𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟎

32.2K 641 28
                                    


"Sayang bangun, kita dah sampai.." Aku menampar-nampar pipinya dengan lembut agar dia sedar dari tidurnya.

"Emmm.." Hawa cuba membuka mata.

"Kat mana ni?" Hawa bangun pula dari pembaringannya dan cuba meluaskan pandangan lagu.

"Surprise!" Ini memang niat aku untuk membawanya makan malam dan hanya ingin berdua sahaja di sebuah pantai yang cantik ini kerana Hawa suka akan pemandangan yang tenang.

Walaupun ia agak memenatkan selepas keluar berjalan-jalan siang tadi namun aku mahu berkoban sedikit untuk Hawa. Aku ingin bersama-sama hanya dengannya untuk aku menyampaikan hajatku.

"What you have done biy?" Tanya Hawa dan menggosok-gosok matanya.

"I have something to discuss with you sayang before kita pergi France.." Aku memandangnya.

"Apa dia?" Tanya Hawa dan memandang tepat ke arahku.

"Adalah! Jom kita keluar, sayangkan suka tengok matahari terbenam. Cepatlah sebelum lambat." Aku membuka seatbeltnya dan keluar dari perut kereta dituruti Hawa juga.

Aku terus memimpin tangannya untuk ke suatu tempat yang sudah di tempah khas untuk aku meluahkannya malam ini.

"Wow so pretty.." Teruja Hawa apabila kami sudah sampai di tempat makan itu yang berada betul-betul di tepi pantai. Aku membawanya melalui pemaidani merah dan disusun lilin yang cantik di tepinya untuk menuju ke sebuah pondok yang cantik bagi pasangan bercinta.

"Have a seat sayang.." Sampai sahaja di dalam pondok itu. Aku membuka kerusi dan mempelawa Hawa untuk duduk disitu. Aku juga turut melabuhkan punggungku. Kemudian waiter datang dan menghidangkan makanan yang telah ditempah olehku semalam sebelum datang ke sini.

"Hmm sedapnya!" Aku tersenyum melihat Hawa apabila dia menyukainya makanan yang terhidang.

Matahari juga hampir terbenam saat itu. Selepas waiter itu mempamitkan diri. Kemudian aku dan Hawa menjamah makanan yang telah tiba di meja kami.

"You like it?" Tanyaku dan memandangnya yang sudah mengangguk tanda suka.

"Of course I like it. First time tau makan dekat tempat special tepi pantai macam ni and lebih lagi dengan orang tersayang." Aku tersenyum mendengar bait-bait ayatnya.

Selepas hampir beberapa minit disitu. Suasana juga sudah hampir gelap. Kemudian Hawa teruja lagi dengan lampu yang terbuka di sebalik pondok ini dengan pemandangan sunset pada waktu itu lagi menambah kegembiraannya.

"Biy! So beautiful!!" Terujanya sambil menangkap gambar tidak henti dari tadi.

Kemudian seorang pekerja disitu datang memainkan bunyi gitarnya di luar pondok yang khas aku lakukan untuk Hawa. "Hope you like it sayang.." Aku memandangnya dengan wajah yang sangat gembira pada ketika ini.

"Mestilah suka! Thank you so much.." Aku mengenggam tangannya dan bangun dari tempat dudukku lalu aku menuju ke arahnya. Lagu someone you loved dimainkan oleh orang itu menambahkan lagi suasana yang begitu indah buatku dengan gadis yang aku cintai ini.

"Sayang..." Aku melutut di hadapanya dan tanganku masih mengenggam kemas tangan gadis ini.

"Biy.."

"Awak buat apa ni?" Tanya Hawa kedengaran aneh.

"Sayang, hari ni saya nak rasmikan hubungan kita. Saya dah nekad untuk pilih jalan ni.." Kataku di hadapannya. Kemudian aku mengeluarkan sebuah kotak kecil dibeli olehku tadi ketika keluar bersamanya yang telah aku letakkan di dalam kocek seluarku sepanjang hari.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora