CHAPTER 13

1.2K 140 46
                                    

"Gempa...,"

*****

"Doktor, macam mana keadaan dia? Dia okey ke?"

"Dia tak apa-apa. Cuma, dia pernah tak terlibat dalam apa-apa kemalangan atau kecederaan sampai buat dia hilang ingatan?"

Kedengaran dua orang lelaki sedang berbual. Ais cuba membuka mata. Pandangannya kabur sebelum semuanya jelas.

"Ergh... Aku kat mana?" Ais mengurut kepala.

"Ais, jangan bergerak lagi," ujar Gempa. Ais memejamkan matanya serapat yang mungkin.

"Aku kat mana, Gempa?" Soal Ais. Dia tidak mahu melihat Gempa. Kepalanya berasa sangat berat.

"Kau kat klinik. Kau pengsan tadi," jawab Gempa, perlahan. Dia bantu mengurut kepala Ais.

"Ak... Aku pengsan?" Soal Ais menginginkan kepastian.

"Iye," balas Gempa, ringkas.

Gempa menjeling sedikit ke arah doktor yang memandang mereka dari tadi. Doktor itu sekadar tersenyum lebar.

Gempa faham apa yang bermain di fikiran doktor itu.

Tiga...

Dua...

Satu...

"Awak berdua ni adik beradik ye?"

Heh, Gempa dah agak soalan ini akan terpacul jua. Dia sekadar tersenyum nipis.

Ais pula menahan debaran di dada tatkala soalan itu dilontarkan. Entah mengapa, dinding fikirannya bagaikan turut dihentak-hentak dengan seribu satu persoalan.

"Hehehe... Ye," jawab Gempa. Takkan nak tipu pula, kan?

Gempa menjeling pula ke arah Ais. Ais tergamam.

Betul... Ke?

"Okeylah, doktor. Kami balik dulu. Terima kasih kerana rawat Ais," ujar Gempa meminta diri dengan penuh sopan. :v

"Iyelah. Sama-sama. Jaga adik awak elok-elok. Awak pun jaga kesihatan,"

"Baik, dok,"

Gempa dan Ais pun keluar dari bilik selepas meminta diri. Gempa memimpin erat tangan 'adik'nya.

'Patutlah aku pelik muka diorang serupa,' desis hati Doktor Danny, sebelum sambung membuat kerja.

*****

Ais' POV

Betul ke?

Betul ke semua tu?

Jangan kata yang...

Gempalah orang yang dimaksudkan oleh mimpi aku?

Gempa...

Aku tak percaya...

Patutlah rupa kami serupa dan Gempa ada topi tu...

"Ais nak makan apa-apa?" Soal Gempa sambil memandangku. Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya.

Bagaikan tiada masalah yang menghimpitnya.

Aku merenung mata beriris emas itu. Pada waktu itu, tiada sebarang riak yang terzahir di wajah aku.

"Gempa, boleh aku nak jalan-jalan dulu?" Soalku. Aku sudah lama tidak bergerak bebas. Haih...

"Eh, tapikan kau...,"

"Please, Gempa. Aku nak tenangkan fikiran," rayuku.

Gempa menghela nafas.

"Baiklah, Ais. Tapi satu syarat. Aku akan teman kau,"

Senyuman mula tercalit di riak wajahku. Aku mengangguk.

"Okey,"

*****

"Kau nak pergi mana, Ais?" Soalan yang sama, ditanyakan kepadaku.

"Aku tak taulah. Aku ikut gerak hati je," aku tersengih. Yang penting, dapat tenangkan hati sedikit.

"Ikut kaulah. Asalkan kau tak sedih lagi,"

Aku mengangguk. Mataku memerhati sekeliling.

"Wah, kita dah sampai taman rupanya. Jauh betul kau ikut gerak hati," ujar Gempa.

Aku pun tidak sangka jauh betul aku pergi. Jap, jap.

Tempat ni...

Ergh! Kepala aku mula berasa sungguh sakit. Macam ada benda tak kena.

Aku memangku kepala.

"Eh, kau tak apa-apa ke, Ais?" Gempa mula cemas. Dia meraih tangan aku, erat.

"Aku okey, Gempa. Just sakit sikit je," bohongku. Gila ke sikit? Sakit banyak woo!

Ais : Kemerapuan apakah yini :v
Author : Entah saya tak tau OwO
Gempa : *Hempuk author*
Author : *Disahkan hilang ingatan*

"Jomlah balik, Ais. Nanti kita datang lagi, ye? Aku tak sanggup tengok kau macam ni,"

Aku hanya akur dan pasrah. Gempa memapahku untuk pulang ke rumah. Aku mengeluh berat.

End Ais' POV

*****

Gempa's POV

Ais...

Kenapa kau pergi taman tadi...

Kau...

Dah ingatkan aku...

Kat peristiwa dulu...

Arghh! Aku nak lupakan kejadian tu!

Kalau boleh, aku dah taknak ingat dah...

Forever...

End Gempa's POV

-TBC-

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now