CHAPTER 15

1.2K 131 55
                                    

"Ais... Bangunlah...,"

"Hiks... Ais... Jangan tinggalkan Thorn...,"

"Weh, bangun weh!"

"Kenapa kau selamatkan Gempa, weh? Dia yang sepatutnya kena langgar! Bukan kau...,"

"Kau bangun, please... Kami taknak kehilangan kau...,"

Kedengaran beberapa suara yang sedang mendayu dan sayu.

Ais mengerutkan dahi hairan.

Dari mana datangnya suara-suara tu? Fikirnya.

Tiba-tiba, pandangan Ais kabur. Dia menggosok-gosok matanya sebelum buka semula.

Kelihatan 5 orang lelaki yang sedang menangis di sebelah katil seorang lelaki lagi yang terbaring lemah dan pucat mukanya.

Ais cuba menajamkan penglihatan dan pendengaran.

"Ni semua salah kau, Gempa,"

"Jangan tinggalkan aku seorangan...,"

"Kami benci kau,"

"Kau bukan lagi abang kami,"

"Hiks... Aku tak tau semua benda ni akan terjadi,"

"Blah la kau!"

Seorang lelaki berpakaian serba merah dan hitam menolak lelaki bertopi coklat yang posisinya ke belakang hingga terjatuh.

"Maafkan aku, please?"

"Kami takkan sekali-kali akan maafkan kau!"

Lelaki itu diseksa dengan teruk.

Dihina, dipijak dan ditendang.

Ais mahu menghalang tetapi tubuhnya terkaku. 

Air matanya bertakung tatkala melihat semua itu. Dia teringat kembar elementalnya yang lain. Hati Ais mula sebak. Nasib lelaki itu sama dengan nasibnya dulu...

"Ais, aku minta maaf... Disebabkan aku, kau dah terlibat kemalangan. Aku rasa ni kali terakhir kita jumpa. Kalau kau bangun nanti, jangan cari aku, ye? Aku takkan ada lagi. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab layan aku dengan baik. Aku harap kita dapat jumpa lagi. Aku sayang kau," lelaki itu mengusap wajah tenang lelaki yang terbaring lemah itu.

"Ais,"

Ais menoleh. Satu susuk tubuh yang amat dikenalinya tersenyum hambar sambil memandangnya.

"Gem... Gempa?"

"Kalau kau nak tau, kaulah yang tengah terbaring lemah tu," bayangan Gempa memegang bahu Ais.

"Tu... Aku? Kenapa dengan aku? Apa dah jadi? Kenapa aku tak ingat apa-apa?" Soalan bertubi-tubi dilontarkan kepada Gempa.

Gempa menggeleng perlahan sebelum mengelus lembut pipi Ais.

"Aku nak kau terus tengok apa yang tersiar. Itu semua adalah masa silam kita,"

"Kita?" Ais mengangkat kening.

"Tengok jelah, Ais. Aku pasti kau akan faham nanti. Aku pergi dulu, ye? Selamat tinggal, Ais,"

Serta-merta, bayangan Gempa sudah hilang. Ais terkedu.

"Selamat... Tinggal...?"

"Kau nak pergi mana, Gempa?"

*****

"Korang... Cukup... Aku sakit...," satu suara lemah kedengaran di telinga Ais. Ais menyaksikan segala yang tersiar di hadapannya.

"Kau sakit, Ais? Kau sakit ye? Alololo manjanya kau. Kau sakit sangat ke?" Ujar seorang lelaki berbaju merah terang tanpa lengan dengan nada mengejek.

"Tolonglah... Berhenti... Aku dah penat...," lirih suara lelaki itu memohon empati.

"Kau penat? Penat apa? Apa je yang kau dah buat?" Sindir pula seorang lelaki yang membetulkan kaca matanya dengan gaya yang agak 'cool'.

"Stop it...,"

Ais tergamam tatkala melihat semua itu. Ye, itu adalah paparan dia diseksa oleh adik-beradiknya dulu.

"Ais,"

Ais menoleh kembali. Kali ini, kelibat Taufan menghampirinya.

Ais meneguk air liur. Dia mengundur ke belakang setapak demi setapak.

"K... Kau...?"

"Ye, Ais? Kenapa? Rindu aku ke?" Taufan menyeringai lebar. Seringai yang penuh dengan keseraman. :v

"Kau nak b... Buat apa...?" Muka Ais mula pucat. Dadanya berdebar-debar.

"Kau... Milik... Kami...,"

*****

Ais terbangun. Dadanya berombak kencang. Bajunya sudah basah bermandikan peluh. Dia melihat sekeliling, tidak sangka yang dia tertidur semasa mengurut kepala tadi.

"Gempa?" Gumam Ais.

Gempa sedang terlena di sebelahnya. Ais tidak berani mahu bergerak banyak kerana takut pergerakannya akan mengganggu tidur Gempa. Jadi, dia hanya kaku.

'Apa maksud Taufan yang aku milik diorang? Kenapa aku mimpi macam tu? Betul ke tu imbasan hidup aku? Kenapa aku tak ingat apa-apa? Apa motif semua ni?' Bertubi-tubi soalan menghentak dinding fikirannya. Mimpi tadi masih tidak lengkap!

"Dan kau siapa, Gempa?"

-TBC-

Maaf kalau pendek dan ayat berbelit. Saya pun tak tau apa saya type 😅😂

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now