CHAPTER 23

2K 152 78
                                    

"Argh!"

"Gempa!"

Kelihatan Gempa sudah rebah di atas tanah. Darah tidak berhenti mengalir keluar daripada perutnya. Nampaknya, peluru telah menembusi perut Gempa.

Keenam-enam elemental berlari ke arah Gempa untuk mendapatkannya.

"Gempa! Gempa!" Mereka semua cemas. Gempa nampak seperti menahan sakit yang amat sangat. Dia memegang perutnya.

"Gempa... Gempa...," panggil Ais. Dia memangku kepala Gempa. Air matanya sudah mula mengalir. Hatinya berkecai.

"Gempa...," lirih suara Ais. Dia menggenggam tangan Gempa.

"A... Ais...," Gempa mengelus lembut pipi Ais. Dia mengukir senyuman dalam kepayahan.

"Ais... J... Jangan menangis...,"

Ais menggeleng. Dia tidak mampu, dia tidak mampu melihat Gempa di dalam keadaan begitu.

"Gempa... Kenapa kau risikokan nyawa kau? Kenapa kau halang peluru tu...?" Soal Taufan. Dia masih terkejut dengan apa yang baru berlaku.

"Seb... Sebab... Korang... Ad... Adik-adik aku... Aku... Sayang... Korang... Sangat-sangat...," ujar Gempa, susah payah.

"Gempa...," Taufan, Blaze, Thorn, Hali dan Solar tergamam. Perasaan bersalah membukit di hati masing-masing.

Tiba-tiba, Gempa terbatuk. Darah merah likat keluar dari mulutnya.

"K... Korang... Jaga... Diri...," pesan Gempa. Air matanya menitis.

"Gempa!"

'Maafkan aku Ais. Maafkan aku, Hali, Taufan, Blaze, Thorn dan Solar... Aku tak mampu jadi abang yang terbaik... Aku tak mampu nak lindungi korang... Tapi, apa yang korang kena tahu... Aku sayang korang. Sayang lebih dari nyawa aku sendiri...,' desis hati Gempa sebelum pandangannya mulai kelam...

"Gempa! Bangun!"
"Hiks... Jangan tinggalkan aku, Gempa...,"
"Gempa... Aku minta maaf...,"

*****

"Kau! Ini semua salah kau!" Herdik Hali. Dia menatap Bakuga dengan pandangan maut tahap maut yang tak mampu nak dimautkan lagi.

"Salah aku? Aku? Heh, fikir dulu sebelum cakap, Halilintar. Siapa yang mulakan dulu? Siapa yang membenci siapa?" Sinis Bakuga bersuara.

Yang lain terkelu.

"Korang, jom bawak Gempa pergi hospital," arah Hali. Suaranya bergetar di hujung ayat.

"Tapi...,"

"Takde alasan! Nyawa Gempa lebih penting!"

Blaze tergamam.

"Jom,"

*****

Di Hospital Besar Pulau Rintis...

"Doktor, abang kami okey tak?" Tanya Taufan, risau. Untuk pertama kalinya, dia memanggil lelaki itu dengan gelaran 'abang'.

Suasana hening. Hanya kedengaran esakan Ais dari tadi.

Setelah beberapa minit keadaan sunyi, doktor yang merawat Gempa mula bersuara. Dia menghela nafas berat.

"Saya harap, awak semua dapat terima kenyataan dengan tenang,"

*****

Ais masih tidak berhenti menangis. Hati dia bagaikan disiat-siat apabila mendengar kata-kata doktor tadi.

Flashback...

"Saya harap awak semua dapat terima kenyataan dengan tenang," ujar doktor itu dengan riak wajah yang tegang.

Hati semua orang berdebar-debar menantikan jawapan.

'Tolonglah... Aku taknak kehilangan orang yang aku sayang...,' rintih Ais di dalam hati.

"Setelah melakukan pembedahan, kami dapati tiga butir peluru tersekat di dalam hatinya. Ianya amat sukar untuk kami keluarkan peluru-peluru itu,"

Semua di situ tergamam. Hati semua orang bertambah sayu.

"Jadi? Adakah dia berpeluang untuk terus hidup? Tolonglah, doktor... Selamatkan abang kami... Kami perlukan dia...," rayu Ais. Dia memegang tangan doktor itu memohon jawapan positif.

"Saya minta maaf. Disebabkan peluru tu tersekat di bahagian hati, risiko Gempa untuk teruskan kehidupan...,"

"Terlalu rendah,"

Bagaikan direnjat kilat, Ais terduduk. Tak... Dia tak bersedia lagi untuk kehilangan Gempa... Hatinya bagaikan telah direntap dan dikoyak dengan kasar. Gem... Gempa...

"Namun, kami akan cuba yang terbaik. Kemungkinan, dia tidak akan sedar diri sehingga bulan depan? Kami akan buka tiub oksigen dia selepas sebulan. Kalau dia sedar, mungkin dia masih berkesempatan untuk hidup seperti biasa,"

Bulan depan? Huh, tempoh itu terlalu lama buat Ais. Sehari dia tidak berjumpa dengan Gempa pun telah membuatkan hatinya terlalu terseksa...

"Baiklah, saya minta diri dulu, ye? Awak boleh lawat dia nanti tapi jangan buat bising," doktor itu meminta diri. Ais hanya memerhati doktor itu pergi dengan linangan air mata...

End Flashback...

*****

"Ais, jangan menangis, ye?" Pujuk Taufan. Dia merangkul bahu Ais. Ais hanya senyap. Dia memerhati Gempa yang masih menutup mata.

"Abang Ais... Janganlah menangis... Thorn pun sedihlah," pujuk Thorn pula.

"Kami faham apa yang kau rasa... Kami pun rindu dia,"

"Faham?! Korang faham?! Korang tak faham apa aku rasa! Waktu Gempa ada, korang sibuk hina dia, seksa dia! Waktu aku tengah sedih, Gempa yang sentiasa ada dengan aku! Dia yang pujuk aku! Dia yang berusaha gembirakan aku, peluk aku, dan dengar segala masalah aku! Korang ada buat semua tu?! Ada?! Takde! Gempa sanggup gadaikan nyawa dia sebab dia sayang korang! Dia sayang korang walaupun korang benci dia! Korang tak pernah faham apa yang Gempa rasa! Tak pernah faham apa yang aku rasa! Gempa tu dah sebahagian nyawa aku! Dia dah isi kekosongan dalam hati aku! Dia dah rawat hati aku yang korang sakitkan...," luah Ais. Dia berlari keluar dari wad.

Kelima-lima kembar elemental itu terkelu. Perlahan-lahan, air mata mereka gugur.

"Be... Betul apa kata Ais...,"

"Kita tak pernah faham diorang...,"

"Sampai macam tu Gempa sayangkan kita...,"

"Dia tak pentingkan diri... Gempa adalah abang yang hebat... Paling hebat..."

"Maafkan kami, Gempa... Ais...,"

-TBC-

Sikit lagi cerita ni dah nak tamat😁 Maaflah kalau jalan cerita terlalu pendek. Target saya, cerita ni perlu tamat sebelum 15 July 😀

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now