𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓

35.2K 757 57
                                    


"Hey lepaslah! Kau nak bawak aku pergi mana ni!?" Jeritku meminta lelaki ini melepaskan ikatan di pergelangan tanganku.

"Diamlah ikut je boleh tak!?" Jawab lelaki yang sedang duduk disebelahku pula.

"Kalau ye pun nak bawak aku lari, boleh tak longgarkan sikit ikatan ni. Sakitlah! Ketat sangat kau ikat!" Pintaku dan lelaki itu terus membuka ikatan di tanganku.

"Banyak mulut lah perempuan ni!" Kata seorang lelaki yang sedang membawa kereta ini pula.

"Wey lapar lah takda makanan ke?" Aku bersuara lagi.

"Aik!? Tinggal rumah orang kaya pun lapar macam pengemis dah pahal ni!?" Sambungnya disebelah aku itu dan memandang tepat ke arahku.

"Ye lah..." Aku memandang mereka.

"Kau culik aku time aku tengah tidur. Pastu aku tak makan lagi, memang lapar lah cite dia." Jawabku panjang lebar.

"Hesh kau ni! Nah ambik roti ni." Kata lelaki itu dan melemparkan sebungkus roti ke arahku.

"Roti je..." Aku mengangkat roti itu dan aku tunjuk di mukanya.

"Bersyukurlah! kalau ikutkan aku tak nak bagi." Jawabnya dan aku tanpa banyak bunyi terus membuka plastik roti itu dan menyuap roti itu ke dalam mulutku.

Selang berepa minit selepas aku menghabiskan makanan tadi. Aku terasa ingin melepaskan hajat pula.

"Weyyy.." Panggilku.

"Kau nak apa lagi?" Jawabnya.

"Nak buat hajat lah." Sengih aku kepadanya.

"Kau ni menyusahkan lah! Dah nak sampai dah pun." Katanya lagi.

"Haduu tak tahan ni. Kalau sampai pun bos kau mesti tak bagi aku buang hajat punya." Rayuku lagi.

"Ada betul juga doh.."

"Tak pasal-pasal di kecing dalam seluar   kang kita juga susah." Kata lelaki yang sedang membawa kereta itu pula cuba memujuknya.

"Hesh yelah! Kau gi tandas je eh! Kau lari siap kau!" Sejurus itu lelaki yang di hadapan itu berhenti di stesen minyak yang berdekatan disini.

"Aku tau lahh! Nak lari mana? Aku pun dah penat nak lari." Jawabku dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

Selepas aku habis melepaskannya, aku kembali semula ke kereta buruk tadi. "Haih.. Apasal lah diorang culik aku. Diorang nak apa ni?? Famous pulak lahh." Bebelku dan memasuki ke dalam kereta wira yang lusuh ini semula.

Kemudian mereka teruskan perjalan yang aku tak tahu diorang nak bawak aku pergi mana.

    ***

"Kau cari siapa sebenarnya ni? Siapa yang ada dekat rumah kau tu?" Fadlan bertanyakan tentang itu.

"Kau boleh duduk diam tak laknat! Aku peninglah! Susah aku nak cari tau tak!?" Kini Ashriq pula bersuara.

"Cepat lahh! Dia dalam bahaya kau tau tak!?" Teriakku.

"Sabar lah setan. Aku tengah cari lah ni." Jawab Ashriq.

"Sabar lah, kejap lagi jumpa lah tu." Fadlan memujukku untuk bertenang.

"Hah dah jumpa!"

"Mana? Dia dekat mana?" Tanyaku dan menghampiri lelaki itu.

"Aku tak pasti dia nak gi mana."

"Ni cuma location akhir diorang." Jawab Ashriq dan tangannya masih menekan laptop itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now