𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟑

27.1K 571 38
                                    


Semuanya sudahpun berkumpul di lobi pada jam yang telah ditetapkan. Lalu kami terus menuju ke restaurant yang telah di tempah khas untuk membincangkan pekara berikut.

Selepas pembincangan kerja selesai. Semuanya membuat kerja masing-masing. Ada yang keluar berjalan-jalan dan ada yang sudah masuk ke bilik.

Namun kami berlima dan Hawa serta kak Sarah masih di restaurant ini dan berbual kosong bersama-sama. Hampir lama disitu. Hawa hilang dengan tiba-tiba.

"Hawa mana wey?" Tanyaku kepada Kael.

"Tak tahu.."

"Pergi tandas kot.." Balas kak Sarah. Lalu dengan perasaan yang risau terhadapanya.

Aku terus mencari kelibat gadis yang menghilang tiba-tiba itu. Seketika itu aku berjalan di sekitar pantai ini kerana ia terletak di hadapan restaurant sahaja.

Sedang leka mencarinya di pantai ini kemudian aku terdengar esakan dari seseorang membuat langkahku terhenti dan memandang ke arah kelibat gadis yang sedang mencangkung di tepi batu itu.

"Who's there??" Aku memanggilnya. Seraya itu dia menoleh ke arahku.

"Awak..." Panggilnya dengan esakan. Wajahnya aku amat kenali.

"Eh Hawa! Kenapa ni?" Tanyaku dan menghampirinya seraya gadis itu memelukku. Kerisauanku terhadapnya mula melanda.

Hawa tidak berkata apa dan hanya menunjukkan telefonnya kepadaku. Lalu ada gambar beberapa orang baring dan berlumuran darah di dalam gambar yang ditunjukkan kepadaku.

"Siapani? Siapa punya kerja ni!?" Tanyaku apabila terkejut dengan gambar-gambar itu.

"Saya tak tahu.." Kata Hawa dengan tangisannya.

"Itu family saya. Awak saya takut.." Aku terus memeluknya agar dapat membuang sedikit rasa takutnya itu serta memujuknya sekali. Kemudian handphone gadis ini berdering.

Aku memerhati nombor si pemanggil dengan lama. "Itu nombor yang hantar gambar tadi.." Kata Hawa kepadaku. Matanya yang sudah bengkak itu telah membuatkan aku simpati terhadapnya.

"Awak cakap dengan diorang ni buka loudspeakers. Saya nak dengar.." Aku memberi handphonenya itu lalu Hawa terus mengangkat panggilan.

"Hello.."

"Siapani?" Tanya Hawa.

"Kau dah lupa siapa aku Nur Hawa Maisarah?" Jawab si pemanggil.

"Kau rupanya Izah! Kau nak apa!? Tak puas ke kau dah hancurkan hidup aku? Sekarang kau bunuh ahli keluarga aku!" Teriak Hawa dengan si pemanggil yang dipanggil Izah itu.

"Selagi kau hidup aku akan buat kau merana." Wanita yang bernama Izah itu mematikan taliannya.

"Siapa Izah?" Tanyaku.

"Tu perempuan yang dah buat hidup saya hancur.." Jawabnya dengan esakan. Gadis ini sudah menunduk wajahnya.

"Rumah awak ni dekat mana? Jom kita pergi sana sekarang.." Aku menarik badannya untuk bangun.

"Nak buat apa? Awak dah takda guna.." Hawa mengeraskan badannya.

"Kejap lagi dia akan campak je mayat mereka.." Kata Hawa sayu dengan tangisan yang tidak henti.

"Takpa.. Awak ikut je okayh, semuanya akan selamat.." Aku menarik lembut badannya untuk bangun.

"Jom.." Aku dan Hawa terus menuju semula ke restaurant tadi.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Där berättelser lever. Upptäck nu