𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟖

30.9K 712 47
                                    


2 TAHUN KEMUDIAN

Sudah dua tahun aku meneruskan kehidupanku selepas pemergian arwah. Aku bekerja di syarikat perabot ini selepas dipelawa oleh Kak Sarah dua tahun lepas. Aku juga sudah mempunyai sebuah rumah dan kereta yang diberikan oleh syarikat untuk kemudahanku. Aku bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untukku.

Hampir dua tahun aku berkerja di syarikat ini. "Asal tak pernah tengok bos pun. Tak pergi kerja ke?"
Bebelku seorang diri ketika sedang membancuh air di gelas.

"Oiit..." Kak Sarah mematikan lamunanku.

"Eyy! Akak ni terkejut saya. Nasib air ni tak tumpah tadi." Menunjukkan air kopi yang dipegang olehku itu ke arahnya.

"Mengelamun jauh sangat. Ingat kat boyfriend ke?" Tanya kak Sarah sambil menjongket-jongket bahunya.

"Eh takdalah. Akak ni mengarutlah boyfriend pun takda." Kataku dan menghirup air kopiku yang sudah sejuk.

"Dah tu fikir apa?" Tanya kak Sarah lagi.

"Hm takdalah. Saya dah kerja dua tahun dekat sini. Tak pernah jumpa bos pun?" Akhirnya soalan itu dikeluarkan.

"Ohh tu je ke.. Memang susah nak jumpa orang atasan dekat sini Hawa. Orang yang bekerja sampai pencen pun tak pernah jumpa diorang." Katanya lagi.

"Diorang?"

"Yelah bos kita tu. Diorang berlima, memang orang atasan yang paling susah nak jumpa dekat syarikat ni and jarang balik Malaysia." Katanya lagi.

"Tak fahamlah kak.." Tanyaku dengan tersengih-sengih.

"Adu lambatlah Hawa ni. Diorang tak selalu duduk Malaysia. Kadang kadang je balik kalau ada urusan dekat sini.."

"Akak pernah jumpa diorang ke? Diorang tinggal kat mana selain Malaysia?" Aku agak teruja ingin tahu tentang orang atasan itu. Mengapa susah sangat nak jumpa.

"Pernahlah dalam beberapa kali, yang itu akak tak tau." Jawabnya.

"Wah untungnya akak dapat jumpa diorang." Terujaku.

"Bukan semua akak jumpa. Akak jumpa yang menguruskan syarikat ni je means salah sorang dari diorang." Jawabnya lagi.

"Owhh camtu.." Mulutku menjadi bentuk '0' dengan hujahnya.

"Dahlah jom pergi buat kerja." Kak Sarah berlalu meninggalkanku.

Aku terus menghirup air kopi tadi sehingga habis dan mencuci gelas kopi ini lalu beredar untuk ke pejabatku.

***

"Oit Hawa! Dah lewat ni!? Taknak balik ke?" Jerit Kak Sarah dan aku memandang ke arah jam tanganku yang menunjukkan pukul 8 malam.

"Haa kejap lagi. Ada sikit lagi kerja ni!" Balasku dan Kak Sarah hanya senyum sambil melambaikan tangannya untuk beransur pulang.

Seraya aku menyambung semula tugasku yang masih tertangguh.

"Fuh siap jugak akhirnya." Kataku dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.39 malam.

Lalu aku terus mengemas barang-barangku untuk pulang ke rumah. Pejabat di sini sudahpun kelihatan gelap gelita hanya lampu di depan lif sahaja yang masih menyala.

Rasa seram sejuk pula sorang-sorang di pejabat malam itu. Aku terus bergegas menuju ke lif untuk pulang.

Gedebukk!!!

Aku terjatuh ketika hendak menuju ke sana. Dapat aku rasakan yang aku sudah melanggar seseorang. Aku terus mendongak kepalaku untuk melihat siapa gerangan itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now