CHAPTER 10

1.3K 152 17
                                    

Gempa membuka mata perlahan-lahan. Dia bangkit dari pembaringan.

"Aduh... Kat mana ni...?"

Kepalanya berasa sungguh berat. Namun, digagahkan jua kakinya untuk berdiri dengan stabil.

"Hai, Gempa. Lama tak jumpa," satu suara menyapa gegendang telinga Gempa. Gempa memangku kepalanya. Telinganya berdesing tatkala mendengar suara itu.

"K... Kau siapa...," ujar Gempa, lemah. Kakinya berasa sungguh lemah untuk berdiri dengan stabil. Peluh merenik membasahi wajahnya.

"Eh, tak ingat aku? Takpe, lepas kau tengok semua ni, mesti kau ingat siapa aku,"

Gempa cuba melawan rasa berat yang menguasai kepala. Dia cuba mendongak.

Mata Gempa terbeliak. Lidahnya kelu.

Di hadapannya sekarang, adalah paparan peristiwa 10 tahun lalu!

Peristiwa yang dia cuba lupakan...

Peristiwa yang sering menghantui fikiran...

*****

Kelihatan satu susuk tubuh lelaki duduk di atas buaian di taman. Wajahnya tampak begitu gusar.

Matanya yang berwarna keemasan kelihatan begitu sayu. Air matanya mengalir membasahi pipi.

"Aku tau... Aku dah susahkan semua orang... Aku dah sakitkan semua orang... Aku tak berniat pun...," kedengaran lirih suaranya.

Kemudian, dia menyeka air mata dan bangun dari buaian.

"Takpelah, Gempa. Keep be the best," pujuk dirinya sendiri.

Gempa beredar dari situ. Wajahnya kelihatan begitu sugul.

Setelah beberapa minit berjalan, Gempa masih fokus pada fikirannya. Dia langsung tidak peduli akan apa yang ada di sekeliling.

Sehingga...

Pon! Pon!

Gempa menoleh. Alangkah terkejutnya apabila sebuah lori datang menghampirinya.

Dia terkaku, tidak tahu mahu membuat apa-apa. Dia langsung tidak sedar dia berada di tengah jalan!

Lori itu semakin menghampiri. Gempa hanya pasrah apa yang akan terjadi pada dirinya

Pon! Pon!

*****

Gempa membuka mata. Kelihatan seorang lelaki memandang ke arahnya.

"Adik, adik tidak apa-apa?" Soal seorang lelaki bertubuh tegap itu sambil melihat ke arahnya dengan penuh risau.

"Saya okey je, bang. Macam mana saya masih selamat?" Soalku, hairan.

"Oh, tadi ada seorang lelaki sempat tolak kamu semasa kamu hampir dilanggar lori tadi. Kamu selamat tapi malangnya...,"

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Gempa ternampak sekumpulan orang sedang mengerumuni tengah jalan raya. Dia mula tidak sedap hati lalu pergi berjalan meninggalkan lelaki tadi.

Gempa menyelit di celah orang ramai. Jantungnya semakin berdegup kencang.

Tiba-tiba, matanya dia tertangkap satu susuk tubuh sedang berbaring lemah di atas jalan tar dengan tubuh yang dipenuhi darah.

Gempa mengamati wajah tersebut.

"Ais...,"

*****

"Kerja kau tak habis-habis menyusahkan orang je! Tengok sekarang, siapa yang jadi mangsa?!" Marah Blaze. Hatinya mula membara dengan api kemarahan.

"Maafkan aku... Aku tau ni semua salah aku...,"

"Kenapa kau buat macam tu, Gempa? Kau tak sayang Ais ke?" Soal Taufan dengan perasaan bercampur-baur.

Marah, sedih, kecewa.

Marah atas kelakuan Gempa.

Sedih atas kecederaan yang dialami Ais.

Kecewa atas perangai Gempa yang tidak reti mengaku kesalahan sendiri.

"Ak... Aku tak tau ni semua ak... Akan terjadi...," jawab Gempa sambil menangis teresak-esak.

"Heh, aku yang bongsu ni pun dah tentu lagi bijak dari kau,"

"Sepatutnya kau yang kena, Gempa. Bukan Ais,"

"Thorn benci abang Gempa! Abang Gempa pembunuh!"

"Sudah, semua. Cakap dengan dia takkan ada guna pun. Jom pergi dari sini," Hali mengajak mereka untuk keluar dari wad. Yang lain hanya akur.

"Oh ye, sebelum itu...,"

"Kau bukan abang kitaorang lagi,"

Kata-kata itu bagaikan renjatan elektrik buat Gempa. Dia terkelu.

Perlahan-lahan, air matanya mengalir tanda sudah mengalah.

"Aku benci korang,"

*****

Air mata Gempa mengalir deras. Dia sudah lemah untuk berdiri lagi. Gempa terduduk.

"Hiks... Ais... Ais... Ais hilang ingatan lepas kena langgar... Kenapa... Kenapa kau ingatkan aku kat semua ni?! Apa motif kau?!" Teriak Gempa. Dia meramas rambutnya.

"Hahaha... Sebab kau...,"

"Bukan abang kami,"

"Ais hak kami,"

"Ais adik-beradik kami,"

"Bukan kau,"

Telinga Gempa berdesing apabila mendengar semua itu. Kepalanya bagaikan mahu pecah.

"Salah... Ais... Adik aku... Korang semua adik-adik aku... Hiks... Tolonglah... Lupakan segala perkara tu...,"

Gempa memeluk lutut. Dia menangis semahu-mahunya.

"Hahahah! Lupakan! Ucap selamat tinggal kat dunia, Gempa!"

Pang!

*****

Gempa bangun. Matanya terbeliak luas. Nafasnya tercungap-cungap. Bajunya basah bermandikan peluh.

"Apa petunjuk semua tu?" Wajahnya diraup. Air mata mengalir untuk kesekian kalinya...

-TBC-

Maaf kalau ada ralat 😭 Author tak berapa sihat pulak 😭 huhuhu...

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now