UNGGUN api yang membara itu dipandangnya dengan perasaan resah. Bagaimana mereka mahu meloloskan diri dari segala kerinduan ini?
"Ayeen?"
Ayeen mengangkat wajah memandang seraut wajah Aileen yang tampak risau melihatnya.
"Awak rasa menyesal ke ikut kami? Awak dah rasa tak yakin?" Soal Aileen perlahan.
Ayeen menggeleng perlahan.
"Saya cuma rasa sunyi. Selalu Rash ada. Jadi, saya rasa tak berapa selesa". Balas Ayeen lembut.
"Kak Ayeen jangan risau. Kita biarkan along belajar jaga Aynaa dan Ayyaz. Tak lah dia bergantung harap sangat dengan Kak Ayeen". Kata Alfia.
Ayeen tersenyum nipis.
"Saya pun rindu Rizky". Akui Dyanah bersama - sama senyuman naif.
"Ya, saya tahu. Awak mesti sangat rindukan Rizky. Lagi - lagi Rizky. Pasti sahaja dia akan fikirkan keberadaan bidadarinya". Tukas Aileen bersama - sama senyuman nakal.
Dyanah terdiam malu.
"Kita kena tidurlah, ladies. Esok kita nak meredah hutan pula". Setelah sekian lama membisu akhirnya Widya bersuara jua.
Mereka mempersetujui bicara Widya.
Ayeen hanya mengikuti langkah Alfia apabila adik iparnya itu menarik lembut tangannya.
Sejujurnya, dia sangat rindukan Firash Amril dan anak - anaknya.
Aileen mengedarkan sleeping bag kepada kawan - kawannya. Semua mengukirkan senyuman manis.
Selesa.
"Selamat malam semua". Ucap Aileen.
"Selamat malam". Ucap yang lainnya secara serentak.
Lama kelamaan, mereka semua dihanyutkan ke alam mimpi.
"Psst... Ayeen".
Ayeen pejamkan mata.
"Psst... Si cantik".
Ayeen diam tanpa berkutik.
Pipinya terasa diusap lembut. Perlahan - lahan dia menepis. Kemudian, alis bibirnya disentuh.
Ayeen terus sahaja membuka mata.
Dia menoleh memandang kawan - kawannya yang sudah terlena. Aneh. Siapa yang sentuh mukanya tadi?
"Ayeen..."
Ayeen mengerut dahi apabila mendengar namanya diseru.
Tak salah jika dia pergi memeriksa untuk seketika. Ayeen terus meloloskan diri dari sleeping bag dan dia bangun memeriksa kawasan sekeliling. Kawasan semak yang tanpa bergerak diperhatikan dengan perasaan aneh.
Mungkin anak rusa saja.
Ayeen mahu menuju ke arah sleeping bag semula. Mungkin dia terlalu mengantuk sehingga dia terfikir perkara yang bukan - bukan.
Namun, tangannya tiba - tiba sahaja ditarik kasar.
Ayeen terjelopok masuk ke dalam kawasan semak - samun. Nafas Ayeen mula berombak laju. Cemas.
Sepasang mata melilau ke arah sekeliling.
Allah...
Siapa yang tarik dia?
"S-siapa? W-Widya ke? Tak lawak tau. Widya jangan takutkan Ayeen. Ayeen takut". Bergetar suara Ayeen tatkala kata begitu.
Perlahan - lahan dia bangun. Tubuhnya ditarik ke belakang dan sekali lagi dia jatuh terduduk di atas tanah.
"Jan-jangan usik Ayeen. Tak suka lah!". Ayeen mula marah.
Dia terus sahaja mahu bangun.
Tetapi, kaki yang berhenti dihadapannya dipandang dengan penuh rasa terkejut. Bermula dari kaki sehingga ke wajah dipandang Ayeen.
Ayeen mula ketakutan melihat lelaki yang bertopeng menyeramkan itu.
Jeritan Ayeen mula kuat kedengaran sebelum pernafasan wanita itu ditekup dengan kain hitam.
Disebalik topeng yang menyeramkan itu, dia menyeringai.
Permainan baru sahaja bermula!
Be wives of bad boy will face more threat than good.
YOU ARE READING
Wives of Bad Boys
Short StoryWidya Arluna - Jenis yang degil lagikan tak makan saman. Kalau Raf kata 'A' dia tetap akan pilih 'B' sampai Raf terpaksa pilih 'B' Aileen Helena - Kombinasi antara lembut dan kasar. Kasar apabila dia mahu mempertahankan diri dan orang yang dia sayan...