𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟗

31.8K 500 6
                                    


Aku memasuki ke dalam rumahku yang hampir lama aku tinggalkan itu. Aku terus menuju ke dalam bilik untuk mengemas pakaian dan barang berhargaku ke dalam bagasi yang kelak aku bawa ke France lusa ini.

Hampir sejam aku mengemas. Loceng rumahku pula berbunyi. Aku lantas bangun dan membuka pintu itu untuk melihat gerangan yang datang.

"Kak Sarah!!" Teriakku dan memeluknya.

"Hmm.."

"Rindu ke?" Tanya Kak Sarah. Aku menarik tangannya untuk masuk ke dalam.

"Mestilah rindu!" Jawabku selepas menutup pintu.

"Ye lah tu! Ini nak tinggal akak dah ni.." Kak Sarah menunjuk wajah yang sayu.

"Sorrylah kak Sarah. Saya kena ikut Danial kalau free saya datang jenguk akak nanti okayh!" Pujukku.

"Yelah tu.."

"Yeee.."

"Danial kan selalu juga balik Malaysia nanti saya ikut lah sekali.." Pujukku lagi dan mengajaknya duduk di sofa.

"Bila nak kahwin?" Tanya kak Sarah membuat aku sedikit terperanjat.

"Eh apa akak merepek ni?" Aku membuka televisyen dan menoleh
dari memandangnya.

"Ye lah, betul apa akak cakap. Korang kan dah berjumpa balik. Takkan Danial tak??" Tanya kak Sarah lagi namun aku terus bangun dan menuju ke dapur untuk membuat air.

"Jemput minum kak air..." Aku memberi air yang dibuat olehku tadi.

"Thank you..." Balasnya kemudian loceng rumahku berbunyi lagi.

"Siapa pulak ni.." Selepas membuka pintu aku terdiam sejenak selepas melihatnya di depanku.

"Siapa tu Hawa?" Kak Sarah menghampiriku.

"Oh ni Danial datang.." Aku terus menoleh kebelakang memberitahunya gerangan itu.

"Ohh.." Kak Sarah sudah menuju ke pintu.

"Kenapa tak jemput masuk?" Kak Sarah memandangku.

"Haahlah, masuklah.." Danial terus masuk ke dalam rumahku. Aku pula ke dapur untuk membuat air untuknya.

"Awak air..."

"Thank you sayang.." Aku terus melabuhkan punggung dan duduk di sebelah lelaki ini. Kak Sarah hanya memerhati.

"So sweet!" Kak Sarah melihat kami berdua dengan wajah yang begitu ceria.

"Ada-ada je lah akak ni." Balasku lalu melarikan anak mata.

"Sayang, dah siap kemas barang?" Tanya Danial.

"Dah, baru je siap tadi." Aku memandangnya.

"Nice! Pergi siap, kita nak keluar." Kata Danial pula dengan sikit teruja.

"Awak.." Aku mendekatkan sedikit badanku dengannya.

"Kak Sarah kan ada ni.." Aku berbisik memberitahunya kedatangan kak Sarah dirumah aku. Kenapa pula aku harus keluar dengannya.

"Sayang.."

"Kak Sarah ikut sekali, semua dah siap tau! Awak je belum.." Danial mencuit hidungku. Kak Sarah hanya tersenyum di situ.

"Hah? Tak faham lah!?" Rengekku.

"Hish awak ni. Kita nak spend time lah dengan diorang untuk last day? Lusa kan nak pergi dah.." Terangnya lagi. Aku hanya sekadar mengangguk.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now