CHAPTER 11

1.3K 144 54
                                    

Gempa's POV

Aku bangkit dari katil dan menapak perlahan ke arah sebuah almari. Aku membuka salah satu laci almari tersebut dan mencari sesuatu yang sudah lama aku tidak pakai.

Sesuatu yang mengingatkan aku kepada memori lama...

Sesuatu yang membuat hati aku terpaut kepada keluarga aku...

Huh...

Selepas menyelongkar laci itu, akhirnya aku jumpa benda yang dicari.

Topi berwarna coklat berlogo tanah itu direnungku lama. Segala kenangan lama mula bermain di fikiranku.

Patut ke aku pakai topi ni?
Patut ke?
Aku...
Tak bersedia...
Aku taknak...
Fikiran aku mula ingat mereka...

Aku menghela nafas panjang. Nak buat macam mana...

Walaupun aku dah tak pakai, aku tak sanggup nak buang...
Aku sayang sangat topi ni...
Sebab...
Topi ni...
Melambangkan aku sebagai seorang abang...
Abang kepada enam adik-adik.

Adik-adik?

Huh... Sudahlah, Gempa... Diorang dah buang kau dari keluarga. Diorang tak anggap kau macam abang pun. Aku ni orang asing je...

Sedang fikiranku mengingati adik-adikku, aku mula teringat seseorang.

"Ais... Kalaulah kau tau aku abang kau... Apa reaksi kau?"

Senyuman tawar menghiasi bibirku. Kemudian, nafas dihela berat.

Aku berjalan perlahan menuju ke arah meja cermin.

Topi itu disarung ke kepala. Aku menatap pantulan wajahku pada permukaan cermin.

Gempa...

Mata dipejam rapat. Tanganku diletakkan pada dada.

Degupan ni...

Air mata aku mengalir perlahan.

Sungguh, aku rindu mereka...

Aku nak duduk dengan mereka...

Tapi, apakan daya? Aku ni tak diterima oleh mereka.

Takpelah, sekurang-kurangnya aku masih ada Ais. Aku akan cuba curahkan kasih sayang kepada dia dan tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang abang.

Ais masih adik aku. Aku masih ingat, sewaktu kecil, hanya Ais yang baik denganku. Hanya dia yang rapat dengan aku.

Sehingga...

Dia sanggup gadai nyawa dia demi aku.

Aku sedar, semua masalah memang berpunca dari aku. Kalau aku berhati-hati semasa melintas dulu, Ais tidak akan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. Mesti dia akan ingat aku.

Hurm, mesti ada hikmah di sebalik semua ni.

Aku menyeka air mata.

"Aku janji, Ais. Apa pun yang berlaku, aku takkan tinggalkan kau. Kecuali...,"

"Kematian,"

Aku pun berlalu pergi keluar dari bilik untuk masak makanan tengah hari buat santapan kami berdua.

End Gempa's POV

*****

Ais hanya merenung hairan melihat Gempa yang sedang menyusun pinggan dan mangkuk. Bukan lelaki itu yang dia hairankan, tetapi topi yang berada di atas kepalanya.

Gempa yang menyedari hanya tersenyum. Dia faham renungan lelaki itu.

"Makanlah, Ais," pelawa Gempa.

Ais masih tergamam.

"Gempa... Mana... Kau dapat topi tu?" Dia menuding ke arah topi Gempa.

Bibir Gempa masih tidak lekang dengan senyuman.

"Mari makan, ye?"

Ais mencebik. Gempa seakan-akan mengubah topik perbualan.

"Mana kau dapat topi tu? Kenapa topi kau macam...,"

Belum sempat Ais menghabiskan kata-katanya, Gempa segera memotong.

"Sejuk lauk nanti. Aku nak masuk bilik dulu ye? Nanti aku keluar balik," Gempa segera melarikan diri ke dalam bilik.

'Kenapa dengan dia tu?'

Hati Ais mula memberontak. Dia menghela nafas.

"Kenapa aku tiba-tiba pening bila tengok Gempa pakai topi tu...?" Dia meraup wajah.

Abaikan jelah, Ais. Abaikan...

*****

Gempa's POV

Aku harap Ais tak fikir sangat...

Kenapa hati aku...

Berat sangat nak tanggalkan topi ni?

Ergh! Aku dah mula melekat dengan memori lama! Aku nak cuba lupakan...

Tapi, macam mana?

End Gempa's POV

-TBC-

Terima kasih para reader sebab always support saya!

Maaf kalau ada kesalahan ejaan atau apa-apa ralat! Sepatutnya, saya publish semalam, tapi internet buat hal QAQ *Pukul internet pakai rotan*

Saya...

Terharu! QAQ

I feel better now UwU

Tata~! >w<


Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now