CHAPTER 12

1.2K 141 27
                                    

"Ais! Aku keluar jap! Kau nak ikut tak?" Teriak Gempa, takut-takut kalau Ais tidak mendengar.

Ais yang sedang mengurut kepalanya yang pening, segera menjawab.

"Okey, Gempa! Kau pergilah! Aku sakit kepala ni," balas Ais. Dia berbaring lemah di atas katil.

"Pening? Kau okey tak? Nak pergi klinik? Pening sangat ke? Macam mana rasa dia?" Tanya Gempa bertalu-talu. Dia membuka pintu bilik Ais.

"Aku okeylah, Gempa. Takpe, sikit je ni. Kau pergilah, eh? Biar aku jaga rumah," Ais mengukir senyuman manis. Dia memandang Gempa.

'Dia pakai topi tu lagi... Ergh! Kenapa kepala aku semakin berdenyut-denyut ni?!' Desis hati Ais. Dahinya berkerut menahan pening.

"Hmm... Okeylah, nanti aku balik. Kalau sakit sangat, kau rehat jelah, ye? Ubat ada kat laci sana tu,"

"Baik, Gempa," jawab Ais, ringkas.

Gempa berlalu pergi. Dia mengunci pintu sebelum keluar dari rumah. Dadanya berdebar-debar.

Ais... Dah nak dapat ingatan dia ke?

*****

Ais mengetap gigi menahan pening yang menguasai kepala.

"Kenapa aku rasa pelik dengan Gempa? Like something wrong with him," dia berteka-teki.

Disebabkan kepalanya begitu sakit, Ais gagahkan juga diri untuk mengambil ubat. Dia bingkas bangun dari katil.

"Ergh... Sa... Sakit...,"

Tanpa disangka, dia terjatuh rebah. Ais pengsan dan tidak sedarkan diri...

*****

Ais' POV

Aku membuka mata. Kepalaku yang masih sakit, aku pangku.

Huh? Aku kat mana ni? Kenapa semuanya gelap?

Mataku melilau melihat sekeliling mencari apa-apa cahaya. Aku memeluk tubuh.

"Ais...,"

"Jangan sesekali tinggalkan dia...,"

"Dia abang kau, Ais...,"

Banyak bisikan menyapa gegendang telingaku.

Aku menelan air liur kesat dan menggigit hujung bibir.

"Si... Siapa kau...?" Aku menggeletar. Sakit di kepala sudah tidak dikisahkan lagi.

"Jangan tinggalkan dia...,"

Tiba-tiba, muncul satu cahaya di hadapanku. Aku segera berlari-lari ke arah cahaya tersebut.

"Ais... Jangan tinggalkan dia...,"

"Dia, abang kau...,"

"Siapa...? Siapa...?" Soalku lebih kepada gumam.

Dan, muncul 7 cahaya dengan warna dan sinar yang berbeza.

"Apabila tujuh elemental bersatu, wujud lah satu perkataan yang dinamakan kebahagiaan. Semuanya masing-masing saling melengkapi. Menerima kelebihan dan kekurangan. Namun apabila pisah dua, maka tidak lengkaplah ia. Dua kekosongan masih tidak terisi," kata suara itu.

Aku menggaru kepala tanda tidak faham. Bibirku dikemam.

"Err... Maksud?" Tanya Ais meminta penjelasan.

"Perhatikan cahaya-cahaya itu, Ais," arah suara itu.

Ais hanya menurut. Dia melihat ketujuh-tujuh cahaya itu.

"Di sini ada tujuh cahaya yang berbeza warna dan bentuk. Ianya melambangkan tujuh elemen yang berbeza. Setiap satu sangatlah penting kepada yang lain,"

Aku akhirnya mengangguk faham. Tapi, apa kaitan dengan aku?

"Jadi... Kaitan...?" Aku cuba beranikan diri untuk bertanya.

Suara itu senyap. Aku menelan air liur. Dia... Marah ke?

Aku masih memerhatikan satu-satu cahaya itu. Dan... Aku tersedar sesuatu...

Ni bukan logo aku ke...?

Mataku terbuntang. Kini aku sudah faham.

Yang berbentuk petir ialah Halilintar, angin ialah Taufan, api ialah Blaze, Daun ialah Thorn, cahaya ialah Solar, ais ialah aku. Tapi... Yang satu lagi tu apa?

Aku menajamkan mata.

"Sekarang kau dah faham, Ais?"

Aku mengangguk.

"Tapi, kenapa logo ni semua macam ada kaitan dengan aku dan adik-beradik aku?"

"Logo-logo tu memang berkaitan dengan adik-beradik kau," jawab suara itu.

Aku mengerutkan dahi kehairanan.

"Tapi, kesemua adik-beradik aku ada enam orang je termasuk aku. Mana datang lagi satu?"

"Tidak, Ais. Kesemua adik-beradik elemental adalah tujuh orang. Kau terlupa seseorang, Ais?" Tanya suara itu. Dia seakan-akan mengeluh.

"Si... Siapa...?"

Tiba-tiba, semua cahaya itu hilang. Kini, sekeliling aku kembali menjadi gelap.

"Carilah dia, Ais. Salah seorang abang kau telah melarikan diri akibat dihalau sewaktu kau kecil. Carilah dia. Carilah dia," arah suara itu.

Aku tergamam. Kenapa aku tak ingat apa-apa?!

Aku mengeluh. Air mata aku menitik setitik demi setitik.

"Si... Siapa...? Kenap... Kenapa aku tak ingat apa-apa...?"

"Tenang, Ais. Kau pasti akan dapat jawapan nanti...,"

Keadaan kembali menjadi sunyi. Hanya kedengaran suara esakan aku bergema di segenap ruang.

Aku menangis bukan kerana takut. Bukan kerana gementar.

Tapi...

Buntu.

Yeah, buntu.

Siapa seorang lagi?

End Ais' POV

*****

Selang beberapa minit, Ais masih tidak berhenti menangis. Dia meraup wajah.

"Ais... Jangan menangis... Akukan ada dengan kau?"

Sayup-sayup kedengaran satu suara berbisik. Ais mendongak. Dia segera menyeka air mata.

"Siapa kau?" Tanya Ais, lemah. Tekaknya sudah berasa kering.

"Ais kuat. Pasti dapat temui jawapannya. Berusaha, Ais. Ais kuat...,"

'Aku tak kuat... Aku tak kuat... Aku lemah...,' bisik Ais di dalam hati.

"Ais kuat... Aku akan sentiasa jaga kau. Berusaha, Ais," suara itu tidak henti-henti mahu menyuntik semangat dalam hati Ais.

"Aku lemah... Tolong... Aku lemah...," ujar Ais, lesu. Kepalanya sudah kembali berdenyut-denyut.

"Ais, mari sini. Jangan bersedih lagi. Hati aku sakit, tau?" Seseorang memeluk tubuh Ais. Lembut sahaja suaranya berbisik.

Ais tergamam.

"Gempa...,"

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now