𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟑

14.4K 261 13
                                    


"Check-up hari ni?" Tanya Danial dengan riak terkejut.

"Biy lupa eh?" Tanyaku dengan wajah yang sudah monyok.

"Sorry sayang, biy kena outstation." Katanya dan menyentuh pipiku. Aku pula menepis tangannya.

"Takpe kalau macam tu.. Sayang pergi dengan Cael.." Aku terus bangun dan mencapai beg sandangku. Lalu berangkat itu pergi.

"Sorry sayang, biy betul-betul lupa.." Danial mengikut langkahku dari belakang.

"Takpe, sayang faham. Biy kena pergi mana? Berapa hari?" Tanyaku apabila menoleh kebelakang semula.

"Pergi London sayang, pergi balik. Maybe sampai lewat je.." Danial merangkul pinggangku tatkala rambutku diusap lembut oleh suamiku.

"Takpelah biy, kalau lewat janganlah balik tergesa-gesa okayh? Take your time, biy kena rehat juga.." Aku pula merangkul lehernya.

Tiba-tiba sahaja aku merasakan sesuatu yang tidak menyamankan. Wajah Danial aku tatap lama seperti aku tidak akan lagi melihat wajahnya.

"Biy jaga diri tau.."

"Sayang tunggu dekat rumah.." Kataku seraya mataku juga sudah berkaca. Wajahnya aku usap berkali-kali.

"Sayang, janganlah nangis. Biy pergi kejap je, siap je semua nanti biy terus balik okayh.." Katanya pula dan mengusap pipiku. Air mata aku yang gugur suamiku usap dengan lembut.

"Jomlah, barang biy dah siap kemas?" Tanyaku dan lelaki ini hanya sekadar mengangguk. Aku pantas melarikan pandangan agar kesedihan yang ada di hatiku tidak lagi Danial lihat.

Setelah itu kami berdua bersama-sama turun ke bawah untuk menghantar pemergiannya.. "Cael jaga bini aku tau.." Katanya sebelum memasuki ke dalam perut kereta.

"Ye aku jaga..." Balas Cael disebelahku.

"Sayang tunggu biy okayh? Anak daddy jaga mummy baik-baik tau sayang.." Kata Danial dan mengusap perutku kemudian naik semula mengucup dahiku dengan lama sekali.

Air mata aku gugur saat itu. Kenapa aku rasakan ini kali terakhir aku akan merasa kasih sayang darinya.

"Kenapa nangis sayang?" Kata Danial selepas melepaskan kucupan di dahiku. Air mata yang jatuh diusap
laju olehku agar dia tidak merisaukan keadaan aku.

"Takda apalah, mata masuk habuk.." Balasku lalu menundukkan wajah.

"Hm okayhlah, biy pergi dulu.." Katanya dan masuk ke dalam perut kereta. Aku melambaikan tanganku apabila kereta milik suamiku sudah meninggalkan perkarangan rumah ini.

"You kenapa?" Tanya Cael melihat kearahku.

"Tak tahulah, tak sedap hati.." Kataku kepadanya.

"Perasaan je kot? Jom lah you ada appointment kan?"

"Haah, teman I hari ni ye.." Kataku lalu masuk ke dalam rumah semula untuk bersiap.

***

"Congrats miss Hawa! You get a twins.." Kata doktor wanita yang selalu memeriksa keadaan aku jika aku dan Danial melewati hospital ini.

"Seriously!?" Aku meminta kepastian.

"Yeah! Tengok ni, ada dua..." Katanya menunjuk screen yang terdampar kedua-dua anakku

"Boy and girl.." Katanya lalu tersenyum memandangku.

"Alhamdullilah.." Hanya sebaknya mampu aku tahan. Jikalau Danial ada di sini pasti dia gembira.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt