CHAPTER 18

1.2K 130 51
                                    

Ais' POV

Aku memerhati Gempa yang termenung dari tadi. Sejak balik dari taman tadi, dia asyik senyap je.

Dah kenapa dengan Gempa ni?

Ada benda tak kena ke?

Pelbagai persoalan bermain di benak fikiranku.

"Gempa. Gempa," aku mencuit bahu Gempa.

Gempa memandang aku. Wajahnya nampak gusar. Tiada lagi senyuman manis yang selalu menghiasi wajahnya seperti selalu.

"Kau okey tak?"

"Aku okey," jawab Gempa. Dia menghela nafas. Kemudian, dia senyap semula.

"Aku tau kau tak okey. Janganlah sorokkan apa-apa dari aku," aku mencebik bibir.

"Aku okeylah, Ais. Takde apa yang perlu dirisaukan," senyuman palsu Gempa ukir.

Ceh, macamlah aku tak tau. Aku bukan bendul macam Thorn tu. Opps terumpat pulak.

Thorn : Kenapa Thorn diseru? OwO
Ais : Err... Takde apa, Thorn.
Thorn : Okey >w<

Gempa bangkit dari duduk. Dia berjalan ke muka pintu utama. Dahi aku berkerut hairan.

"Kau nak pergi mana tu?" Soalku.

"Err... Aku nak... Keluar jap tau, Ais. Nak beli barang jap,"

Kening aku bertaut.

"Kau kan tak sedap badan? Biarlah aku yang pergi keluar beli. Kau duduk rumah rehat,"

"Takpe, Ais. Aku okey je," Gempa masih berkeras.

Aku mengeluh.

"Kalau macam tu, aku boleh teman," aku turut bangkit dari duduk dan berjalan ke arahnya.

"No, Ais. Kau duduk rumah. Please... Aku tak nak kau jadi mangsa," lirih suaranya merayu kepada aku.

Eh, mangsa? Mangsa apa pulak ni? Ada zombie Kampung Pisang ke kat luar tu?

"Mangsa...?"

"Err okeylah, aku pergi dulu. Jaga diri, Ais!" Gempa cepat-cepat keluar dari rumah. Ini membuatkan hati aku semakin tertanya-tanya.

"Take care, Gempa...," gumam aku perlahan.

Aku menghela nafas berat.

Kenapa, Gempa?
Kenapa kau macam sorokkan sesuatu daripada aku?
Aku rasa tak kena...
Semoga kau selamat, Gempa. Jaga diri

End Ais' POV

*****

Gempa's POV

Aku minta maaf, Ais. Aku betul-betul minta maaf. Aku sebenarnya tak nak buat kau risau pasal aku.

Aku akan selesaikan segala-galanya.

Langkah diatur menuju ke suatu tempat. Hati aku berdebar-debar. Aku nekad.

Biarlah diorang nak buat apa kat aku. Asalkan semua benda ni selesai dan diorang tak kacau Ais lagi.

Kau boleh main dengan aku. Tapi bukan dengan Ais.

Sekali kau sentuh dia, siap kau.

Bukk!

Sedang aku berfikir, aku terlanggar seseorang.

Eh, ye ke aku langgar dia? Bukan dia ke langgar aku? Biar jelah. Kita kena sentiasa meminta maaf walaupun bukan salah kita, kan? Manusia ni memang selalu tak puas hati.

"Eh, maaf," belum sempat aku buka mulut, lelaki itu meminta maaf terlebih dahulu.

"Maafkan...," dia terhenti.

Aku memandangnya. Mataku terbuntang luas. Jantungku berdegup kencang. Kelenjar adrenalin mula mengeluarkan peluh.

"Kau...,"

Oh God... Di hadapan aku sekarang ni adalah...

Thorn?!

End Gempa's POV

*****

"Kau nak apa?" Suara Hali memecah kesunyian. Lima pasang mata menatap Gempa, tajam.

"Aku nak tamatkan segala persengketaan," Gempa memberanikan diri untuk membalas tatapan maut 'adik-adik'nya.

"Kau nak tamatkan persengketaan antara kita...?" Sinis Hali bertanya semula, dengan riak wajah menyampah mewakili semua.

"Ye...,"

"Dan aku tak nak korang kacau Ais lagi," sambung Gempa. Dia berpeluk tubuh.

"Hahaha. Lawaklah kau ni Gempa. Suka hati kitoranglah. Ais adalah adik-beradik kitorang. Kau siapa orang asing, nak arah-arah orang?" Balas Solar, menyinis. Dia membetulkan kaca mata yang dipakai dengan penuh swag :v

"Haih, dengar ye. Aku tak kisah kalau kau nak sakiti aku, pukul aku, seksa aku. TAPI KAU JANGAN SEKALI LIBATKAN AIS. Ni urusan aku dengan korang. Dia takde kena mengena dengan korang!"

"Gempa, Gempa dan Gempa. Sekali lagi, kau siapa nak arah-arah kitorang? Kau tu SIAPA Gempa?!" Taufan menjeling Gempa dengan penuh kebencian.

Gempa tergamam.

"Aku..."

"Abang korang,"

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now