CHAPTER 14

1.2K 140 61
                                    

Ais memandang Gempa yang sedang termenung dari tadi. Apa yang bermain di benak fikirannya, Ais sendiri tidak tahu.

"Err... Gempa?" Dia mencuit bahu Gempa.

Gempa tersentak. Dia ukir senyuman tawar.

"Ye, Ais? Nak apa-apa?" Soal Gempa, prihatin.

Ais memandangnya hairan. Dia merenung tepat ke anak mata Gempa.

"Kau... Okey tak ni? Serabut semacam aku tengok?"

"Aku okeylah. Cuma terfikir tentang... Doktor tadi...," tipu Gempa. Dia membalas renungan Ais.

Ais menghela nafas panjang. Dia tunduk memandang lantai.

"Gempa, aku nak tanya something, boleh?"

"Boleh je. Kenapa, Ais?" Gempa mula tidak sedap hati. Dia masih sembunyikan kegusaran di sebalik senyuman.

Gusar Ais akan tanya pasal kejadian dulu...

"Kenapa... Kau jawab yang kita ni adik-beradik masa doktor tanya tadi?"

Bagaikan panahan halilintar Hali, Gempa tersentak. Apa dia mahu jawab?

"Err... Hehehe... Aku dah anggap kau macam adik aku, Ais. Sebab tulah," mujur dia pandai mencari alasan. Nasib kaulah, Gempa :v

"Haih... Aku masih hairan kenapa kepala aku rasa pening sangat bila tengok kau pakai topi tu. Macam something wrong. Kau...," Ais memandang Gempa dengan penuh curiga. Dia memandang lelaki itu dari atas ke bawah.

Gempa menelan air liur. Adakah benar telahannya bahawa Ais akan mengingatinya semula?

"Mungkin sebab aku ni kacak sangat kut," gurau Gempa. Dia tersengih janggal.

Ais hanya diam seribu bahasa. Kalau diikutkan, mahu saja dia serang Gempa dengan macam-macam persoalan. Namun, dia diamkan sahaja.

'Aku pasti akan dapat jawapan satu hari nanti,' keluh Ais. Dia berjalan masuk ke dalam bilik untuk berehat.

*****

Gempa's POV

Maaf, Ais. Aku tak dapat bagitau lagi buat masa sekarang. Kau masih sakit...

Tapi aku janji, kau akan tahu kebenarannya nanti.

Aku memandang Ais yang berjalan meninggalkan aku sendirian di ruang tamu. Lenggoknya kelihatan seperti...

Sedang kecewa...

Ergh...

Serabutnya aku!

Aku meraup wajah. Topi yang dipegang dari tadi disarungkan semula ke atas kepala.

Aku tak boleh lepaskan topi ni...

Sebab...

Hanya topi ni tanda kembar elemental masih ada...

Keluhan berat aku lepaskan buat sekian kalinya.

End Gempa's POV

*****

Ais termenung ke luar tingkap. Dia memeluk tubuhnya. Fikiran Ais melayang jauh.

"Gempa...," tidak semena-mena, nama lelaki itu terpacul di bibirnya. Lelaki yang selama ini menyayangi dan memahami dia...

"Apa maksud mimpi tadi...?" Dia meraup muka. Hatinya bagaikan dihentak dengan beribu-ribu soalan.

"Ais...,"

"Ais...,"

Sayup-sayup kedengaran satu suara memanggilnya.

Ais menoleh ke kanan dan ke kiri.

Tiada sesiapa.

Bulu romanya mula meremang. Siapa lagi nak kacau aku ni?!

"Ais... Janji yang kau takkan tinggalkan aku?"

"Iye, aku janji,"

"Thanks Ais,"

Suara kanak-kanak menyapa gegendang telinga. Ais menelan air liur. Kelenjar adrenalin mula mengeluarkan peluh sejuk.

Suara kanak-kanak...

Nama dia...

Perjanjian...

Apa kaitan semua itu?

"Ais takde function dalam keluarga ni,"

"Menyusahkan hidup orang je kerja,"

"Mati jelah,"

Ais menutup telinganya yang sudah berdesing. Air matanya gugur.

Kenapa semua ni seakan-akan...

Imbas kembali?

Ais bersandar lemah pada katil.

"Tolong... Hentikan...," kedengaran begitu sayu suaranya.

"Ais kuat. Kau pasti akan berjaya. Lawan, Ais. Aku sentiasa ada dengan kau," bisikan yang seakan-akan suara Gempa turut menyapa gegendang telinga bagi menyuntik semangat di dalam hati Ais.

Ais hanya mampu terkelu dan menangis dalam diam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Walhal mengeluarkan suara pun tidak mampu.

"Bangkit, Ais. Carilah jawapannya,"

"Ais lemah,"

"Tak berguna,"

"Otak udang,"

"Pembunuh,"

"Menyusahkan orang,"

"Bangun, Ais. Kau kuat. Demi abang sulung kau,"

Bermacam-macam suara yang bermain di telinganya. Semuanya berlawan untuk mendapatkan Ais.

"Demi abang sulung kau," Ais tergamam.

"Siapa abang sulung... Aku?"

-TBC-

Hahaha macam apa je chapter ni :v Author ni dah lenguh jari nak menaip :v Maaflah ye

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now