𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟔

14.8K 298 6
                                    

Selepas aku berangkat meninggalkan suamiku. Air mata aku gugur saat sudah tiba di lapangan terbang ini.

Aku tidak sanggup lagi untuk melihat semuanya. Aku harus pergi demi semua orang. Demi anakku di dalam kandungan ini. Dengan hati yang lara, aku menuju masuk ke dalam lapangan terbang ini untuk pergi sejauhnya dari suamiku. Aku sudah memilih untuk ke New Zealand tinggal bersama dengan sahabat aku buat sementara waktu ini.

Seketika aku sedang duduk memandang keluar tingkap di dalam kapal terbang yang sudah aku naiki. Seseorang datang menyapaku.

"Hawa.."

Aku menoleh ke sebelah memandangnya. "Cael.. You buat apa dekat sini?" Tanyaku.

"I was tell you right. Kita akan sama-sama hadap semuani. I tak nak you sorang-sorang je yang hadap, you penting dalam keluarga. I akan jaga you bagi pihak Danial.. You tu dah sarat nak main lari-lari pulak.." Kata Cael membuat aku lega sedikit dan dapat tawa.

"Ada-ada jelah you ni. Pandailah I jaga diri. Baik you jaga suami I tu.." Kataku dan melemparkan kembali pandangan ke tingkap.

Tiba sahaja aku dan Cael di Lapangan Terbang Alexandra. Pantas aku mencapai telefonku bagi menelefon sahabatku.

"Hello babe.." Sapaku.

"Kau dah sampai ke?" Tanyanya.

"Ha dah sampai ni, kat airport.." Balasku.

"Okayh jap, aku on the way." lalu panggilan dimatikan.

"You call sapa?" Tanya Cael.

"Ruhailla.."

"Eh bila pula dia duduk sini?"

"Baru je, lepas adik dia meninggal haritu, dia dapat tawaran kerja dekat sini. So tu yang dia dah menetap kat sini dalam berapa bulan camtu dah.." Kataku kepadanya.

"Oh faham.. Faham.."

"Ruhailla!" Panggilku apabila sudah kelihatan gadis itu sudah datang mengambilku.

"Hawa! Ya allah rindunya aku kat kau!" Balasnya dan datang memelukku.

"Baby kau dah besar! Eh Cael you pun ada dekat sini?" Terujanya.

"Hahaha tulah, I kejap je ni. Cuma nak pastikan Hawa selamat sampai. Okayh lah I balik dulu..." Katanya Cael lalu beredar meninggalkan kami.

"Kau macam mana? Feeling better?" Tanya Ruhailla namun aku hanya menunduk wajahku.

"Aku nak rehat dulu babe.. Dah okayh sikit nanti aku akan cerita.." Kataku dan Ruhailla hanya sekadar mengangguk faham.

***

"Oi, keluarlah makan!!" Laung Ashriq setelah hampir seminggu aku berkurung di dalam bilik ini.

"Jomlah makan weyh, kau nak mati ke !?" Panggil Cael pula.

Aku pintas bangun dan membuka pintu bilik. "Korang nak apa?" Tanyaku.

"Makan, Jom!" Tarik Cael.

"Tak naklah!" Aku menepis.

"Kau nak makan ke tak? Kalau kau taknak, aku tak bagi tahu Hawa dekat mana.." Ugut Cael.

Aku lantas mengikut mereka berdua turun ke bawah. "Mengada punya setan.." Perli Ash.

"Duduk makan dulu.." Kata Fadlan.

"Bagitahu dulu, Hawa mana!?" Tanyaku.

"Kau ni macam manusia yang dah tak siuman. Kau boleh sabar tak!?" Teriak Ashriq. Aku hanya menjamah makanan itu sedikit sahaja kerana tiada selera.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now