Bab 1

312K 8.4K 1.2K
                                    

Lamborghini Vaneno milik pemilik syarikat besar Royal Airline itu bergerak laju membelah jalan malam yang sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lamborghini Vaneno milik pemilik syarikat besar Royal Airline itu bergerak laju membelah jalan malam yang sunyi. Haruslah sunyi jam sudah menunjukkan angka 1:00 am dan Tengku Adrean Ruiz baru saja dalam perjalanan pulang kerumah nya akibat daripada kesibukan menyiapkan kerja yang bertimbun diatas meja pejabat.

Mata kelabu itu tajam memerhati jalan raya dihadapannya, sesekali dia melihat kearah cermin sisi memastikan tiada musuh yang mengekorinya dari belakang.

"Damn, now I'm hungry" gumam Tengku Adrean perlahan apabila perutnya berbunyi. Banyak projek yang masuk menyebabkan masa makannya tidak teratur.

Manakala di sudut yang lain, seorang gadis meraung kesakitan dan merayu minta dilepaskan. Arisa Rania, gadis itu dipukul oleh bapanya angkara fitnah yang di lemparkan oleh ibu tirinya Puan Suria dan adik tirinya Suraya.

"Sakit Papa" tangan Arisa Rania naik memegang tangan Tuan Rizal yang mencengkam kuat rambutnya.

Tanpa belas kasihan, rambut gadis itu dicengkam lebih kuat sebelum dia ditampar sekali lagi oleh papanya dengan disaksikan oleh kedua syaitan bertopengkan manusia itu. Puan Suria dan Suraya tersenyum sinis apabila mendengar raungan Arisa Rania.

"S.. Sa.. Sakit papa". Arisa Rania merayu lemah dengan air mata yang mengalir lesu di pipinya.

"Anak tak guna! Dasar pembunuh! Kau bunuh mama kau dan sekarang. Kau sanggup buat maksiat dengan Hariz, teman lelaki adik kau sendiri!" Bergema suara Tuan Rizal didalam rumah agam mereka.

Hariz Iskandar, lelaki itu merupakan teman lelaki Rania sebelum dia ditinggalkan angkara fitnah Suraya yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kedua anak dan ibu itu sering menjatuhkannya dengan cara memfitnah.

"Ta.. Tak Rania tak buat pa.. Pe.. Percayalah.. Hariz yang peluk Rania secara tiba-tiba". rambutnya terasa bagaikan hendak tercabut akibat dari cengkaman Tuan Rizal.

"Rania tipu, Suraya nampak sendiri dia cuba untuk goda Hariz tadi". Suraya menambahkan lagi minyak di dalam api yang sedang marak. Dia berpura pura menangis didalam pelukan mamanya.

"Kami dah nak bertunang, kenapa Rania sanggup buat Suraya macam ni? " Soal Suraya dengan nada sayu.

Tuan Rizal yang mendengarkan itu menjadi semakin berang, dia mengheret anak kandungnya dengan kasar sehingga ke muka pintu sebelum gadis itu di lempar keluar rumah.

"Aku taknak tengok lagi muka kau dekat rumah ni. Berambus! Sepatutnya dari dulu lagi aku halau kau. Aku tak ada anak memalukan macam kau" Kata Tuan Rizal dengan penuh amarah.

"Sudahlah abang, nanti Rania nak tinggal mana? Semua orang buat silap, kita maafkan Rania kali ini ya?" Pujuk Puan Suria. Namun didalam hatinya terasa puas setelah berjaya menyingkirkan anak tirinya itu.

"Awak jangan jadi baik sangat Suria. Biarkan dia hidup merempat, Abang takda anak memalukan macam dia. Jangan balik selagi kau tak ada kesedaran dalam diri itu untuk berubah!"

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now