CHAPTER 8

1.4K 158 88
                                    

"Ais,"

"Ais,"

Ais' POV

Sayup-sayup kedengaran seseorang memanggil namaku.

Aku membuka mata perlahan-lahan dan menajamkan pendengaran.

"Hiks... Hiks...,"

Aku terdengar bunyi esakkan seseorang.  Makin lama, bunyi itu semakin dekat.

Aku bangkit dari pembaringan dan menggosok mata. Keadaan sangat kelam dan gelap.

Aku meraba-raba sekeliling.

Sekejap...

Aku tengah duduk...

...

Atas rumput ke ni?!

Arghhh! Sape pulak humban aku kat luar tengah malam ni?!

Aku cuba mengabaikan pelbagai persoalan yang mengasak minda.

Mataku secara tidak sengaja tertangkap suatu susuk tubuh seseorang yang sedang membelakangiku. Pandanganku masih samar-samar.

"Hello? Kau siapa?" Aku cuba memberanikan diri bertanya padanya.

Sunyi.

Tiba-tiba, bulu romaku meremang. Suasana begitu sejuk. Aku mula tidak sedap hati.

"Ais... Jangan tinggalkan dia...," sayup-sayup kedengaran satu suara berbisik ke telingaku.

Air liur ditelan kesat.

"Jangan tinggalkan dia...? Tinggalkan... Siapa...?" Aku memeluk tubuh akibat kesejukan dan ketakutan.

"Jangan tinggalkan dia...,"

Bisik suara itu lagi.

Heisy, sape pulak yang main bisik-bisik ni? Aku tembak ngan meriam pembeku kang baru tau, desis hatiku.

Author : Sempat eh kau? :v
Ais : ✌️

"Ais... Tolong aku...," Satu suara lemah menyapa gegendang telinga aku.

Sekejap...

Ni bukan suara...

Gempa ke?!

"Gempa? Kau ke tu?!" Teriakku. Hatiku semakin berdebar-debar.

"Ais... Jangan tinggalkan aku...," Suara yang seakan-akan suara Gempa itu kedengaran begitu serak dan lemah.

"Gempa! Kau kat mana?!" Aku berlari-lari mencari Gempa. Air mata sudah berlinangan. Sungguh, aku taknak apa-apa berlaku pada Gempa!

Sekelilingku hanyalah kegelapan. Gelap sangat.

Tanpa aku sangka, aku terjatuh ke dalam lubang yang begitu dalam.

AAAAARGHHHHHHH!

*****

"Ais?"

"Ais? Kau okey?"

"Ais, bangun,"

Mataku terbuka luas. Aku melihat sekeliling. Tubuhku sudah menggigil.

"Ais? Kau okey?" Gempa memandangku dengan penuh risau.

Air mata aku mengalir lagi.

"G... Gempa... Janj... Ji... Dengan... Aku... K... Kau takk... Kan... Ting... Galkan... Ak... Aku?" Aku sudah tersedu-sedan.

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now