CHAPTER 22

1.6K 134 107
                                    

"Ergh... Kepala aku...," Gempa bangun dari tidur. Kepalanya pening.

"Eh? Eh? Aku kat mana ni?" Soalnya sendirian. Kini, dia bukan lagi di dalam bilik. Bukan juga di atas tilam katil yang empuk.

Dia melihat sekeliling, dan dia tergamam.

'Ke... Kenapa... Ada diorang...?' desis hatinya.

Bukan hanya ada dia dan Ais, malah turut ada yang lain!

"Aduh... Aku kat mana ni...?" Solar bangun. Dia memangku kepalanya yang pening.

"Korang... Bangun...," Solar mengejutkan abang-abangnya yang lain.

Dari gerak tubuh Solar, lelaki itu seakan-akan tidak perasan akan Gempa dan Ais.

"Ergh... Apa kita buat kat tempat ni...?" Hali mengerutkan dahi. Matanya melihat sekeliling dan pandangannya tertancap pada Gempa dan Ais.

"Korang...? Apa korang buat kat sini?" Iris mata merah rubynya mula mengecil.

"Gempa? Ais?" Ujar Taufan dan Blaze, serentak.

Gempa mula berpeluh. Suasana kembali hening.

"Korang ke bawak kitorang datang sini?" Soal Solar, dingin. Dia menatap Gempa dengan tatapan maut.

Gempa hanya senyap, tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

Ais yang baru sedar, terpinga-pinga. Wajahnya memucat. Perasaan takut mula menyelubunginya.

"Hai Ais. Lama tak jumpa," leret Blaze, sinis. Dia menyeringai lebar ke arah Ais.

Ais meneguk air liur kesat. Blaze berjalan mengelilinginya.

Gempa menarik Ais ke belakangnya. Wajahnya serius

"Jangan kau apa-apakan Ais,"

"Heh, nak berlagak hero konon,"

"Ceh, macamlah kuat sangat,"

Bermacam-macam hinaan dilemparkan kepada Gempa. Gempa hanya mampu senyap.

"Cis, dah ada kat sini pun nak bergaduh lagi?" Kedengaran satu suara yang garau, sinis. Ketujuh-tujuh elemental mengalihkan pandangan.

"Aku yang bawa korang ke sini," muncul seorang lelaki yang berpakaian tertutup melindungi wajahnya.

"Kau! Kau siapa hah?! Apa tujuan kau bawa kitorang ke sini?!" Herdik Hali. Tangannya sudah bersedia mengeluarkan pedang halilintar.

"Aku? Muahahahaha! Akulah, Bakuga! Aku ada urusan yang perlu diselesaikan...," lelaki itu atau namanya Bakuga, membuka kain yang menyelubunginya. Misainya seperti Mister Potato, keningnya lebat seperti ayam Blaze...

Blaze : Oi oi. Ayam aku jangan main eh 😑
Author : Opps😂

"Apa urusan kau? Urusan kau, bukan urusan kami, kan? So buat apa bawak kami ke sini?" Soal Ais dengan nada yang tenang. Matanya redup.

Gempa mengecilkan matanya. Lelaki itu seakan-akan menyorokkan sesuatu di belakangnya.

"Koranglah urusan aku!"

Bang!

Satu das tembakan daripada senapang yang disorok Bakuga tadi, dilepaskan. Para elemental terkejut. Nasib baik mereka sempat mengelak.

"Cis, ini dah melampau!" Mata Blaze mula berapi. Peluru tadi hampir sahaja mengenai dia

"Mari kita lawan, Bakuga!" Jerit Hali. Dia sudah mengeluarkan pedangnya.

Bakuga tersenyum sinis. Dia mengarahkan senapang tersebut ke arah Thorn.

Bang! Bang!

"Thorn! Elak!" Teriak Gempa. Thorn yang terkejut, segera menunduk.

"Korang! Hati-hat...," belum sempat Gempa menghabiskan kata-katanya, seseorang menekup mulutnya dari belakang.

"Humm! Humm!" Rontanya. Tiba-tiba, rusuknya ditekan kuat dari belakang. Gempa pengsan tidak sedarkan diri.

*****

Setelah hampir sejam Gempa pengsan...

"Ergh... Aduh... Sakit tulang aku...," Gempa sedar dari pengsan. Dia menggeliat kecil.

Gempa mendongak. Matanya terbuntang. Keenam-enam adiknya sudah bergelimpangan di atas tanah. Air mata Gempa mula bertakung.

"Eh, Gempa? Kau dah sedar? Penat aku tunggu," suara seseorang menarik perhatian Gempa.

"Kau! Apa kau dah buat kat adik-adik aku?!" Gempa bangkit. Wajahnya cukup serius.

"Muahahahaha! Adik-adik kau? Adik-adik? Diorang tak pernah anggap kau abang pun, Gempa! Ada hati nak panggil diorang adik-adik?" Sinis Bakuga. Dia masih setia dengan senapangnya.

"Aku tak kesah! Macam mana pun diorang benci aku, macam mana pun diorang tak suka aku, aku ni tetap sayang diorang! Diorang tetap adik-adik aku!" Hati Gempa mula menggelegak. Kau boleh main dengan aku! Tapi bukan adik-adik aku!

"G... Gempa... Pergi dari sini...," ujar Ais, lemah meminta Gempa pergi dari situ.

"Tak, Ais. Tak! Aku tak akan pergi... Aku tak akan pergi tanpa korang...,"

"Gempa...,"

"Heh! Cukup berdrama tu! Aku nak kau tengok, apa itu erti pergi...," senapang diacukan kepada keenam-enam elemental.

BANG! BANG! BANG!

Tiga das tembakan dilepaskan. Mereka berenam terkaku dan tidak mampu berbuat apa-apa, redha dengan apa yang akan berlaku.

"JANGAN!"

"ARGH!"

"GEMPA!"

-TBC-

Maaf, semua! Author tau bab ni macam apa😭😭😭 Author nak habiskan cerita ni esok... Sikit lagi cerita ni akan berakhir😭 Huwarghhh part paling BOSAN SAYA PERNAH BUAT! Nanti ada masa saya edit... Hiks... Depress sikit sebenarnya... Ada typo, bagitau ye

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now