CHAPTER 16

1.3K 133 55
                                    

Gempa mengesat matanya. Dia menggeliat kecil.

"Eh, Ais? Kau dah bangun ye," senyuman diukir di bibir. Namun apabila melihat reaksi Ais, senyuman itu mula kendur.

"Kenapa... Kau macam tak selesa je ni?" Tanya Gempa. Dahinya berkerut hairan.

Ais tunduk. Dia menarik nafas panjang.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku tau kebenaran.

"Gempa, tolong... Ceritakan semuanya...,"

Gempa semakin hairan. Ada benda tak kena ke?

"Ceritakan siapa kau yang sebenarnya...," Ais menahan sebak. Mata dipejam rapat. Wajahnya diraup.

"Eh... Eh? Maksud kau?" Gempa mula berdebar-debar. Adakah Ais sudah sedar?

"Please, Gempa... Aku nak tau... Aku nak tau kebenaran, Gempa. Tolong...," rayu Ais, lirih suaranya.

Gempa menghela nafas berat. Dia memandang ke arah Ais. Bahu Ais dirangkul.

"Kau yakin?"

Ais mengangguk. Dia masih menunduk, wajahnya muram.

"Baiklah, Ais. Kalau tu yang buat kau tenang. Aku akan ceritakan semuanya,"

Meskipun Gempa berat hati, tetapi mungkin itu yang terbaik. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ais ingat semula segala-galanya.

Ais setia memasang telinga. Dia memberi 100% perhatian kepada Gempa untuk bercerita.

Gempa mengambil nafas sebelum memulakan mukadimah. :v

"Sebenarnya Ais...,"

*****

Ais' POV

Aku terkelu. Mataku terbuntang luas.

Betul ke semua ni...

Betul ke?!

"Gempa... Be... Betul ke semua ni...," Air mataku bertakung. Sebak di dada, aku tahan.

"Betul, Ais," jawab Gempa, perlahan. Dia mengelus tepi rambut aku.

Aku sudah tidak terkata. Air mata aku tumpah.

Bukan air mata kesedihan...

Bukan juga air mata akibat kesakitan...

"Gempa... Macam mana...?" Aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku. Tubuh Gempa, aku peluk erat.

Benarlah, Gempa jawapan segala persoalanku selama ini.

"Aku... Aku gembira... Sebab dapat jumpa kau... Aku tak sangka... Orang yang selama ni duduk dengan aku... Jaga aku... Fahami apa yang aku rasa... Adalah kau... Kau abang aku yang hilang...," aku menangis dalam dakapan Gempa.

Aku dapat merasakan Gempa membelai belakang tubuh aku lembut.

"Aku tau, Ais... Aku pun tak sangka dapat jumpa kau... Aku dari mula dah agak yang kau adalah adik aku... Bila aku tengok kau, aku teringat kat diorang semua. Aku rindu adik-adik aku, Ais. Termasuk kau... Aku rindu kau sangat-sangat...," suara Gempa bergetar di hujung ayat.

Aku hanya diam. Sedikit sebanyak, hati aku gembira kerana dapat tahu kesemuanya.

Selepas beberapa minit, pelukan dileraikan. Gempa menyeka air mata aku.

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now