CHAPTER 20

1.3K 127 54
                                    

"Gempa?" Panggil Ais. Dari tadi, mata Gempa tidak berkelip merenungnya.

Gempa mula sedar dari khayalan. Dia meraup wajah.

"Urgh... Ak... Aku nak masuk bilik jap," ujar lelaki itu. Dia bangkit dari duduk lalu menapak ke arah biliknya. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam.

"Aku yakin dia keluar tadi bukan untuk pergi kedai...," gumam Ais. Dia masih termangu di situ.

*****

Gempa's POV

Ergh, serabutnya aku! Aku cuma nakkan kedamaian, bukan pergaduhan... Haih, kenapalah hati diorang tu keras sangat?

Aku betul-betul minta maaf, Ais. Aku dah buat kau risau...

Aku cuma taknak kau terjebak. Kau tak bersalah dalam hal ni, Ais. Kau takde kena-mengena dengan diorang. Kalau bukan sebab aku, kau takkan dibenci oleh diorang. Kau takkan diseksa. Mungkin betul kata diorang, yang aku ni menyusahkan?

Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Aku akan tunaikan amanah aku sebagai seorang abang. Aku akan cuba untuk tidak membenci mereka.

Seteruk manapun diorang, diorang tetap adik-adik aku. Sebenci mana pun diorang kat aku, aku tak boleh benci diorang. Sebab aku sangat sayangkan diorang.

"Aku janji, korang. Aku janji akan cuba jadi yang terbaik. Aku janji... Aku sanggup gadaikan nyawa aku untuk korang...," rintihku. Air mata mula bergenang.

"Abang apa yang pentingkan diri? Abang apa yang sanggup gadaikan nyawa adik sendiri demi kepentingan dia?!"

Kata-kata Thorn masih terngiang-ngiang di telingaku.

"Kau kuat, Gempa... Kau kuat...," aku memujuk diri sendiri. Aku cuba untuk ukir senyuman walaupun susah.

"Ya, aku kuat...,"

End Gempa's POV

*****

Ais' POV

Aku risaulah dengan Gempa ni. Haih, Gempa. Apa yang kau sorokkan lagi?

Aku yang dari tadi termenung ke luar tingkap, mula tersedar dari lamunan. Disebabkan kebosanan, aku mengambil keputusan untuk turut masuk ke dalam bilik. Aku memastikan pintu dan tingkap berkunci rapat. Yelah, mana tau nanti masuk pencuri ke, kucing ke, kerbau ke, paus ke, pokok ke, reban ayam mak cik kantin ke, Bagogo ke...

Author : Ada lagi? :v
Ais : Belum. Panjang lagi skrip ni.
Author : Okey, pendekkan =>=
Ais : Okey :v

Setelah selesai mengunci pintu dan tingkap, aku pun masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katil.

Mata cuba dipejam rapat, dipaksa untuk tidur. Namun, aku masih tak mengantuk.

Jadi, aku termenung dahulu ke arah sekeliling bilik.

Tiba-tiba, pandanganku terarah pada sebuah rak yang tersusun pelbagai jenis buku diatasnya. Hmm... Looks nice... Aku dahlah malas membaca. Tapi dah kalau duduk bosan tak tau apa, apa kata aku baca apa-apa buku? Nak tau jugak apa yang Hali tu suka sangat sampai asyik berkepit dengan novel dia tu. Okey, aku dah macam membebel pulak.

Tanpa banyak cakap...

Author : Banyaklah kau tanpa banyak cakap :v
Readers : Author ni spoil ah! Semak je! Pergi main jejauh!
Author : Hiks... Okey :')

Tanpa banyak cakap, aku pun berjalan ke arah rak itu. Tanganku ligat membelek buku yang ada.

Huisy, tebal betul buku-buku ni. Tak jadilah nak baca.

Dan...

Aku ternampak satu buku yang amat menarik perhatianku. Aku pun mencapai buku itu.

Gempa's diary :)

Eh, eh? Diary Gempa? Aku nak baca boleh tak?

Readers : Jangan baca!

Nak baca jugak.

Gempa abang aku dan aku berhak tau apa yang dia rasa.

Tapi Ais... Gempa pun perlukan privasi...

Hati aku bolak-balik. Tetapi apabila fikir balik, aku nak sangat baca apa yang ada.

Aku pun dengan berdebar-debar, membuka helaian pertama dan...

"Tak mungkin...,"

End Ais' POV

-TBC-

Ada apa dalam tu ye? 👀

Gempa : Muahaha kau akan tau nanti :v

Ais : >w<

Maaf ye kalau tak best. Saya type masa duduk dalam kereta :) Hahahah janji tetap janji. Tak sanggup nak mungkiri😌😁

Hati Seorang Abang ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora