CHAPTER 19

1.2K 134 78
                                    

Ais memerhati Gempa dari jauh dengan pelbagai soalan bermain di fikiran. Sejak balik tadi, perangai Gempa terus berubah. Dia jadi pendiam.

Ditanya sepatah, dijawab sepatah. Itu membuatkan Ais betul-betul risau.

Dari jauh, kelihatan Gempa sedang meraup wajahnya. Dari gerak badan, seakan-akan lelaki itu sedang serabut.

Perlahan-lahan, Ais menapak ke arah Gempa. Bahu lelaki itu dipegang. Gempa tersentak. Bahunya terhincut.

"Oh... A... Ais... Kau nak apa-apa?" Gempa cepat-cepat mengelap pipinya.

Sekejap.

Gempa...

Menangis ke?

"Kau okey tak ni?" Buat sekian kalinya soalan itu terpacul lagi.

Gempa menghela nafas berat sebelum membuka mulut.

"Aku okey...,"

"Please, Gempa. Jangan sorokkan apa-apa dari aku...," Ais memeluk tubuh Gempa.

Gempa tergamam.

"Aku... Aku...,"

"Tolong, Gempa. Tiada rahsia antara kita. Kau abang aku dan aku adik kau. Aku taknak apa-apa jadi kat kau tanpa pengetahuan aku. Tolong...," rayu Ais. Matanya redup.

Gempa mengeluh berat. Dia mengambil nafas panjang.

"Ais, jaga diri baik-baik, ye? Aku minta maaf kalau aku ada salah silap dalam menjaga kau. Aku cuma nak kau tahu, aku sayangkan kau lebih dari segala-galanya," air mata Gempa bergenang. Pelukan dieratkan. Dia mengusap belakang tubuh Ais dengan lembut dan penuh kasih sayang.

"G... Gempa... Kau nak pergi mana...? Jangan tinggalkan aku sendirian... Aku tak mampu nak lalui kehidupan tanpa kau...," suara Ais mula bertukar sayu. Kenapa ucapan Gempa tu...

Lain macam?

Gempa mengukir senyuman tawar.

"Aku tak pergi ke mana-mana. Aku janji... Dah, jangan risau, ye?" Pujuk Gempa.

"Kalau aku dah takde nanti, kau jangan bersedih ye, Ais? Kalau kau rindu aku, letak tangan kau kat dada. Pejam mata kau dan dengar degupan jantung kau. Kau ingat, aku sentiasa ada di sisi kau. Jauh mana pun kita, kita tetap adik-beradik. Kau tetap adik aku. Dan aku tetap abang kau,"

Air mata Ais bergenang tatkala mendengar kata-kata Gempa. Dia tidak mampu berkata-kata.

"Ke... Kenapa... Cakap... Macam tu...?"

"Shh... Jangan menangis...," Gempa mengawal nada. Dia tidak mahu Ais bertambah sedih.

"Kau kuat, Ais. Kau mampu harungi segala-galanya. Kau tak lemah...,"

Ais sudah menangis teresak-esak di dalam dakapan lelaki itu. Lelaki yang bergelar abang. Lelaki yang sentiasa ada tatkala dia susah atau senang. Lelaki yang dia sayang sehingga hujung hayat.

"Sudah, jangan menangis. Aku ada dengan kau, kan?" Gempa menyeka air mata Ais. Wajah tenang dan redup itu ditatap lama.

Flashback...

"Aku... Abang korang...,"

"Heh, abang? Kau abang? Abang apa macam kau?! Abang apa yang pentingkan diri?! Abang apa yang sanggup gadaikan nyawa adik sendiri untuk kepentingan diri?!" Herdik Thorn. Dia menolak tubuh Gempa sehingga Gempa terlanggar meja dan mengakibatkan dia terjatuh.

Gempa terkaku. Air mata yang bertakung dari tadi mengalir jua membasahi pipi.

"Heh, menangis? Kau menangis, Gempa? Lemah!" Herdik Hali pula.

"Ap... Apa salah aku...? Kenapa korang benci aku...? Apa aku dah buat...?" Lirih suara Gempa menyoal. Sakit dia belakang tidak dikisahkan lagi.

"Kau berambus sekarang dari rumah ni! Mata kitorang sakit tengok kau!"

"B... Baik... Kalau korang benci aku... Aku akan pergi... Tapi... Aku takkan pernah benci korang...," Gempa menggagahkan diri untuk bangun. Air mata diseka.

Dia berjalan ke pintu utama.

"Maafkan aku, semua,"

End flashback...

*****

"Bila kita nak mulakan rancangan?" Tanya seorang lelaki yang bersuara garau kepada seorang lelaki yang dari tadi tertutup wajahnya.

"Sikit lagi... Aku nak kau bunuh beberapa orang antara mereka. Dan aku nak kau pastikan kau bunuh depan abang mereka sendiri," lelaki itu menyeringai sinis.

"Baik,"

"Perpisahan sebenar akan terjadi tak lama lagi...,"

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now