pintu depan lalu masuk ke dalam perut keretanya.

"Kan senang kalau dari tadi masuk.." Kata Adam dan memulakan panduan di jalan raya.

Aku dan Adam hanya diam
membisu. Kami langsung tidak bercakap ketika dalam perjalanan.

"Hm cik Adam.. Kita nak kemana?" Tanyaku.

"Port dickson." Mata aku terus terbeliak.

"Apa!?" Separa teriakku.

"Hey saya tak pekaklah.. Kita kena pergi syarikat tu cik Hawa and ia berada di Port dickson. Lagipun jangan risau kita pergi balik cuma lewat sikit balik. Rumah kitakan depan-depan. Boleh balik sama-sama." jawabnya lagi untuk menceritakan apa yang bakal berlaku.

"Tapi kereta saya..."

"Kita pergi kerja sama-sama besoknya pulak. Awak ni pun.." Kata Adam dan membuat aku tersenyum sumbing.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now