CHAPTER 7

1.4K 159 107
                                    

"Aku nak buat apa ye? Semua kerja kat rumah ni Gempa yang buat. Takkanlah aku nak biar dia buat sendiri semua kerja?" Ais melihat ke luar tingkap. Dia sedang merenung ke dada langit malam yang kelam. Sama kelam dengan hatinya.

Tanpa kemahuannya, senyuman tawar terukir di bibir merahnya. Ais menghela nafas panjang.

Dia melirik ke arah jam dinding. Pukul 9:50 malam.

Ais bangun dari duduk. Dia berjalan keluar dari bilik untuk mencari kelibat Gempa.

Matanya melihat sekeliling. Dia tiba-tiba berasa tidak selesa.

Ais cuba menghilangkan rasa itu. Dia memanjangkan leher untuk mencari Gempa di dapur.

Dia ternampak satu kelibat. Tetapi, itu macam bukan kelibat Gempa.

Ais mengecilkan matanya.

"Siapa tu? Jap... Aku macam kenal...," gumam Ais.

Kelibat itu menoleh dan menyeringai seram ke arahnya sambil memegang pisau yang penuh dengan darah.

Mata Ais mula terbeliak. Peluh merenik di dahi.

"Hali...," dia menelan air liur kesat.

"Ais~ Kau nak lari rumah?" Kedengaran suara Hali meleret sambil memandangnya. Dia bermain-main dengan pisau itu.

Ais menggeleng. Dia mengundur ke belakang setapak demi setapak.

"Jangan pergi... Kau nak bunuh diri, kan?" Hali mendekati Ais. Suaranya masih meleret beserta seringainya yang lebar.

Author : Seram duh kalau dibayangkan 😱
Ais : Kau tu bayangkan je. Aku yang takleh lupa muka dia woi! 😭
Author : Iye? Ada nampak saya kisah? 😗
Ais : Dasar Author... 😑💢

Ais tidak boleh mengundur lagi. Dia sudah rapat ke dinding!

Ais tidak mampu berbuat apa-apa selain berserah. Dia terduduk. Air mata ketakutan mula gugur membasahi kelopak mata.

"Takut ke? Takkan dah takut?" Sinis Hali menanyakan soalan.

Ais menangis teresak-esak. Dia tidak mahu diseksa lagi. Dia sudah cukup sakit.

"Jangan... Tolong... Jangan apa-apakan aku... Aku merayu...," rintih Ais. Dia tersedu-sedan.

"Ais? Ais? Kau okey tak?"

Suara Gempa bergema di segenap ruang. Ais tidak mampu menyahut. Lidahnya bagaikan terkelu.

"Ais? Ais!"

Ais terbangun. Pakaiannya sudah basah bermandikan peluh. Dia melihat sekeliling. Dia berada di atas katil di dalam biliknya.

Kelihatan Gempa di sebelah memandang ke arahnya dengan pandangan risau.

Ais segera memeluk tubuh Gempa. Dia menangis di dalam pelukan lelaki itu.

"Gem... Gempa... Aku takut... Aku takut...," ujar Ais tersedu-sedan.

Gempa semakin risau. Dia menggosok-gosok belakang Ais, membiarkan lelaki itu melepaskan segalanya.

"Takut apa, Ais? Jangan risau, aku kan ada kat sini?" Pujuk Gempa dengan penuh kelembutan.

Author : Abang!!! QAQ
Ais : Sape abang kau? Gempa aku punya😏
Author : Huwarghhhhh QAQ

"Ak... Aku tak... Aku taknak kena pukul lagi... Aku dah puas kena seksa... Ak... Aku dah penat...," jawab Ais tersedu-sedan.

Mimpi tadi masih terlayar di fikirannya. Bayangan Hali sungguh menakutkan. Nampak macam pyscho dah dia tengok!

"Oh... Jangan risau, ye Ais? Selagi diorang tak tau kau kat sini, selagi tu kau selamat. Aku janji akan jaga kau," Gempa tersenyum manis. Dia menyeka air mata Ais lembut.

Ais mengangguk lemah. Dia mengukir senyuman tawar. Mukanya masih pucat.

"Dah, pergi tidur. Cuci kaki tu dulu," Gempa bangun dari katil. Dia menggosok kepala Ais.

"Tapi, Gempa...," Gempa yang berkira-kira mahu keluar dari bilik berhenti melangkah. Dia menoleh belakang.

"Hmm?"

"Boleh tak... Hmm... Aku nak... Hmm... Nak...," ujar Ais tergagap-gagap. Dia malu sebenarnya untuk meluahkan hasratnya.

Gempa masih setia menunggu persoalan Ais.

"Iye?" Gempa mengangkat kening.

"Boleh tak aku nak tidur dengan kau untuk malam ni?" Gumam Ais.

"Apa?" Gempa tidak mendengar dengan jelas apa yang digumam Ais.

"Takde apalah. Aku nak tidur dulu. Terima kasih, Gempa," senyuman paksa diukir di bibir Ais.

Dahi Gempa berkerut hairan sebelum mengangguk lambat-lambat. Dia menutup suis lampu bilik itu.

"Good night, Ais,"

Ais masih lagi memberi senyuman paksa. Apabila kelibat Gempa sudah tidak kelihatan, air matanya kembali berlinangan. Jantungnya berdebar-debar.

Perlahan-lahan, matanya tertutup rapat.

"Night, Gempa...,"

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now