CHAPTER 3

1.4K 150 68
                                    

''Dia takde function pun dalam keluarga ni,''

Kata-kata yang amat menyakitkan bagi sesiapa sahaja apabila dianggap tidak berguna oleh keluarga sendiri.

Sakit.

Ye, itulah yang dirasakan oleh Ais.

Kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Perlahan-lahan, air matanya mengalir membasahi kelopak mata.

"Kenapa?"

"Kenapa aku diperlakukan macam ni?

"Kenapa aku langsung tak disayangi walau sedikit?"

"Kenapa aku dibenci sangat?"

"Kenapa?"

Ais meraup muka. Dia menyembamkan muka di atas kedua tangannya. Dia buntu.

"Hidup aku memang tak berguna. Memang takde function untuk sesiapa. Kerja aku menyusahkan orang je. Baik aku tinggalkan tempat ni. Takkan ada sesiapa yang kisah, kan?"

Kemudian, Ais mengangkat kepalanya. Dia menyeka air mata dengan hujung jari.

"Ye, itulah dia...," Ais tersenyum hambar apabila telah mendapat 'jalan penyelesaian'. Dia tekad. Dia akan tinggalkan rumah puaka ni!

Ais pun pergi ke almarinya untuk mengemas pakaian.

*****

Ais' POV

Usai mengemas pakaian, aku melangkah keluar dari bilik dengan berhati-hati.

Barang yang aku bawa? Heh, aku bawa benda penting je. Benda yang lain tu, biar jelah. Takkan nak angkut semua sekali, kan?

Aku melihat ke kiri dan ke kanan mencari kelibat kembarku yang lain.

Yes! Line clear!

Aku pun berlari perlahan untuk turun ke bawah.

Sesampainya aku di tingkat bawah, seseorang menegurku.

"Hai, Ais. Nak pergi mana?"

Sinis suara itu. Aku tersentak.

End Ais' POV

*****

"Hai, Ais. Nak pergi mana?" Soal Hali, sinis. Perlahan-lahan, dia mendekati Ais.

Ais menoleh perlahan. Dia menelan air liur kesat.

"Ak... Aku tak kemana lah...," bohong Ais. Dia mengukir senyuman palsu.

"Oh, pandai menipu eh, sekarang?" Hali menyeringai seram. Pandangannya seperti mahu menelan Ais hidup-hidup.

Ais menggeleng.

"Aku... Tak tipulah," dia menyorok beg di belakang. Senyuman dilebarkan lagi.

"Cis, tak payah lah nak senyum macam tu. Hodoh aku tengok," ujar Hali dengan nada menyampah. Dia menjeling Ais dari atas ke bawah.

Ais cuma tersenyum hambar. Dia menahan air mata daripada gugur.

"Kau tinggalkan jelah tempat ni kalau kau nak. Kau bukannya sesiapa pun. Cuma kembar yang tak diperlukan langsung, maybe?" Hali cuba menyakitkan hati Ais.

Ais masih lagi mengukir senyuman hambar. Dia mengangguk perlahan.

Tiba-tiba, seseorang menegur mereka berdua.

"Hai Hali! Dan... Kau... Kau buat apa kat sini? Blah ah!" Herdik Taufan. Dia membuat muka meluat apabila ternampak Ais.

Kali ini, Ais betul-betul sedih. Dia tidak mampu mengukir senyuman lagi. Air matanya sudah menitik.

"Baik... Aku akan pergi... Aku akan pergi dari sini macam yang korang mintak... Aku ni tak berguna, kan? Aku bukan sesiapa pun... Aku akan tinggalkan rumah ni...," Ais menggalas begnya sambil berjalan ke pintu utama.

Dia membuka pintu dengan hati yang berat.

"Good bye, siblings,"

Dan dia melangkah keluar meninggalkan Hali dan Taufan yang tergamam...

-TBC-

Maaf kalau tak best dan pendek. Kalau ada kesilapan ejaan atau apa-apa, boleh bagitau(づ ̄ ³ ̄)づ

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now