CHAPTER 25

2.2K 138 53
                                    

Dua bulan kemudian...

"Gempa... Bangunlah...," Ais menangis di sisi katil Gempa. Perasaan sedih dan sayu melihat abangnya itu masih tidak hilang walaupun sudah 2 bulan berlalu.

Selama 2 bulan juga, hidup Ais seperti tidak terurus. Dia selalu berkurung dan termenung sendiri. Kelima-lima elemental yang lain cuba untuk menghiburkan Ais. Namun, Ais tetap tidak berubah. Sungguh susah untuk dia mengukir segaris senyuman.

Wajah pucat dan lemah Gempa dielus lembut. Sungguh, dia rindu senyuman manis lelaki itu.

"Gempa... Bila kau nak bangun...? Doktor kata, kemungkinan kau akan sedar lepas sebulan... Sekarang dah dua bulan, Gempa. Kau memang nak tinggalkan aku ke?" dia menggenggam erat tangan Gempa. Suaranya kedengaran sayu dan serak. Dia taknak berpisah dengan Gempa buat kali kedua atau lebih menyakitkan, kali terakhir.

Flashback sebulan lepas...

"Nampaknya, sudah sebulan Gempa masih tidak sedar. Seperti yang saya kata, saya terpaksa buka tiub oksigen dia. Hidup dan mati dia bergantung kalau dia sedar ataupun tidak," ujar doktor itu dengan tenang.

Ais mengangkat wajah.

"Doktor, tolong bagi peluang kepada dia... Mungkin dia akan bangun tak lama lagi? Tolong jangan buka tiub oksigen tu...," rayu Ais. Dia tersedu-sedan.

Doktor yang merawat Gempa menggeleng.

"Maafkan saya. Gempa dah kehilangan terlalu banyak darah semasa pembedahan...," belum sempat doktor menghabiskan kata-katanya, Ais segera memotong.

"Saya sanggup dermakan darah saya. Walhal kalau dia perlukan jantung, saya sanggup derma...," kata Ais. Benar, dia sanggup demi kehidupan Gempa...

"Hm... Baiklah, saya akan beri peluang lagi sebulan untuk dia sedar...," doktor tersenyum manis. Dia nampak ketulusan Ais. Dia nampak betapa pentingnya Gempa pada mereka.

Yang lain sudah tersenyum tawar. Mereka mengangguk perlahan.

"Terima kasih,"

End Flashback...

Taufan, Blaze, Hali, Solar dan Thorn yang memerhati dari tadi turut menahan sebak. Mereka turut menantikan Gempa untuk bangun dari tidur yang panjang itu.

"Aku macam pernah nampak situasi ni...," gumam Blaze.

"Ye... Sama macam situasi Ais kemalangan beberapa tahun dulu," ujar Taufan dengan nada perlahan.

"Thorn rasa bersalah dengan Abang Gempa...," kedengaran sayu suara Thorn.

Solar dan Hali hanya senyap. Mereka setia memerhati Ais.

Sungguh-sungguh Ais mahu Gempa bangun. Mereka nampak betapa sayangnya Ais pada lelaki itu.

"Gempa... Bangun... Aku... Aku tak nak kehilangan kau...," Ais menangis teresak-esak. Tangan kanannya masih setia menggenggam tangan Gempa.

"A... Aku pun... Tak... Nak kehilangan korang...,"

Semua orang mengangkat wajah. Suara itu macam suara...

Gempa?!

Kelihatan Gempa sudah sedar. Dia tersenyum tawar. Wajahnya nampak pucat dan lemah.

"Gem... Gempa... Kau...," kata-kata Ais terhenti. Dia tidak mampu meneruskan bicara. Air matanya mengalir semakin laju.

"Gempa... Aku rindu kau...,"

"Jangan menangis... Ais... Ha... Hati aku sak... Sakit... Bi... Bila tengok kau menangis," tangannya menyeka air mata Ais, lembut. Suaranya kedengaran begitu serak.

Ais tersedu-sedan. Perasaannya bercampur baur. Gembira dan sedih.

"G... Gempa...," Taufan mula bersuara, mewakili kelima-lima elemental.

Gempa mengalihkan pandangan kepada mereka.

Senyuman cuba diukir walaupun susah.

"Gempa... Kitorang...," ucapan Taufan terhenti. Air matanya bergenang.

"Kitaorang minta maaf, Gempa...," sambung Taufan, lirih. Dia meraup wajah. Barulah dia tahu, betapa sakitnya hidup tanpa Gempa di sisi. Mereka berasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga.

"Ma... Mari... Sini...," panggil Gempa.

Hali, Solar, Taufan, Blaze dan Thorn berpandangan sebelum masing-masing akur dan berjalan ke arah Gempa.

"Aku... T... Tak pernah ben... Benci korang... Ak... Aku... Dah... Lama maaf... Kan... Korang...," ujar Gempa perlahan, tersekat-sekat. Nafasnya masih tidak stabil.

"Gempa...," semua di situ tergamam. Perasaan bersalah semakin membukit di hati. Sungguh murni hati Gempa, terlalu mudah untuk memaafkan orang yang telah menyakitinya daripada kecil.

"Gempa... Kitorang taknak hilang kau...," tangis Blaze. Dia memeluk tubuh Gempa.

"Thorn rindu Abang Gempa. Thorn sayang Abang Gempa... Sayang sangat-sangat,"

Gempa tersenyum.

"Gem... Gempa... Pun... Say... Sayang korang...,"

"Terima kasih sebab... Sanggup korbankan nyawa kau untuk kitorang," kata Hali sambil memandang tempat lain. Malulah tu :v

"Terima kasih juga sebab tak pernah benci kami...," ujar Solar.

"Demi ko... Korang... Ak... Aku tak kisah...,"

Semua di situ mula mengukir senyuman gembira. Ketiadaan Gempa telah memberi pelbagai pengajaran buat kelima-lima elemental. Ais yang selama ini kemurungan, sudah mampu bergelak ketawa.

"We love you, abang...,"

-The End-

Yezza! Ready for epilogue? Muahahahahah! Macam yang semua minta, happy ending! Saya dah fikir ending dia sebelum publish cerita ni lagi 😝

Kat epilogue nanti, korang akan tahu apa jadi kat Bakuga tu. Okey tak tau nak cakap apa dah. Segala kesalahan mohon dimaafkan! Babai! ✌️😂

(Author tengah speechless)

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now