Setelah seminggu aku tidak menjejakkan kaki aku pulang ke rumah itu selepas perihal yang berlaku diantara aku dengan gadis tersebut. Hati aku masih tidak mampu untuk berjumpa dengannya."Kau taknak balik ke?" Aku dan Fad bertemu di gerai makan berdekatan selepas kejadian minggu lepas.
"Malaslah aku, nak buat apa balik kalau aku sakitkan hati dia." Jawabku dengan wajah sayu.
"Try je lah dulu. Kau tau tak Hawa tunggu kau. Setiap masa dia tanya kau pergi mana, aku tak tau dah nak jawab apa." Pujuk Fadlan.
"Aku tak bolehlah bro. Aku taknak paksa, kau tolong aku boleh?" Pintaku dan menghirup air dibeli olehku sebentar tadi.
"Apadiaa?"
END DANIAL POV
Ketika aku, Ashriq, Fadlan dan Kael sedang menjamah makanan di meja makan. Telefon Ashriq berdering pinta diangkat.
"Siapa call kau?" Fad bersuara.
"Entah?" Lantas Ashriq mengangkatnya.
"Hello? Who's there?" Bicara Ashriq
"Yes.." Mata aku hanya memerhati."Saya ahli keluarga dia. Kenapa erk?" Kata Ashriq lagi.
Aku sudahpun menanti jika itu panggilan daripada Danial. Hampir dua minggu aku tidak berjumpa dengannya pulang rumahpun tidak. Aku buntu dan rasa menyesal dengan perbuatanku. Aku mahu berjumpa dengannya dan ingin menebus kesalahanku kerana menuduhnya bukan-bukan.
Ashriq mematikan telefonnya dan memandang kami bertiga dengan wajah yang sayu.
"Kenapa? Siapa call?" Tanya Fadlan.
"Danial...."
"Kenapa dengan Danial!?" Aku pantas bertanya dengan riak wajahku terkejut nama lelaki itu disebut olehnya. Secepat mungkin aku memotong bertanyakan tentang perihal lelaki itu.
"I nak you bersabar okayh. Ini ujian untuk you." Kata Ashriq kepadaku membuatkan rasa hairan timbul.
"Kenapa?? Mana Danial." Aku mula terasa tidak sedap hati.
"Pahal ni? Bagilah tau cepat." Kata Fadlan pula.
"Danial dah takda." Ashriq menunduk wajahnya.
"What!?" Jeritku serentak dengan kael dan Fadlan.
"Dia dah takda. Pihak hospital call aku cakap dia dah meninggal pagi tadi." Katanya dengan sayu.
"Jangan tipu! Bagi tahu cepat mana Danial!?" Teriakku dan mata yang sudah berkaca.
"I tak tipu. Doktor tu kata dia accidents dua hari lepas and koma, Lepastu.." Ashriq tidak menghabiskan ayatnya.
"Lepastu apa!?" Teriakku.
"Dia meninggal sebab banyak pendarahan berlaku dekat otak dia, otak dia dah tak berfungsi tu sebab dia mati. Yelah otak tak boleh guna buat apa nak hidup lagi.." Kini air mataku sudahpun mengalir dengan deras selepas mendengar berita yang di sampaikan oleh Ash.
Aku tidak sempat untuk berjumpa dengannya dan memohon maaf tapi mengapa dia pergi meninggalkanku. Aku perlukannya, aku mahu hidup dengannya. Ya allah berdosanya aku memfitnah lelaki itu. Berilah aku peluang secukupnya sekali.
"So mana arwah?" Fadlan bersuara. Mematikan lamunanku.
"Dah dibawa pergi France lah tengahari tadi." Jawab Ashriq pendek.
"Kenapa tak kasi kita orang jumpa dia dulu?" Tanyaku dengan air mata di pipi.
"Buat apa you nak jumpa dia. You dah sakitkan hati dia. Biarlah sahabat I tu pergi dengan tenang." Perli Ashriq.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔
Romance• COMPLETE • Nur Hawa Maisarah gadis muda yang cekal dan kuat dalam menempuh segala dugaannya seorang diri. Hawa seorang gadis yang baik dan pemaaf. Dia tidak pernah merasa apa erti kebahagian dan semua orang membencinya. Pada suatu hari Hawa dihala...