CHAPTER 9

1.3K 153 21
                                    

"Aku tengok kau lesu je? Kau tidur tak semalam?" Tanya Ais, hairan apabila ternampak wajah lesu Gempa.

Semasa membuat sarapan tadi pun, Gempa hampir tertidur. Kesian Ais melihatnya.

"Aku okey je... Takde apalah...," Gempa mengukir senyuman tawar. Memang dia tidak tidur semasa menemani Ais. Dia mahu menjaga Ais.

Ais mula rasa bersalah. Bukan dia tidak tahu, Gempa berjaga sepanjang malam untuk menjaganya.

"Gempa, aku minta maaf. Aku dah susahkan kau. Kalaulah aku takde, mesti kau...," belum sempat Ais menghabiskan kata-katanya, Gempa menghalangnya untuk meneruskan bicara.

"No, Ais. You are not. Aku yang tak boleh tidur,"

Ais tunduk memandang lantai dengan perasaan sayu.

"Kalau aku takde... Takde sesiapa akan terbeban. Takde sesiapa akan susah. Kerja aku memang asyik susahkan orang je. Sebab tulah aku dibenci," Ais menahan air mata daripada terkeluar. Dia menahan sebak.

Gempa turut sayu. Hatinya bagaikan disiat-siat melihat Ais begitu.

"Ais... Please... Jangan menangis... Lupakan semua kesedihan... Aku... Aku tak boleh tengok kau menangis... Aku jadi lemah, Ais. Aku lemah bila tengok air mata kesedihan kau jatuh... Aku tak boleh... Please... Jangan kata kau beban... Aku say...," kata-katanya terhenti. Dia mendongak memandang Ais di sebelah.

"Aku sayang kau... Sayang sebagai keluarga...," Gempa memeluk tubuh Ais.

Ais terkaku. Ke... Keluarga...?

"Ais... Jangan ingat kau beban... Kau tak salah... Jangan, Ais. Hati aku sakit tengok kau sedih... Sakit sangat," air mata Gempa mengalir membasahi pipi. Belakang Ais diusapnya dengan penuh kasih sayang.

Ais mengangguk perlahan-lahan. Air mata yang tadi ditahan terjatuh jua. Terjatuh dek kasih sayang yang ditunjukkan oleh Gempa.

Hatinya berdegup dengan kadar luar biasa.

"Gempa... Aku nak kau tau... Aku... Sayang kau... Aku teringin nak ada abang macam kau... Abang yang penyayang... Abang yang memahami... Aku tak pernah rasa disayangi oleh sesiapa sebelum ni... Aku taknak kehilangan kau... Aku taknak kau tinggalkan aku...,"

Kali ini, Gempa terkedu. Dia tidak tahu ingin menjawab apa.

Setelah beberapa minit berlalu, Gempa meleraikan pelukan.

"Aku janji takkan tinggalkan kau. Aku pun taknak kehilangan kau. Mulai sekarang, kita happy je eh?"

Ais mengangguk perlahan. Senyuman mulai mekar di bibirnya. Air mata diseka.

"Oklah, kau pergilah rehat, ye Gempa? Biar aku settlekan hal rumah," ujar Ais.

Gempa akur. Nak buat macam mana, dia pun sudah mengantuk sangat sekarang ni.

"Ada apa-apa, kejut aku," ujar Gempa sebelum berjalan untuk masuk ke dalam bilik dan berehat.

Ais hanya tersenyum manis.

'Kalaulah betul kau abang aku...,'

Senyumannya mula kendur. Ais berjalan dan duduk di ruang tamu.

"Thanks, Gempa. Aku hargai kau,"

-TBC-

Sorry pendek... Author tengah blur ;-;

Hati Seorang Abang ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora