CHAPTER 1

2K 150 89
                                    

"Kau yakin perkara ni akan berjaya?" Soal seorang lelaki sambil menghisap sebatang rokok. Dia memandang tajam ke arah seseorang yang sedang membelakanginya.

"Ye, aku yakin. Kita cuma perlu susun strategi yang lebih licik. Kita mainkan hidup mereka dan akhirnya, kita akan...," kata-katanya dibiarkan digantung seketika.

"Bunuh mereka," sambungnya, perlahan sambil tersenyum sinis.

"Baiklah, aku setuju untuk bekerjasama dengan kau. Disebabkan kebencian di dalam hati mereka, mereka pasti akan terpedaya," lelaki itu menghembuskan asap rokok. Dia turut menyinis.

"Baik. Selamat bekerjasama, Bakuga...,"

*****

Ais' POV

"Hoi, Ais! Mana makanan tengah hari kitorang?! Kau nak kitorang mati kebuluran ke apa, hah?!" Seorang lelaki beriris mata biru sapphire merenungku tajam. Mukanya masam mencuka.

"Ma... Maafkan aku, Taufan... Aku tak masak lagi...," jawabku, sambil menunduk memandang lantai.

"Kau tak masak lagi?! Tunggu apa lagi?! Pergilah masak!" Herdik seorang lagi lelaki beriris mata merah ruby. Dia menjegilkan matanya tajam ke arahku.

Aku menelan air liur kesat sambil melangkahkan kaki menuju ke dapur.

Ye, akulah Ais. Hari-hariku hanya dipenuhi dengan tengkingan, herdikan, dan seksaan. Aku tak tau apa salah aku. Bahagia? Jangan harap mereka nak bagi aku bahagia.

Mereka? Mereka tu siapa pula?

Semestinyalah adik-beradik aku. Siapa tak sakit kalau dibenci oleh darah daging sendiri, kan?

Bukan setakat dibenci oleh adik beradik. Malah aku selalu difitnah mencuri, merompak dan menyerang penduduk Pulau Rintis sehingga menyebabkan aku dibenci oleh semua orang termasuk datukku dan rakan-rakanku yang lain.

Oklah, berbalik pada realiti.

Seorang lelaki berbaju hijau dan jingga merenungku sambil tersenyum sinis. Aku hanya buat tidak tahu dan sambung buat kerja.

Tiba-tiba, lelaki berbaju hijau tersebut menangis dengan lantang.

"Huwarghhhhh! Thorn sakit!"

Aku berdebar-debar.

"Eh, kenapa ni, Thorn?" Salah seorang kembar aku, Solar muncul di sebalik dinding dengan tergesa-gesa. Wajahnya nampak begitu cemas.

"Tangan Thorn luka! Dia buat!" Thorn tunjuk ke arah aku yang sedang memegang pisau untuk memotong ayam. Aku begitu terkejut.

"Kau! Tak padan dengan gila, ada hati nak bunuh abang aku pulak?! Sial lah kau ni!" Solar memarahi aku.

Ye, nampaknya aku telah difitnah lagi...

"Aku tak buat...," jawabku, cuba beriak tenang.

Luka di jari boleh dinampak. Luka di hati siapa yang tahu? Hati aku tengah menangis sekarang...

"Kau tunggu! Aku akan panggil Hali! Kau jawab dengan dia, eh!" Solar meninggalkanku dan membawa Thorn bersamanya.

Aku dapat lihat...

Senyuman sinis Thorn...

Sebelum dia berjalan mengikut Solar...

"Hahaha. Jawablah kau dengan Hali tu, ye! Wish you good luck!" Lelaki berbaju jingga atau namanya Blaze ketawa sinis. Dia turut membuntuti langkah Solar.

Kejam kau.

Kau gila.

End Ais' POV

*****

"Apa?!" Halilintar atau nama pendeknya, Hali mengetap bibir. Wajahnya merah menandakan dia betul-betul marah.

Ais hanya memandang lantai. Air mata mula membasahi kelopak matanya.

"Aku tak buat... Sumpah... Diorang yang fitnah aku...," jawab Ais, perlahan-lahan

"You such a bitch, Ais! I don't know what's wrong with you!" Amboi, speaking pulak dia ye :v

"Kau patut tanya diri kau sendiri! What's wrong with you?! Tiba-tiba nak marah-marah orang?!" Ais cuba memberanikan diri untuk mengherdik Hali. Sesungguhnya dia benar-benar sakit.

Yang lain begitu terkejut apabila Ais berani mengherdik dan meninggikan suara terhadap Hali.

Pang!

"Jaga sikit nada kau, bodoh!"

Ais memegang pipinya yang merah akibat ditampar oleh Hali.

Pedih, sakit, tapi hatinya 10 kali ganda lebih sakitnya. Cukuplah, dia dah tak tahan!

"Siapa yang bodoh?! Aku?! Korang semua yang bodoh! Senang sangat percaya fitnah tu!" Hambur Ais, secara tidak sedar.

Oh tidak! Dia sudah terlepas cakap! Ais menekup mulutnya yang lancang. Dalam hati, dia menyumpah seranah kelancangan mulutnya.

"Sial!"

Hali menendang perut Ais dengan kuat. Kemudian, dia menyepak kaki Ais.

"Aduh!"

Ais terjatuh. Dia memegang perutnya yang ditendang Hali tadi. Darah merah likat keluar dari mulutnya.

Tidak habis dengan itu, kesemua kembarnya ambil bahagian memijak dan menyepak tubuhnya.

Ais hanya mampu pasrah. Air matanya berlinangan. Dia terbatuk darah.

Dan...

Pandangannya mulai kabur sebelum semuanya menjadi kelam...

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu