CHAPTER 24

1.9K 139 51
                                    

"Kenapa jadi macam ni...? Kenapa aku diuji macam ni...?" Rintih Ais. Dia bersandar pada dinding.

Kini, dia menetap semula bersama kembarnya yang lima itu. Mungkin hanya sementara?

Layanan yang diberi oleh mereka berlima sungguh berbeza dengan dulu. Namun, hati Ais sudah tawar. Dia hanya memikirkan tentang Gempa sahaja.

"Bila kau nak sedar, Gempa?"

Langit malam dipandang dengan hati yang bergelora. Tiada apa yang dapat tenangkan hatinya kecuali...

Gempa.

Dia risaukan tentang lelaki itu. Sudah tiga hari selepas peristiwa itu berlaku. Dan tiga hari jugalah, dia tidak boleh tidur. Selera makannya juga turut entah ke mana.

"Aku rindu senyuman kau... Aku rindu pelukan kau...," rintih Ais lagi.

Dia memeluk kedua-dua lututnya. Kemudian, kepala disandarkan pada dinding. Mata dipejam rapat.

*****

"Ais...,"

"Ais...,"

Seseorang mencucuk-cucuk pipi Ais perlahan. Ais membuka matanya dan menoleh ke kanan. Dia tergamam.

"Gem... Gempa...?" Soalnya dengan tidak percaya. Hatinya berdebar-debar.

"Ye, Ais?" Gempa tersenyum manis.

Ais melihat sekeliling. Dia seakan-akan sedang terapung ke udara. Sekelilingnya terang benderang.

"Gempa, kita kat mana?"

"Kita kat alam bawah sedar kau, Ais. Aku datang nak lawat kau," senyuman manis masih menghiasi seraut wajah bersih itu.

Ais segera memeluk tubuh Gempa.

"Kenapa... Kenapa semua ni bukan kenyataan? Aku rindu kau, Gempa," ujar Ais, sayu.

Gempa membalas pelukan Ais. Dia mengelus rambut lelaki itu.

"Ais, aku pun rindu sangat kat kau. Aku rindu adik-adik aku...," lembut sahaja pertuturan Gempa.

"Bila kau nak bangun, Gempa? Aku taknak berpisah lagi dengan kau... Aku tak bersedia lagi untuk terima semua tu...,"

"Perpisahan itu pasti berlaku," senyuman Gempa bertukar menjadi pahit. Hatinya sebak.

Ais tersentak.

"Apa maksud... Kau?" Dia meleraikan pelukan dan memberi sepenuh perhatian kepada Gempa. Air mata Ais sudah bertakung. Tinggal masa untuk gugur sahaja.

"Kematian itu pasti...," balas Gempa, perlahan. Dia mengalihkan pandangan daripada Ais.

Kini, hati Ais benar-benar seperti terkena panahan petir. Bahunya terhincut.

"Kenapa kau cakap macam tu?!" Air mata yang bertakung dari tadi sudah jatuh. Dia meraup wajah.

"Shhh... Sabar Ais. Jangan menangis... Akukan ada dengan kau sekarang?" Pujuk Gempa. Dia menarik Ais di dalam dakapan. Belakang lelaki itu dibelai dengan penuh kasih sayang.

"G... Gempa... Ak... Aku taknak kehilangan kau... Tolong... Jangan pergi dari aku... Aku lemah, Gempa... Ka... Kalau kau takde, siapa nak bagi aku semangat? Siapa nak gembirakan aku? Siapa nak dengar segala masalah aku...?"

"Kau ada yang lain, Ais. Kau ada Hali, Taufan, Blaze, Thorn dan Solar. Kau ada mereka untuk jadikan pengganti aku. Kau pun salah seorang adik-beradik elemental, kan?"

"Ma... Macam mana pun diorang... Diorang tak boleh ganti kau... Segala kasih sayang yang kau curahkan, segala pengorbanan kau, tak boleh diganti... Sebab... Kau satu-satunya abang yang faham aku... Kau satu-satunya abang yang menyayangi aku... Apa yang ada kat kau... Takde kat diorang...," luah Ais. Dia menatap Gempa dengan hati yang penuh sakit. Segala memori dia dengan Gempa, bermain di kepalanya.

Gempa menggeleng perlahan. Dia juga tidak mahu kehilangan adik-adiknya, walaupun sering dibenci.

"Ais, kalau kau rindu aku, pejam mata, letakkan tangan kat dada. Ingatlah yang aku sentiasa ada untuk beri kau semangat. Walaupun aku dah takde nanti... Hubungan adik-beradik takkan pernah terputus sesenang benang halus. Kau adik aku, Ais. Aku sentiasa sokong kau... Kau tak lemah, Ais. Kau kuat. Kau kuat... Kau mampu harungi semuanya tanpa aku. Aku yakin," air mata Gempa turut gugur.

Ais tersedu-sedan.

"Selamat tinggal, Ais. Jaga diri, jaga yang lain. Jangan selalu bersedih, ye?"

Bayangan Gempa semakin menjauh. Senyuman tawar diukir. Dia melambai kepada Ais.

"Gempa... Gempa...!" Ais mahu mengejar Gempa. Namun, badannya ditarik seseorang.

"Gempa...!"

*****

Ais terbangun. Dia merasakan badannya dipeluk seseorang. Hatinya sudah sesak.

"Abang Ais okey?" Kelihatan Thorn memeluk Ais dengan mata yang dibulatkan.

Ais menggeleng. Dia menolak tubuh Thorn dan segera menjauhkan diri. Ais duduk membelakangi Thorn. Lututnya dipeluk erat. Dia mahukan masa untuk bersendirian...

"Abang Ais marah lagi ke?" Tanya Thorn, sedih. Dia memandang Ais.

Suasana sunyi.

Ais langsung tidak memberi respon.

Thorn menghela nafas.

"Thorn minta maaf... Thorn tau ni semua salah Thorn... Abang Ais janganlah menangis lagi... Kalau abang Gempa tau, mesti dia pun sedih," pujuk Thorn. Wajahnya kelihatan serba salah.

Ais masih senyap. Dia tidak mahu membuka mulut.

"Abang Ais... Tolong maafkan Thorn... Thorn tak nak tengok abang Ais sedih...," rayu Thorn. Thorn menangis kerana berasa terlalu bersalah.

Ais mengeluh.

"Keluarlah, Thorn... Aku dah tawar hati. Bagi aku masa untuk tenangkan diri," jawab Ais, lemah.

Thorn memandang ke arah pintu. Kelihatan kelibat Taufan dan Blaze yang memerhati dari tadi. Mereka berdua mengangguk.

Thorn mengeluh panjang. Dia turut mengangguk faham.

"Okeylah kalau macam tu. Tapi jangan sampai tak makan dan tidur ye," pesan Thorn. Dia berjalan keluar dari bilik Ais. Pintu ditutup untuk memberi Ais ruang untuk bersendirian.

Ais memandang pintu itu.

"Kau kuat, Ais,"

Aku... Tak kuat...

*****

"Macam mana dengan Ais?" Tanya Hali. Bukan selalu dia caring kat orang :v

"Failed," balas Taufan, ringkas.

Blaze mengeluh berat.

"Waktu diorang ada, kita tak hargai... Malah kita seksa... Adik apa kita ni? Abang apa kita ni?" Blaze meraup mukanya. Rambut ditolak ke belakang.

"Aku harap Gempa akan sedar...,"

-TBC-

Wargh~ Rasanya lagi berapa chapter je :') Maaf kalau ada ayat berulang, berbelit, berliku, terbalik dan sebagainya :') Maaf juga kalau ada kesilapan ejaan

Huhuhu... Bila baca balik, ayat-ayat yang saya guna lawaklah :v Macam keanak-anakan 😂 Okeyh, see you later 😝😘

Hati Seorang Abang ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ