𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟏

21.4K 322 8
                                    


Pada hari terakhir kami di sini. Aku telah membawa Hawa berjalan-jalan sebelum pulang ke Malaysia. Setelah habis membeli barang-barang di Premantle Markets untuk dibawa ke sana kelak. Aku membawa Hawa juga shopping di pusat beli belah yang terkenal disini.

Aku sudah merancangnya dari awal lagi untuk membawa isteriku ke destinasi akhir yang para pelancong sering ke sama iaitu di Elizaberth Quay untuk menaiki Segway Ferry.

"Sayang dah habis belum?" Tanyaku ketika di sedang duduk kerana kepenatan.

"Hm dah kot, cukup lah ni.." Balasnya dan memandangku.

"Betul ni?" Tanyaku.

"Betul.."

Aku terus memanggil driver kami untuk membawa aku dan Hawa ke destinasi terakhir menandakan jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

"Kita nak pergi mana biy?"

"Adalah.." Balasku sambil mengenyit mataku ke arahnya.

"Just bring all my shopping bag to the hotel, and I'll call you to pickup us.." Kataku sebelum kami keluar dari kereta ini.

"Okayh! Enjoy your last day.." Balas lelaki itu dan memulakan panduan keretanya.

"Jom sayang.." Hawa hanya mengikut tanpa bertanya apa-apa.

Setelah menempah tiket untuk naik ke ferry itu. Aku menghampiri Hawa yang sedang menungguku di jeti.

"Sayang.." Panggilku seraya Hawa memandangku.

"Kita nak pergi mana?" Aku hanya menunjuk tiket itu ke arahnya.

"Naik ferry?" Hawa masih dengan tanda tanya.

"Ye sayang.." Aku terus menarik tangannya untuk bangun dari kerusi.

"Dah jom masuk.." Aku merangkul pinggangnya untuk berjalan seiring denganku.

Selepas itu pekerja disini membawa aku dan Hawa ke meja makan yang sudah aku tempah yang betul-betul berada di tingkat atas bersaksikan keindahan laut dan permandangan langit yang makin senja.

"So pretty!" Hawa teruja saat dia sudah duduk di kerusi meja makan itu.

"Ni hari last kita, so biy bawak sayang pergi tempat yang mana kita dua suka ada dekat situ, macam sekarang tengok pemandangan sunset.." Aku melemparkan senyuman ke arahnya. Lalu aku juga mengambil tempat duduk.

Hawa hanya membalas dengan senyuman. Habis sahaja menjamah makanan. Aku dah Hawa sudah beredar dari meja makan tadi dan menuju ke tempat yang sering pasangan bercinta akan pergi di tingkat paling atas.

Hawa leka melihat sunset di hadapannya. Aku pula memeluknya dari belakang. Pemandangan ketika itu memang begitu cantik. Tidak terkata kecantikannya sama seperti isteriku.

"Sayang.."

"Hopefully kita akan kekal macam ni sampai akhir hayat kita. Jangan tinggalkan biy, sebab biy tak boleh hidup tanpa sayang.."

"Biy dah sedar yang sayang penting dalam hidup biy. I want to make your day always beside me sayang.." Hawa mendengarnya terus memusingkan badannya untuk memandangku.

"Sayang akan sentiasa dengan biy, maafkan sayang kalau sayang belum jadi yang baik untuk biy. I'm really happy what you have done for me hubby.. It's to much!" Hawa mengucup bibirku dan mata kami bertaut.

"I love you more then my life sayang.." Aku sambung semula dengan menyambar bibirnya dengan lembut. Hawa membalasnya juga dan merangkul leherku untuk memudahkannya naik ke atas untuk membalas ciuman.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now