Prologue

2K 118 34
                                    

"Kenapa? Kenapa kau suka aku? Beri aku sebab."

Dia mendongak, menatap remaja lelaki yang berwajah tampan. Lelaki itu merenungnya dengan tatapan mata redup yang mampu menjerat sesiapa saja yang memandangnya.

"Rasa suka perlu ke ada sebab? Aku rasa tak kut. Aku suka diri kau, sebab kau adalah kau Gempa."

Iris merahnya menjelajahi raut wajah yang sentiasa mencuri hatinya.

"Aku miskin dan aku tak mampu berikan sesuatu yang mahal untuk kau. Baik kau cari orang yang sedarjat dengan kau Halilintar."

Halilintar menghela nafas. Sepertinya dia ditolak lagi untuk kali ke-20.

"Walaupun kau miskin, tapi kau tak miskin hati. Kau kaya dengan kebaikkan kau, itu sebab aku suka kau Gempa. Bagi aku, kau tak perlu bagi sesuatu yang mahal. Cukup bagi hati kau aje."

Gempa mendecih. Dia lelah dengan orang di hadapannya ini. Halilintar memang seorang lelaki yang pantang menyerah. Sudah banyak kali pun ditolak, masih semangat untuk dapatkan cintanya.

Dia sudah tidak mahu berurusan dengan lelaki ini, kerana disebabkan Halilintar lah hidupnya makin hari makin dilema dan menuju kehancuran.

"Sudahlah, Halilintar. Buang perasaan kau tu. Aku tak layak untuk kau. Cari lah orang lain, orang yang lebih baik dari aku. Stop ganggu aku."

Gempa berbalik untuk beredar daripada bumbung sekolah, memandangkan waktu rehat sudah habis.

"Gempa!"

Langkah kaki Gempa terhenti, dia menolehkan wajah.

"Aku sayang kau, sangat. Aku tak akan menyerah untuk dapatkan kau."

Halilintar tersenyum namun senyumannya mati apabila Gempa tidak memberikan reaksi bahkan lelaki manis itu terus berlalu pergi.

Sekali lagi, helaan nafas terhembus daripada belah bibirnya.

"Gempa.. Kenapa susah sangat kau nak terima aku?"

"Kalau dia tak terima kau, kau nak menyerah ke?"

Sergahan yang tiba-tiba itu, mengejutkan Halilintar. Dia berbalik dan mendapati sepupu bersama kawannya. Blaze dan Ice.

Baru sahaja dia mahu melontarkan pertanyaan, terus terbantut apabila melihat penampilan mereka berdua yang cukup kacau itu. Dahinya berkerut.

"Kenapa dengan pakaian korang tu? Korang habis lakukan apa ha?"

Blaze dan Ice berpandangan lalu dengan gelabah mereka membetulkan baju mereka yang kusut masai itu.

"Ishh, anak kecil tak boleh tau. Kami tak buat apa pun lah."

"Yelah tu.."

"Kami baru aje lepas berolahraga."

Wajah Halilintar berubah blur. "Be.. berolahraga?"

"Ya, olahraga yang orang dewasa punya citarasa. Dia.."

Bugh!

"Aduh!! Sakitlah!" adu Blaze apabila kepalanya dilempang Ice.

Halilintar terkebil-kebil melihat sepupunya yang bertindak kasar pada kekasihnya sendiri.

"Bodoh, rosak lah otak anak aku! Dah, jom masuk kelas. Jom anak mommy, kita masuk kelas."

"Ishh! Aku bukan anak kau lah!"

"Hmp!! Anak baik harus dengarkan mommy. Kalau tak mommy malas tolong kau untuk dapatkan hati si pujaan hati kau tu."

Wajah Halilintar masam, namun dia turuti sahaja. Tangannya dibiarkan dipimpin oleh sepupunya yang perasan ibunya itu.

"Janji?"

"I'm promise darling."

"Okey, mo..mommy."

Blaze hanya menjadi penonton tidak berbayar, melihat drama seposen milik duo sepupu itu. Dia pula diabaikan.

"Woii!! Tunggu lah! Korang ingat aku ni nyamuk ke?"

"Cepatlah! Lambat tinggal!"

Blaze terus berlari mengejar langkah duo sepupu itu yang sudah jauh melangkah ke hadapan.














Yay or nay?

Delete or continue?

Ada yang berminat dengan cerita ni? Para Haligem shipper mana? UwU..

Permulaan yang sedikit hampa huhuhu .. Kbai!

Nak target boleh? Tak banyak pun..

40 vote for continue... 😏

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now