𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐

39.4K 975 29
                                    


Setelah habis aku menguruskan hal kucing tadi. Aku berasa lega kerana doktor klinik ini ingin menjaga kucing yang aku bawa tadi agar dijaga dengan baik. Setelah aku habis membuat pembayaran ubat-ubatnya.

Aku melangkah keluar dari klinik haiwan itu dan terus mencari kedai makan yang masih dibuka pada waktu ini.

Perut aku tersangat lapar. Mata kulalu melihat beberapa food truck yang masih dibuka berdekatan klinik haiwan tadi. Aku terus menuju ke sana untuk menjamu selera.

Aku berhenti di sebuah food truck yang menjual masakan melayu dan lantas mengambil tempat duduk di meja yang tersusun disini.

"Hmm, banyaknya orang dekat sini?" Bisikku melihat keadaan tempat ini yang agak ramai orang seperti tempat yang mereka gemar melepak dengan kawan-kawan mereka.

"Ye adik.. Nak makan apa?" Tanya pelayan itu setelah menghampiriku di meja makan.

"Hmm.. Saya nak teh O ais satu.. Lepastu bagi saya nasi goreng kampung satu. Nak bungkus ye." Pintaku kepadanya.

"Okay.." Katanya mencatat yang ingin aku beli.

"Kejap ye.." Lalu pelayan itu beredar meninggalkanku. Hampir beberapa minit aku menunggu, akhirnya makanan yang aku pesan sudahpun tiba.

Setelah membuat pembayaran, aku pantas bangun dan beredar dari situ untuk mencari tempat untuk aku tidur malam ini.

"Ya allah nak tidur mana malam ni.." Kataku sambil berjalan dan menghirup air yang dibeli olehku tadi. Makanan yang dibeli tadi pun masih belum disentuh. Aku risau di mana aku harus pergi selepas ini dengan tangan yang kosong.

Seketika itu aku berhenti sebentar di sebuah perhentian bas yang berdekatan denganku. Perut aku ingin diisi. Lalu aku duduk di kerusi yang disediakan dan menjamah makanan yang dibeli tadi.

END HAWA POV

"Aku balik dululah, lewat dah ni.." Aku memberitahu kepada Ashriq untuk beredar dari situ

Kepala aku sudah pusing. Macam- macam yang berlaku hari ini dan aku tiada mood langsung untuk menemaninya.

"Alaa.. Awal lagi lahh wey..."

"Balik awal-awal buat apa? Bukan ada bini pun tunggu kau dekat rumah." Jawab Ashriq dengan keadaan mabuk.

"Dah lahh!"

"Aku nak balik, takda mood.." Aku terus bergegas bangun dan keluar dari club itu.

Aku menuju ke arah tempat parkir kereta untuk beredar. Selepas memasuki ke dalam Mercedes merahku itu. Aku terus menyusul laju ke arah jalan raya untuk pulang ke rumah.

Ketika dalam perjalan. Mataku tertangkap ke arah seorang perempuan yang seperti dipukul oleh dua orang lelaki di bus stop.

Tanpa berfikir panjang, aku meneruskan sahaja perjalanku untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba sahaja
niatku yang hanya mahu membiarkan sahaja tadi berubah hati ini ingin pula membantunya.

"Hesh! Shit!" Bebelku seorang diri.

Aku terus berpatah balik semula menuju ke bus stop tadi untuk membantu gadis itu. Aku keluar dari kereta dan hanya memerhati mereka dari jauh dahulu.

"Eyy sakitlah..Lepaslah tangan saya.." Jerit gadis itu meronta-ronta.

"Aku kata ikut! Ikut jelah! Apa yang susah sangat ni!?" Teriak lelaki yang sedang menggenggam tangannya itu.

"Taknak! Saya taknak lah! Lepaslah sakit!" Gadis itu cuba menepis.

"Hey kau ni memang degillah!" Jerit lelaki yang kedua itu pula yang lebih sasa dari yang berada di sebelah gadis itu dan tangannya pula sudahpun menampar pipi mulus si gadis itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now