𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟕

14.5K 290 18
                                    

"Mummy.. Please.. Danial kena bertanggungjawab.." Kataku kepada wanita itu.

"Macam mana semuani boleh jadi! No uncle tak percaya!" Teriak bapanya selepas aku menceritakan perihal yang sudah berlaku.

"Betul ke ni Shasha. Mummy macam tak percaya Danial sanggup buat Shasha macamni.." Katanya dan memelukku.

"Mummy.. Shasha tak kesah kalau bermadu janji anak ni berbapa dan Danial bertanggungjawab. Ini tidak, Shasha datang jumpa diorang berdua, terus Shasha di maki mummy.
Lagi-lagi Hawa, dia tak nak bermadu.." Tipuku.

"Biadaplah perempuan tu! Fikir mummy ingin sangat ke dia! Tak sedar diri!" Jerit wanita itu.

"Jaga mulut you! Hawa bukan macam yang you sangka!" Teriak uncle pula.

"No! I memang tak puas hati! I nak jumpa Danial and halau perempuan tu!" Mereka berdua mula berbahas disitu dan aku mula menyorok senyuman lebarku.

Semuanya akan menjadi, yang sudah dirancang selama ini untuk aku dapatkan Danial bakal tiba.

"Shasha! Jom kita pergi rumah Danial sekarang!" Bentak mummy dan menarik tanganku. Kegembiraan sudah melanda di dalam jiwa.

"Jangan pergi Damia!" Teriak uncle.

"I tetap nak pergi! Danial kena bertanggungjawab! Mana nak letak muka kalau semua tahu Danial sentuh anak dara orang lepastu tak bertanggungjawab!?" Teriak mummy lalu membawaku keluar dari rumah ini.

Seketika tibanya kami di rumah lelaki itu. Mummy terus menerjah masuk ke dalam. "Hawa! Hey perempuan kau keluar!" Laung mummy.

"Apa yang bising tu?" Tanya Ash dan pintas bangun menuju ke pintu.

"Sapa tu?" Turut juga Fadlan mengikutnya.

"Mana Danial! Mummy nak jumpa!" Teriak wanita tua ini dan Shasha sedang berada di belakangnya.

"Shasha, mummy.." Kata Fadlan.

"Mummy nak apa?" Tanya Cael.

"Mummy nak jumpa Danial dengan perempuan sundal tu!" Bentaknya.

"Apa yang bising sangat ni.." Muncul Danial dari atas.

"Mana perempuan tu Danial! Bagi mummy jumpa dia!" Pintanya dan menarik tangan Shasha mengikutnya dari belakang.

"Apa mummy ni!? Datang main terjah lepastu cari bini Danial. Perempuan ni buat apa dekat sini?" Tanyaku.

"Mummy nak jumpa dia! Danial kenapa taknak bertanggungjawab atas baby dalam perut Shasha ni!?" Teriak ibuku.

"Apa mummy cakap ni? Bila masa pula Danial buat dia mengandung!?"
Balasku dengan riak terkejut.

"Sampai hati you taknak mengaku anak kita dalam perut I ni. I tak mintak banyakpun Danial, just be responsible.." Kata Shasha dengan esakan dibelakang mummy.

"Damia! I cakap balik!" Teriak daddy pula yang sudah tiba di rumahku.

"Daddy apa semua ni? Danial pening lah! Satu persatu masalah datang." Tanyaku.

"Danial please, you tak kesian ke dekat anak kita?" Tanya Shasha dan menarik tanganku menyentuh perutnya.

"Apa masalah kau ni! Ni bukan anak aku lah! Aku tak pernah sentuh kau!" Balasku.

Pang...

Tamparan diberikan oleh Shasha di pipiku. Air matanya mengalir di pipi dan tangannya mencapai sesuatu di dalam beg sandangnya itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now