CHAPTER 21

1.3K 129 59
                                    

"Tak mungkin...,"

"Apahal banyak sangat resepi dalam buku ni?" Ujar Ais sendirian.

Dia membuka helaian pertama, resepi ayam masak merah. Helaian kedua, resepi kek red velvet, helaian ketiga, resepi pancake madu, helaian keempat, resepi ketuk kepala orang guna kuali dan senduk. Okey, itu sadis.

Ais menyelak helaian tengah dan belakang. Dan ternyata, tekaannya betul.

"Buku resepi rupanya," dia sedikit kecewa. Ais menyusun semula buku tersebut di atas rak dengan kemas. Kemudian, dia berbaring semula di atas katil sambil termenung memandang siling.

Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya. Tentang Gempa, tentang kembarnya yang lain dan tentang dirinya sendiri.

Ais menghela nafas panjang. Perlahan-lahan, matanya tertutup rapat. Dia terlelap sebentar di situ.

*****

"Kenapa aku tak sedap hati ni?" Gempa mundar-mandir ke sana-sini. Riaknya sugul. Hatinya betul-betul tidak tenang sehingga membuatkan dia tidak senang duduk.

"Tolonglah... Jangan jadi apa-apa kat Ais dan yang lain...," rintih Gempa, perlahan. Dia meraup wajah.

Dadanya dipegang. Dia dapat merasakan jantungnya berdegup dengan kadar yang luar biasa sekali.

"Aku harap ni semua perasaan aku je," dia baring di atas katil.

Kegalauan hatinya, hanya Tuhan yang tahu.

Setelah beberapa minit, matanya mula kuyu. Gempa turut terlena dibuai mimpi.

*****

"Gempa... Tolong kami...,"

Beberapa suara yang serak dan lemah sayup-sayup menyapa gegendang telinga Gempa.

Gempa menoleh ke kiri dan ke kanan. Sekelilingnya sungguh gelap hingga menyebabkan dia tidak nampak sesiapa walhal apa yang berada di hadapannya.

"Ada sesiapa ke kat sini?" Tanya Gempa, cuba memberanikan diri.

"Gempa... To... Tolong...,"

Suara itu semakin jelas. Gempa terkelu.

Kenapa... Dia macam kenal suara-suara tu?

"Hiks... Thorn sakit...,"

"T... Tolong...,"

"Jangan bunuh kami...,"

"Ap... Apa kami dah buat...?"

Air mata Gempa gugur. Ye, itu adalah suara adik-adiknya.

"Korang! Korang! Mana korang?!" Gempa mula tidak tentu arah. Dia berlari-lari mencari punca suara.

"Selamat tinggal, Gempa...,"

Keadaan sunyi.

"Korang!" Tiba-tiba, badannya seakan-akan ditarik oleh seseorang. Gempa meronta-ronta.

"Sekarang giliran kau. Muahahahah!"

"Korang!"

*****

"TIDAK!" Gempa bangkit dari pembaringan. Dadanya berombak kencang. Bajunya sudah basah bermandikan peluh.

"Huh... Mimpi rupanya...," Gempa meraup wajah.

"Aku harap perkara tu takkan berlaku. Aku taknak kehilangan mereka...,"

Dia mengambil gambar polaroid adik-adiknya yang disimpan di bawah bantal. Hanya gambar mereka berenam tanpa Gempa.

"Aku sayang korang...,"

*****

Rumah kembar elemental yang lain...

Suasana di rumah itu sunyi. Tidak meriah seperti dulu.

"Warghh... Kenapa mata aku berat sangat ni?" Ujar Blaze sambil menggosok matanya.

"Samalah... Rasa nak tertidur...," Taufan menguap. Dia menggeliatkan badan.

"Aku naik atas dulu...," Hali berjalan mendaki anak tangga dengan langkah yang longlai.

Manakala Thorn dan Solar sudah lena di atas sofa.

"Jom kita tidur...,"

Tidak sampai beberapa saat, sudah terdengar dengkuran Blaze dan Taufan. Sepasang mata memerhati ke arah mereka semua bersama senyuman yang penuh misteri.

*****

"Sikit lagi kerja aku nak siap,"

"Mereka pasti menyesal suatu hari nanti. Tak sabar nak tengok keadaan mereka. Muahahahaha!"

*****

"Ugh, kenapa aku mengantuk sangat...," Gempa menggosok-gosok matanya. Dia menggeliat kecil.

Sedar tak sedar, Gempa pun terlelap.

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now