𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟐

27.8K 633 25
                                    


Perjalan untuk ke Singapura tidaklah begitu lama hanya mengambil masa dari separuh jam. Kini kami sudahpun sampai.

Aku menoleh ke kiri melihat gadis yang aku sayangi itu. Masih tidur dengan nyenyak. Aku menyelak rambutnya ke tepi kerana sudah menutupi wajahnya.

Semua sudahpun keluar dan hanya tinggal aku dan Hawa sahaja. "Awakk, kita dah sampai ni. Bangunlah." Aku mengerakkan sedikit bahunya.

"Hmm.." Jawabnya dan membuka matanya yang terpisat-pisat.

"Jom..." Aku dan Hawa lantas bangun dan keluar dari situ.

Selepas selesai menguruskan kemasukkan kami ke dalam negara ini.
Semua perkerja aku juga sudahpun menaiki van yang sudah disediakan.

Aku, Kael, Hawa dan kak Sarah terus menaiki kereta yang telah disedikan oleh Cael. Manakala Fad dan Ashriq pula naik bersama dengan Cael.

Ia semuanya telahpun disediakan dengan rapi kerana diuruskan oleh seorang lagi anak buah aku yang jarang kami jumpa kerana dia menguruskan syarikat di sini.

Cael juga seorang ahli mafia di dalam keluarga aku dan positionnya pula adalah seorang magician yang tahu tentang semuanya yang akan berlaku pada masa depan. Cael juga adalah adik beradik kembar tidak seiras dengan Kael. Mereka dilahirkan pada hari yang sama cuma bezanya adalah masa. Cael keluar awal 10 minit dari Kael. Namun perangai mereka lebih jauh bezanya. Kael lebih matang darinya.

Untuk pengetahuan semua Cael lebih rapat dengan Ashriq kerana perwatakan mereka sama iaitu 'gila'.

Lalu kami semua sampai di sebuah resort yang paling terkemuka di Singapura. Sebelum masuk ke bilik. Kael menguruskan dahulu kemasukkan perkerjanya.

Aku turut memesan kepadanya untuk memilih rumah untuk kami kerana aku lebih selesa tinggal bersama dengan mereka serta mudah untuk berbincang.

"Okayh semua naik bilik dulu ya. Malam ni kita berkumpul dekat lobi okayh.." Umum Kael.

"Pukul berapa cik Kael?" Tanya salah seorang perkerjanya itu.

"Pukul 8, kita nak bincangkan tentang urusan esok." Kata Kael dan semua mengangguk faham dan berlalu masuk ke bilik.

Aku, Ashriq, Fadlan, Kael dan Cael akan berkumpul dalam satu rumah yang ditempah khas untuk kami. Aku yang memintanya sendiri kerana mahu mengajak Hawa untuk tinggal disitu juga agar aku dapat meluangkan masa lebih dengannya.

"Jom lah gerak.." Cael memanggil kami berempat. Aku masih melihat Hawa dan kak Sarah masih duduk di sofa itu kerana aku menyuruh mereka menunggu sebentar.

"Pergilah dulu.." Kataku dan mereka berempat terus menoleh kebelakang semula.

"Kau nak gi mana?" Tanya Kael.

"Nak ajak awek dia lah tu duduk dengan kita sekali." Sindir Ashriq dan berlalu meninggalkan kami disitu.

"Kau jangan nak main-main eh.. Bawak kak Sarah sekali." Fadlan pula memesan kepadaku.

"Hesh aku tau lah lancau.." Semua telah beredar dan cuma Cael sahaja masih tercegat disitu.

"Oh patutlah. Ada awek taknak kasi tau dah eh.. Cerita ah sapa tuw?"Cael mendekatiku. Aku terus menolaknya.

"Pergi tanya sahabat sejati kau tu! Dah bla sana!" Aku terus menuju ke arah Hawa yang sedang duduk bersama kak Sarah itu.

"Woi tunggu aku!" Teriak Cael memanggil mereka bertiga yang sudah berada di hadapan lif.

"Yang kau pergi tengok drama tu dah pahal?" Teriak Ashriq.

"Manalah aku tau tak dapat apa kat situ. Ceritalah kat aku wey!" Jerit Cael lagi.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now